hai assalammualaikum


Pelik dengan perangai anak dara seorang ni. Korang ada tak anak macam Fariza. Waktu tidur tak suka pakai selimut. Masa baby ada juga nak selimutkan dia, tapi sejak umur dia setahun, langsung taknak pakai selimut. Janganla pakaikan Fariza selimut waktu dia sedar, memang ditolak-tolak dengan kaki. Dia seakan rimas bila pakai selimut.

Nad ni risau dengan dia, lagi-lagi kalau waktu sejuk, nad ni punya la menggigil kesejukan, mestilah pakai selimut nak bagi hangat badan ni. Yela, waktu sejuk kan takut anak dapat penyakit. Tapi bila kita pakaikan selimut waktu dia tidur, automatik dalam beberapa minit dia akan bangun, dan nangis gila-gila, lepas tu, tolak-tolak kaki. Dah paham, dia taknak diselimut.

Bila situasi macam tu, lagi-lagi waktu malam, cepat-cepat nad ambil selimut tu, lepas tu dia diam dan lena semula..hahha...adoilaa..musykil juga, kulit bayi ni tebal ke, tak rasa sejuk ke. Tak kisahla waktu malam tidur, pagi subuh, atau hujan..waktu-waktu macam ni kan cuaca sejuk. Memang nad dah cari selimut. Tapi anak dara kita Fariza steady je taknak berselimut.

Bila pegang badan dia, sejuk gila kot. Ermm tak tau nak buat macam mana lagi. Kesian tengoknya..tapi tak tau la kalau dalam badan dia kebal sangat sampai tak rasa sejum, tak suka pakai selimut..

Bila dah tak suka pakai selimut ni, nad kenala pakai baju yang sesuai untuk dia untuk tahan sejuk tu. Kadang kalau dia memmag tidur tak sedar, tetap pakaikan selimut..Ermm nampaknya kena belikan selimut berkartun kot biar dia suka pakai selimut..hahaha..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. sama la dengan anak IQ si Qa'id tu, Qaíd tak nak selimut dan bantal. GRrr...tapi bila tak nak selimut ni memang cepat dia dapat sakit, so selalu pastikan suhu bilik tak terlampau sejuk, kipas tak boleh direct dengan dia...kalau pakai baju lengan panjang ok sket, kalau pakai lengan pendek + seluar pendek masa tidur, kipas akan kurang lagi kelajuan dia.

    ReplyDelete
  2. namnampaknya..mak dia la yg kna pluk fariza supaya xsejuk..hihi

    ReplyDelete
  3. sama dengan anak akak..even mak dia pun tak suka berselimut walaupun dok dalam aircond.Rasa macam rimas kalau berselimut.Lagi satu anak akak suka tidur meniarap..tapi bantal nak banyak..haha

    ReplyDelete
  4. saya pun tergolong jugak tak suka berselimut masa tidur. Rasa rimas. Melainkan dalam aircond. Hehe

    ReplyDelete
  5. sama dengan anak akak si Ayra...bila dia tidur kita selimutkan dia..jam-jam tu angkat kaki kasi keluar dari selimut... paling susah bila dia tidur tengah-tengah..berkepitlah kain selimut jadinya... kita merengkok sejuk dalam aircond..dia rileks jer.

    ReplyDelete