hai assalammualaikum

Semalam adalah hari yang sangat penat bagi nad. Tak tau kenapa bila dekat kampung lemah betul badan ni, sampai asyik nak.baring je. Nasib baik Fariza, bila dekat kampung dia pandai bawa diri, lagi dengan banyak sepupu dia, adalah dia nak berkawan. Jadi nad pun baring la sampai ke petang.


Petang tu dalam pukul 4.30 nad tertidur, Fariza pulak pergi bermain dengan sepupu dia dekat luar. Nad tak berapa risau sebab petang tu ada atuk dengan anak buah yang darjah tiga. Jadi adalah orang tengokkan dia. Dalam pukul 5.30 petang nad terbangun.

Macam biasa, petang pukul 6, nad tolong mak siapkan masakan untuk berbuka. Masa tu Fariza masih dekat luar. Lepas tu, atuk masuk bawal cucu seorang iaitu anak adik. Waktu tu la atuk bercerita. Atuk cakap " Fariza tadi pegang anak ayam. Ayah cakap lepas, dia pegang juga. Sampai dipicit anak ayam tu, terberak anak ayam tu "..

Nad terkejut dengar ayah bercerita. Mula terfikir macam mana dia ambil anak ayam tu?? Mak ayam tu dekat mana?? Sedangkan nad nak ambil anak ayam tu pun susah, lagi dengan bila ada mak ayam yang suka mematuk bila dikacau anaknya. Senang pulak anak kita tangkap anak ayam tu.

Tanyala anak buah darjah tiga tu. Dia cakap " anak ayam tu macam kaki sakit kot, tak dapat lari, Fariza tangkapla".. Mak ayam pulak ada dekat situ, dia kata maka ayam tu tengok je..aikk tak mematuk pulak..adehlaa...berani betul Fariza ni..rugi tak ambil gambae. Tapi kesiannya dia picit anak ayam tu katanya sampai terberak.. Tak tau la picit kuat atau tak, atau mungkin anak ayam tu sakit perut ke terus berak..takkanla dia picit kuat kan..ish..ish..

Fariza memang teruja bila dapat jumpa binatang yang belum dia nampak. Kalau dekat rumah bandar, selalu nampak kucing je, tu la kawan dia. Ni dekat kampung jumpa ayam, teruja sangat dia..Aduhaii anak..

Jangan jumpa binatang yang berbahaya, kau pegang juga sudahla..mommy boleh sakit jantung tau..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Adoiii Fariza ni, nasib tak KO anak ayam tu. Hehehee!

    ReplyDelete
  2. power betul kena picit sampai terberak.. naseb baik la tak kena ptut mak ayam

    ReplyDelete
  3. Wow.. Kisah budak budak memamg best.. Seronok pulak baca

    ReplyDelete