hai assalammualaikum

Open House Di Klinik - Semalam hari Sabtu, ramai kawan buat open house. Memang malam tu dah cakap dengan mr mafia, pasal kawan buat open house, mr mafia kata ok, nanti pergi. Malam tu memang tidur awal. Sampai la pagi tu, tiba-tiba badan rasa panas. Kita pun macam biasa, nak lawan sakit tu dari demam panas teruk.

Lepas mandi, tiba-tiba badan lemah betul. Dengan mabuknya, dengan peningnya, dengan sakit pinggang. Ya Allah, rasa semalam complete semua sakit. Terus baring je la. Memang semalam seharian baring je, tak tengok handphone, tak online, semua tak la. Memang tidur je. Dengan cuaca semalam yang panas.

Jadinya, nad ajak mr mafia pergi klinik. Sebab tak tahan. Nad tak boleh biarkan je kalau dah sakit sangat ni. Takut jadi lain. Tekak pulak dah rasa luka. Sejak kelmarin batuk je. Dah rasa lain tekak ni. Kalau tekak dah sakit, mestilah badan akan demam.ermmm..jadinya kena pergi klinik.


Ni la ubat kita. Ni la makanan open house kita semalam..huhuhu..dalam mimpi jela pergi open house rumah orang..sedihh sangat..rumah jiran buat open house pun tak boleh pergi. Tak larat nak jalan. Tak boleh kena panas. Nanti rasa nak pitam je rasanya. Teruk sangat kali ni sakitnya. Tapi takpela, sakit itu penghapus dosa. Terima sahajala.

Dah rehat ni, insyallah, baik la nanti. Terima kasih mr mafia, jaga makan minum, jaga anak waktu kita sakit. Semalam tumbang seharian, harini ok sikit..tapi kena rehat lagi.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Semoga cepat sihat sis.cuaca pun tak menentu sekarang

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh.. CT da sminggu seseme batuk gak ni..
    musimlah nak demam..

    ReplyDelete
  3. PROMO MERDEKA 2017 FREEBET POKERVITA
    SEGERA JOIN BBM : D.8.E.B.7.E.6.B
    www,P`0`K`E`R`V`1`T`A,com
    DAFTAR POKER
    POKER TERPERCAYA
    POKER TERBAIK

    ReplyDelete