ELEKTRIK MATI MOMMY TAK KERUAN

in , by Nadia Johari, 11:40:00
hai assalammualaikum

Malam semalam tengah tidur nyenyak, lepas tu tersedar. Fariza macam biasa, akan nangis bila nak nak susu. Nad bangun-bangun tengok gelap je rumah. Rupanya elektrik takda. Bila elektrik takda, mulalah panas sebab kipas mati. Sudahnya, nad yang tak dapat tidur. Jadi berjagala, untuk jaga anak.

Bila elektrik mati, paham-paham jela,mesti nyamuk akan ada. Malam tu, memang jadi penjaga untuk anak dari gigitan nyamuk. Mula datang seekor, lepas tu seekor lagi, satu-satu mati..puas!!..hahhaa. Siapa tak suka bila dapat bunuh nyamuk. Nyamuk jahat..hahhaa. Nyamuk yang ada pulak jenis yang gatal betul.


Nyalakan lampu telefon. Sekali tengok datang berekor-ekor. Kurang ajar nyamuk. Cuba tangkap, terlepas je. Nak elakkan dari gigit anak, sekali nyamuk dapat juga gigit anak. Anak dah tak selesa, tergaru-garu. Sekali tengok, aduh sebelah mulut dah kene gigit. Lepas tu badan. Haishh..geram tau dengan nyamuk ni.

Ambik buku tukar jadi kipas. Sambil halau nyamuk. Nampaknya kene beli kipas spare yang guna bateri atau guna cas ler..memang susah bila elektrik mati, kipas pun mati. Habis muka comel anak perempuan kita tau..Dari pukul 2 pagi sampaila subuh kau..kita berjaga demi anak..hahaha..padahal dah ngantuk.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Dah kena cium ngan nyamuk....aduhai...

    ReplyDelete
  2. Ala kesiannya, memang letih tangan nak mengipas je kan... budak2 mesti merengek...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS