hai assalammualaikum

Berhenti Blogging!!, ermmm - Harini, entah kenapa, boleh pulak terfikir " nak berhenti menulis, nak berhenti blogging, nak berhenti jadi blogger "..mungkin badan penat sangat, tak cukup rehat. Mana taknya, dari siang sampai ke malam, melayan anak. Bila anak nak tidur, ada je yang menggangu membuatkan dia bangun. Dah beberapa hari nad tak mengadap laptop. Update guna phone je. Kalau update personl takpe, kalau nak update kerja, nak guna phone macam tak best pulak. Yela, guna phone mesti banyak kesalahan atau typo.

KALAU AKU BERHENTI BLOGGING
Budak kecik tu nak selalu diteman 24 jam

Betul la, nad tengok diaorang yang ada anak ni, kadang makin malas nak update blog. Mungkin sebab layankan anak. Tapi ada juga yang masih menulis blog tapi tak serajin sebelum ni. Ada tu rajin, mungkin ada orang jaga anak dia atau anaknya behave. Macam nad, nad setiap hari ada semangat nak tulis blog, blogwalking ni, tapi anak tarik semangat tu..hahha. Mana taknya, dia benci sangat nad duduk atas meja kerja nad tu. Dia akan tarik nad suruh main dengan dia. Kalau kita letak dia duduk depan laptop sama-sama, dia tekan laptop kita pulak. Hilang idea nak menulis...bertabah jela. Anak sembilan bulan, ku kandung. Tapi kerja pun tetap nak kena buat. Kalau tak macam mana nak dapat duit,nak dapat, rezeki lagi.

Sekarang, income pun dari blog. Kalau berhenti takdela income. Nak jadi dropship, takut tak boleh bagi komitmen juga disebabkan anak ni nak duk berteman je. Kita main phone depan dia pun,dia mintak alihkan, main masak-masak dengan dia..hahaha. Main bola dengan dia. Kalau takda income, apa lagi, mintak big boss setiap bulan la pulak. Big boss pun banyak benda nak kena bayar.

Tak tau dah nak buat macam mana oiii.. Kerja berderet menunggu nak diupdate. Tulis tajuk je mampu..hahaha.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Tabahla, nak kena bersengkang mata gamaknyaaaaaa..tabah lerrr

    ReplyDelete
  2. sha pun pernah rasa nak behenti berblogging sbb letih kerja.

    ReplyDelete
  3. Bagi kan dia satu laptop juga.. =D

    ReplyDelete
  4. kena rehat nad, ambik masa, nad perlukan rehat tu, apatah lagi tengah mengandung.

    ReplyDelete
  5. Dua minggu ni saya tak sempat sangat, dengan kerja lagi, dengan event sekolah anak lagi, dengan nak melayan sakit itu ini... sama lah kita Nad, jadikan blogging hobi dan keluarga jangan lupa, rezeki tetap akan ada...

    ReplyDelete
  6. bila ank dua nanti lagi kesuntukan masa nak berblog. dkna ni mengharapak waktu free jer kat opis, boleh singgah blog kawan-kawan..

    ReplyDelete
  7. rehat dulu.. kena tabah k.. jgnla berhenti..

    ReplyDelete
  8. side income tu berkoyan koyan jadikan semangat hehehe

    ReplyDelete
  9. janganlah berhenti kak..kak rehat dulu ya.

    ReplyDelete