hai assalammualaikum

Banana Fritters, Pisang Dalam Balutan Sebelum ni, pisang goreng cheese memang popular di sana sini. Pisang goreng yang digoreng dan ditaburkan dengan manisanbeg, cheese dan coklat. Memang selalu orang cari sampaila sekarang. Nad pun masih makan, sampai sekarang kalau nampak. Tak kisah la benda dah lama, tapi disebabkan nampak sedap dan bercoklat, tu buat terliur.

Tapi, kali ni, nad makan banana fritters. Bila nad google, macam orang luar negara banyak post. Bila taip Malaysia, dia tunjuk cekodok..haha. Tapi, pisang goreng yang nad makan ni pisang goreng yang dibalut dan disalut dengan cheese dan coklat. Bentuknya lain sikit. Nama pun lain..hehehe.

BANANA FRITTERS
Banana Fritters

Ni la dia Banana Fritters yang nad beli dengan Fasha Izani. Masa dia post dekat facebook, memang terus terliur. Sebab nad teringin makan pisang goreng cheese, tapi susah nak keluar cari. Sekarang pun macam dah kurang je orang jual. Kalau tempat biasa beli, kedai kadang tutup kadang buka. Nampaknya Fasha Izani post, terus whatsup dia cakap, banana fritters ni macam pisang goreng cheese ke?? Dia kata lain sikit. Okla tak kisahpregnant, asalkan ada pisang goreng, lepas tu disalut cheese dan coklat. Nyum..nyum..

BANANA FRITTERS
Sedap, Manis..

Terus nad order dua. Satu banana fritters cheese coklat, satu lagi banana fritters coklat. Ibu mengandung memang makan banyak..hahahhaa..kongsi dengan anak. Suami tak makan benda macam ni.

Satu bekas ada 10 pcs.
Harga:🍌🍌 Banana Fritters🍌🍌
1 Set 10pcs Rm6 ( coklat )
1 Set 10pcs Rm7 ( Coklat + Cheese )

minimum order : 2 Set
Delivery charge : ikut kawasan

berminat boleh pm
http://Fashaizani.wasap.my

BANANA FRITTERS
Dibalut dengan kulit popia

BANANA FRITTERS
Nyum..nyum..

Banana fritters ni, pisang goreng dibalut dengan kulit popia kot. Rasanya la, sebab rasa macam kulit popia..hehehhe. Sedap sangat. Beli dua bungkus, licin..hehehe. Tak menyesal beli weii..Sebab sekali makan, nak makan lagi, nak makan lagi..fuh..enak. Tapi nad lagi suka coklat. Lepas ni boleh order coklat lagi. Anak dalam perut keriangan dapat makan..hahaha.

Korang nak beli boleh pergi kekat facebook Fasha Izani atau whatsup terus http://Fashaizani.wasap.my.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. wah..lain dari yang lain ni..cam sedap!

    ReplyDelete
  2. It is worthwhile reading this blog. I was searching such kind of blog for a long time but now I think I got a blog of my interest. I am thankful for these all suggestions mentioned under this blog.
    แทง บอล ออนไลน์

    ReplyDelete
  3. sedapnya Nad, ni lagi best kalau kena dengan tea o suam petang2, nak pulak time hujan. aduyaiii

    ReplyDelete
  4. ni minum petang boleh licin semua ni

    ReplyDelete
  5. alahaiii kenapa tngok entri ni jam 3 pagi ni.. haha.. dapnyaaaa

    ReplyDelete