hai assalammualaikum

Chomel Breast Pump & Bottle Cleanser - Selama ni, nad cuci botol Fariza dengan pencuci biasa. Memang tak elok sebenarnya, sebab pencuci biasa ada bahan kimia, lagipun lemak-lemak susu masih ada dekat botol. Budak kecil mudah dapat penyakit. Walaupun dah diberus dengan berus botol, tetap tak hilang. Tercari juga sabun khas untuk cuci botol. Tengok iklan nampak la satu produk ni, tapi tak tau dekat mana dia jual. Tengok dekat kedai barangan baby, macam takda je, ke nad terlepas pandang, tak tau la. Lepas tu nampak la kawan-kawan guna pembersih baby jenama Chomel. Nampak menarik, apa lagi nad terberkenan nak cuba pencuci daripada jenama Chomel.

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Breast Pump & Bottle Cleanser Chomel Baby

Chomel Baby Breast Pump & Bottle Cleanser

Permbersih Botol Susu iaitu Chomel Baby Breast Pump & Bottle Cleanser. Harag dia RM23.90. Dapat je terus cuba dekat botol susu Fariza. Memang bagus, lagipun mudah nak digunakan sebab jenis picit je. Nad pun picit sedikit masukkan dalam botol, lepas tu masukkan air, dan goncang. Biarkan sekejap, lepas tu baru berus botol tu. Memang semua lemak susu tanggal. Lagi-lagi bahagian penutup susu tu. Hilang segala lemak susu. Tempat tu la patutnya diawasi, sebab budak akan hisap bahagian tu. Kalau biarkan lemak susu terbiar, sangat tak bagus.

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Mudah digunakan

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Sebelum menggunakan Chomel Baby

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Selepas menggunakan pencuci Chomel

Boleh tengok sebelum menggunakan permbersih botol susu Chomel ni dan selepas menggunakannya. Memang berkesan.

Pencuci Chomel Breast Pump & Bottle Cleanser ni sangat bagus digunakan, sebab bukan sahaha ia menanggalkan lemak, malah pencuci ni bebas kimia. Ini bermakna tiada paraben, SLE, alkohol dan klorin. Pencuci ni amat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. Tangan pun akan jadi lembut. Mampu mencuci kotoran degil dengan kadar pH yang rendah dan tidak akan menyebabkan alahan pada bayi.

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Selamat untuk anak-anak

Paling best, pencuci ni bukan sahaja digunakan untuk botol dan breast pump, malah boleh digunakan untuk mainan kanak-kanak, sayur dan buah-buahan. Menarik kan. Semua kebersihan kita kena jaga demi kesihatan kita. Jadi nak guna pencuci pun kena daripada bahan semulajadi dan tiada bahan kimia. Jimat pun ye..hehee.

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Tiga jenis produk Chomel Baby

Produk Chomel Baby ni ada tiga jenis sebenarnya. selain Breast Pump & Bottle Cleanser, Chomel juga ada Toy and Surface Cleaner dan Baby laundry Detergent. Barangan Chomel memang selamat untuk kanak-kanak. Memng bagus, semua barangan bayi dibersihkan denagn pencuci khas. Baru anak-anak kita sihat dan bebas daripada penyakit. Produk Chomel telah lulus ujian dermatologi untuk kulit sensitif.

Kalau korang berminat, boleh terjah
Website:https://www.chomelbaby.com
No Tel :016-7750 888
Facebook :https://www.facebook.com/chomelbb/
Instagram :https://www.instagram.com/chomel_baby_/

SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Best kan bottle cleanser chomel ni kan. Memang bersih jadinya botol susu tu. Banyak kegunaan pula tu.

    ReplyDelete
  2. akak pun guna ni jugak.Yang penting bila basuh takdelah melekat kat botol kan

    ReplyDelete
  3. Kebetulan juga tengah cari untuk bersihkan semua botol dan breast pump sebelum tempoh berpantang nanti

    ReplyDelete
  4. Hari tu dpt gift dr Chomel sbb mng contest .. bagus rupanya

    ReplyDelete
  5. Senang dah ada produk ni. Dulu kolin selalu rebus botol tau. Kalau dah ada ni lagi laaaaa mudah keje kan

    ReplyDelete
  6. Wahh mudahnya bila ada produk nie. Hygiene sangat penting bila berkaitan dgn soal bayi nie. InsyaAllah boleh lh guna produk nie once kahwin n ada baby nanti

    ReplyDelete
  7. bagus produk dari chomel ni.. TB dah guna dia punya detergent .. bagus sangat sebab takde chemical, buih banyak tapi takde bau dan takde warna.. jernih je detergent nya.. nanti nak try beli pembersih barang baby ni pulak lah.. boleh cuci habis yea lemak2 susu pada puting botol tu?

    ReplyDelete
  8. wah... namanya pun memang comel dah. hihi. pentingnya barangan begini cukup kritikal sebab ia untuk memastikan kebersihan pemakanan bayi juga. harganya pun agak berbaloi dan pastinya cukup bermanfaat untuk ibu yang baru bersalin.

    ReplyDelete
  9. bagus ini produknya kadang sabun pencuci piring tidak bisa membersihkan bekas susu

    ReplyDelete
  10. Pernah try yg sample dia bagi memang best dan bagus

    ReplyDelete
  11. first time hearing this brand. will try next time

    ReplyDelete
  12. anak2 semua dah bottle-free. tapi boleh juga la beli hadiahkan adik ipar yang bakal dapat baby tak lama lagi

    ReplyDelete
  13. Sama lak nama ạnakanda dgnw nama saya huhu

    ReplyDelete
  14. Oh this is the 1st time I am hearing of the brand but it seems nice- certainly will need to check it out for my little one.

    ReplyDelete
  15. alaaa comelnya nama brand ni.. tapi baguslah jimat.. tak adalah asyik kena beli botol baru je..

    ReplyDelete
  16. Kids toys are found in a wide range of structures. They might be delegates of dolls, creatures, newborn children, and fighters or of devices.Janice Warren

    ReplyDelete
  17. A Toddler Travel Bed offers you the perfect sleeping solution for your baby while traveling. toddler house bed

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS