hai assalammualaikum

Resepi Lala/ Kepah Yang Mudah Dan Cepat - Haritu nak ajak mr mafia pergi kenduri kawin, tapi dia ada kerja pulak. Cadangnya ajak pergi kenduri tu sebab malas nak masak..hahaha. Tapi kena masak juga. Jadi, nak mengubat hati yang lara, kita pun fikir menu apa nak masak. Ngintai dalam peti ais, semua benda ada. Lengkap, sebab haritu baru stok dalam peti ais. Ok, sebab nak rasa makan sedap juga, hah!!, terfikir masak lala la atau orang panggil kepah. entah banyak sangat namanya..hahaa...Lagipun Fariza suka makan lala. Kitaorang sekeluarga lagi la suka makan lala.

Resepi Lala/ Kepah Yang Mudah Dan Cepat
Resepi Lala Rebus

Hah menu mudah dan cepat masak Lala atau kepah..Ala masak biasa je, tak pedas sangat sebab anak kita pun nak makan. Lala atau kepah ni beli dekat pasar, besar-besar jugak la. HAritu dah ngidam makan Lala ni, dah masak pun, ni beli lagi. Sebab suka kan. Semua orang pernah masak Lala atau Kepah ni. Yang nad masak ni, rebus je sebenarnya. Ok, jom tengok caranya.

Bahan-bahannya
- Lala atau Kepah
- Air 2 cawan
- 2 ulas bawang putih
- Seinchi halia
- 1 Batang serai
- 6 batang cili padi
- Garam

Cara membuatnya
- Letak Lala ke dalam sebuah bekas, dan bubuh air sehingga Lala tenggelam sedikit.
- Panaskan dengan api yang kecil. Kalau api besar, nanti lala kecut. Sementara menunggu mendidih, potong bawang putih, halia dan ketuk serai. Potong cili padi kecik-kecik. Lepas tu masukkan ke dalam lala tadi. Cili padi nak bagi rasa pedas sikit tapi takdela pedas mana pun cili tu..
- Bubuh garam sedikit. Lepas tu kacau bagi sebati. Biarkan sehingga lala masak.
- Bila air dah tinggal separuh, matikan api, dan boleh angkat Lala. Tak boleh masak sampai air kering sangat, tak sedap takde kuah dia. Dah boleh hidangkan.

Fariza kalau nampak Lala ni, memang laju dia makan. Kita letak je dalam pinggan dia, makan la dia..Sedap sangat kot..kihkih..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Fav akak lala ni..tak jadi lauk kalau ada dia...skrg nk dpt yg betul2 fresh payah..nak kena pi pasar besar...pas tu beli sekilo x cukup de..kena beli 2-3 kg sbb family besar..huhu

    ReplyDelete
  2. sedpanya masak lala..buat goreng2 msk cili pun sedap...

    ReplyDelete
  3. terliur tengok lala! Haritu dah nak beli tapi takut tak sempat nak masak :P

    ReplyDelete