hai assalammualaikum

Mainan Pebble Handmade Yang Menarik Dan Unik - Suka tengok barang baby yang kiut, comel ni. Lagi-lagi untuk baby yang baru lahir ni, mestilah nak cari sesuatu yang boleh buat dia jadi teman waktu tidur atau semasa bermain. Ternampak mainan Pebble dekat Motherhood, nampak menarik. Jenis kain, tapi masih selamat untuk baby. Bolehla bagi dekat baby, buat gentel-gentel nanti..ehhee.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Pebble Organic- Sleepy Bunny Teal

Mainan Pebble Handmade

Hah!!, ni la dia. Comel kan Mainan Pebble yang nad pilih dekat Motherhood ialah Sleepy Bunny Teal. Bila baby keluar nanti, waktu dia tidur, boleh bagi ni, bagi di peluk. Kain bukan biasa-biasa kain. Kain cotton yang diperbuat daripada kapas 100% asli. Yang lagi menarik, mainan Pebble ni dibuat dengan tangan iaitu handmade. Pergh halus betul dia buat. Cara macam ni orang kita panggil " kait ". Bukan senang oo nak buat mainan macam ni guna tangan. Kain pun tak mudah tanggal atau berbulu. sesuai untuk kanak-kanak dari bayi sampai besar.

Mudah dibasuh sama ada guna tangan atau guna mesin.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Suka dia pegang tekinga rabbit

Pebble Organic - Sleepy Bunny Teal
Doudous adalah mainan yang sesuai ketika hendak tidur atau bila-bila masa sahaja. Jadi masa anak tidur, bayi akan rasa terhibur sebab dia akan teman tidur. Teringat nad, dulu pun nad ada satu mainan kura-kura untuk dibawa tidur. Baby ni kan suka tidur dengan pegang tangan ibu atau pegang sesuatu yang boleh buat dia lalai. Jadi kita tak mampu la 24 jam nak pegang, alternatif lain bagi kain numpkin atau kain khas dia. Tapi, apa kata cari kain yang ada rupa binatang macam ni. Mesti dia suka.

Ciri-ciri utama:
• Barang buatan tangan dengan hasil yang sangat baik oleh tukang-tukang berbakat
• Selamat untuk bayi dan anak kecil untuk mengunyah
• Bahan: kapas 100% ORGANIK dengan 100% poliester
• Arahan penjagaan: mesin boleh dibasuh pada 40 darjah dan boleh jatuh kering pada tetapan yang rendah
• Saiz: 22x22cm (selimut mini), 5x5cm (kepala bunny)
• Reka bentuk UK

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
100% kain cotton dan berkualiti

Mainan Pebble sangat lembut dan halus buatannya. Pebble adalah produk berkualiti tinggi, tahan lama. Benang kapas kuat dan bebas daripada habuk dan lembut pada kulit bayi anda. Takdela bila letak dekat muka, boleh buat gatal-gatal hidung tu. Tengok Fariza yang sibuk. Nak bagi dekat adik dia , dia yang beria nak. Kalau digigit pun selamat. Produk mainan Pebble dibuat sepenuhnya dengan tangan dengan bahan semulajadi dan oleh itu terdapat sedikit variasi saiz, warna dan reka bentuk selaras dengan ciri unik produk ini.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Dia pulak yang lebih-lebih

Kelebihan Mainan Pebble

1) Unik dan buatan tangan
Setiap mainan adalah unik dan hanya wujud sekali sahaja. Semua mainan kerikil terbuat dari kapas 100% asli dengan tangan para pengrajin berbakat dan terlatih

2) Selamat untuk Bayi Anda
Semua mainan kerikil adalah kawalan kualiti, makmal yang diuji dan disahkan, mereka disimpan untuk bayi dan kanak-kanak untuk mengunyah

3) Kualiti tinggi
Anda menerima jaminan 6 bulan di mana-mana mainan kerikil. Kain semulajadi, kapas organik dan jaminan mutu kerja yang sangat baik yang berterusan untuk anak anda.

Kalau korang nak tau, mainan Pebble ni merupakan mainan buatan tangan yang dibuat oleh wanita di Bangladesh.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Mainan Pebble Buatan Tangan

Serba Sedikit Berkenaan Mainan Pebble

Hathay Bunano, yang bermaksud "tangan dibuat" di Bangla, ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Briton Samantha Morshed, yang berpindah dari United Kingdom dengan suami British Bangladesh. Samantha sedar bahawa dia mempunyai kewajipan moral untuk meletakkan apa sahaja kemahiran yang dia gunakan, untuk membantu wanita Bangladesh dalam apa jua cara. Wanita-wanita Bangladesh membuat perkara-perkara yang indah sebagai sebahagian daripada budaya dan warisan mereka, jadi itu salah satu peluang untuk  mewujudkan pilihan pekerjaan yang lestari dan fleksibel untuk wanita luar bandar yang kurang bernasib baik.

www.pebblemalaysia.com

Produk Pebble dibuat oleh Hathay Bunano, organisasi fairtrade bukan keuntungan di Bangladesh. Hathay Bunano bermakna 'dibuat' atau 'dirajut' di Bangla. Misinya adalah untuk mewujudkan supaya wanita Banglades bekerja dengan baik, berkualiti, fleksibel dan  yang prospek pekerjaannya adalah minima.

animals

Bunny

Blanket

Hat

Food

Produk Pebble Child boleh didapati di beratus-ratus butik dan kedai-kedai hadiah di seluruh dunia. Seperti kita tahu, wanita di Bangladesh memang bertukus lumus buat kerj apa sahaja untuk membantu keluarga, jadi dengan membeli mainan Pebble ni dapat menyokong wanita Bangladesh untuk berdikari dan menyediakan untuk keluarga mereka. Selain itu, dapat mengurangkan perpindahan keluarga , menghentikan buruh kanak-kanak, mengurangkan perkahwinan awal, kemudahan prasekolah & penjagaan, mengurangkan keganasan terhadap wanita dan meningkatkan kadar pendidikan wanita.

Produk Pebble Child diperbuat daripada 100% kapas dan hadiah yang sempurna untuk bayi yang baru dilahirkan, hari lahir, perayaan Malaysia sekitar tahun dan majlis-majlis khas lain. Koleksi Pebble termasuk pelbagai kapas organik, menjadikannya lebih lembut pada kulit kelahiran baru. Korang kalau berkenan boleh tengok details di bawah:
Tengah ade promosi dekat Motherhood.
Motherhood website : https://www.motherhood.com.my/brands/pebble
Pebble website: https://pebblemalaysia.com/
Pebble facebook: https://www.facebook.com/PebblechildMalaysia/?fref=ts





SHARE 21 comments

Add your comment

  1. Comelll dan nampak lebih selamat untuk anak anak kecil 👍😍

    ReplyDelete
  2. Comel nya pebble tu nad. Banyak design pula tu. Tak risau nk bg anak2 main dah kan.

    ReplyDelete
  3. Comel comel pebble nya, nak belikan utk anak buah semua nya dah mcm anak gajah besar2 dah hihi tggu anak sendiri lah. Hehe

    ReplyDelete
  4. Maianan macam ni lah bagus untuk baby kita yang tengah syok nak mengigit hihihi

    ReplyDelete
  5. wah comel yer.. harga pun boleh tahan juga yer.. mujur takde baby, kalo tak mesti terbeli jugak ni.

    ReplyDelete
  6. alahai kreatif sangat ni.. semua hasil tangan nya cute2 belaka..

    ReplyDelete
  7. budak2 ni memamng suka mainan mcm ni..boleh buat bantal musyuk heheh

    ReplyDelete
  8. Comelnya.. boleh beli kat kembar sorang satu ni..

    ReplyDelete
  9. Wahhh comel2. Nak dapatkan satu untuk sedara lah. Comel sangat !

    ReplyDelete
  10. Ingatkan Nad kait sendiri. Gigih mengait pada zaman kini. Hahahaha. Bagus mainan ni. Bleh gigit dan jadi teman kecil anak. Hehe

    ReplyDelete
  11. Cute2 nya mainan Pebble ni. Banyak pilihan pulak tu. Boleh pilih yang mana suka. Nak beli untuk anak buah laj satu.

    ReplyDelete
  12. Comel comelnye semua desgin dia. Ni kalau budah baru tumbuh gigi ni, memang seronok dieorang nak gigit-gigit nanti

    ReplyDelete
  13. cute nya mainan handmade ni.... penting selamat untuk kanak-kanak...

    ReplyDelete
  14. Comelnyaa. Suka barangan handmade sebab unik dan kreatif! Bagus sangat usaha membantu wanita bangladesh ni :)

    ReplyDelete
  15. Anak kita, dok layan patung kucing yang dia beli dekat ikea... suka sangat dia dengan patung tue.. ke hulu ke hilir dia bawak

    ReplyDelete
  16. alolo comelnya patung tuu. nak satu juga hehe

    ReplyDelete
  17. Alamak. Rawlins macam berkenan plak ngan pebble nie. Nak satu bleh? Hehehe. Comel la Bunny Rattle tu

    ReplyDelete
  18. Ni kalau mengait sendiri dan buat macam ni consider selamat tak untuk baby? Tapi untuk brand ni memang mahal gak eh harga dia ... pastu banyak design, kita yang tua ni pun suka,hihi <3

    ReplyDelete
  19. Comelnye mainan dia... banyak koleksi menarik yea, bolehlah beli untuk anak buah nanti

    ReplyDelete
  20. Bestnya...
    Kalau yg pandai mengait tu mesti boleh buat sendiri ja kan

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS