hai assalammualaikum

Gulai Udang Dan Kacang Panjang - Selalu masak sambal, masak cili padi, masak lemak, tak pun goreng je. Dah lama betul tak masak gulai ni. Kalau dekat kampung, mak kadang masak jugala. Dekat bandar ni,laki kita cerewet sikit. Tapi nad dah ngidam sangat, tiba-tiba masuk dapur tadi, dapat idea masak gulai...hoho. Buat jela.

Gulai Udang Dan Kacang Panjang

Masak gulai ni mudah je. Tak susah mana pun. Main campak-campak dah siap. Bahan pun tak banyak, cuma sambal dengan santan. Tapi bahan-bahan sambal, kalau korang rajin, siap-siap dah blend dan simpan dalam peti ais. Takyah susah-susah buat tiap kali nak masak kan..

Ok ni bahan-bahan dia.
- Cili kering direbus
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Belacan
- Santan
- Air
- Garam
- Gula
- Kunyit
- Cili Merah
- Udang
- Kacang Panjang

Cara membuatnya.
- Rebus cili kering sehingga lembut, dan angkat toskan. Potong bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan. Sambal ni dah siap sebenarnya, tapi nad bagtau la cara buat sambal ni. Lepas dah selesai semua, blender semua cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan sedikit sahaja. Ni cara mak kita, memang sedap la sambal dia..kihkihkih.
- Lepas dah jadi sambal, panaskan kuali, dan panaskan sambal tu sehingga naik bau.
- Lepas tu,letak air separuh ke dalam sambal dan tunggu mendidih.
- Setelah mendidih, dan kurang sikit air tu, masukkan udang, lepas tu masukkan santan pula dan kunyit. Kacau sebati.
- Masukkan garam dan gula.
- Dah mendidih, nampak kuah kurang sikit, masukkan kacang panjang. Kacang panjang masuk last sebab taknak masak sampai lembik.
- Masukkan cili merah sebagai hiasan.
- Agak-agak dah nampak udang masak sepenuhnya, kuah tinggal sikit, kacang panjang ok, bolehla matikan api dan masukkan dalam pinggan untuk dihidang.

Udang mnis, ada sayur, jimat lauk dalam satu..hehee

Taraaa..siap dahh..gulai ni boleh je masak ikan atau ayam. Lain orang lain caranya..haha..nad buat cara mudah dan cepat..kihkih..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours