PERTAMA KALI JOIN MSMW 2017

in , , by Nadia Johari, 20:29:00
hai assalammualaikum

Malaysia Sosial Media Week 2017 ( MSMW 2017 ) - Kalau sebelum ni, nad memang dah pernah dengar berkenaan MSMW ni. Sebab ada diantara kalangan blogger yang menerima award MSMW sebelum-sebelum ni. MAsing-masing blogger mintak kita undi..hehe. MSMW ni banyak kategori award dia, jadi pandai-pandaila undi. Haritu, nad pertama kali join Malaysia Sosial Media Week ( MSMW 2017 ) di Berjaya Times Square Hotel. Nad ingat kita akan tengok orang terima anugerah, tapi rupanya seminar. Tapi bagusnya seminar tu banyak manfaat yang boleh diambil. Bayangkan daripada pagi sampai ke petang event tu. Fuh!!.. Fariza kena tinggal dengan daddy dia la. Majlis formal tak boleh bawak..ehhee. Takpe dah besar, dia behave.














Majlis bermula pukul 10 pagi, dengan banyak sesi yang diadakan. Bukan dua , tiga sesi, tapi enam sesi. Tau tak berapa lama kitaorang duduk..hahaa. Tapi nasib baik seminar ni menyeronokkan dan ada info dan ilmu yang berguna yang diberi. Seminar ni bukan jemput orang yang biasa-biasa, tapi speaker yang dijemput semua hebat-hebat belaka. Bukan setakat dari dalam negara malah di luar negara juga. Dapat juag bersua muka dengan kawan-kawan alam maya.

6 Sesi Yang Bermanfaat Dengan Ilmu di MSMW 2017

Info menarik iaitu cyber buli. Selalunya dengar buli dekat sekolah je, sekarang cyber pun ada buli. Inilah zaman teknologi. Ilmu yang diberikan memang sangat berguna dengan teknologi sekarang yang menggunakan media sosial sebagai sumber pendapatan. Buat duit dengan online salah satu cara mudah nak dapat income. Tapi kena dengan cara yang betul. Inilah cara nad untuk dapatkan sumber pendapatan dengan menggunakan blog. PR atau client lebih suka menggunakan blogger untuk mengiklankan produk dan servis mereka, jadi dengan cara ni nad tingkatkan ilmu belajar lebih lagi. Sekarang pun, nad masih belajar lagi.

Nak terangkan lebih ilmu apa nad dapat pun banyak. Orang tengok je #MSMW2017 dengan twitter. Banyak dekat situ orang tweet. Bawah ni gamabr secara ringkas tentang ilmu yang disampaikan.



































Seminar ni bukan setakat mereka yang bekerja di media sosial sahaja, malah orang perseorangan dan syarikat besar.


Gambar sekitar MSMW 2017



















































Hebat memang hebat semuanya..Haritu juga ada artis yang datang tau..hahaha. Duduk depan nad je dia. Siapakah??

Masa tu dalam pukul 5.30 petang kehadiran Datuk Seri Najib Razak dalam majlis tersebut.




Abang Long Fadil a.k.a Zizan Razak Menang Malaysia Anugerah Ikon Media Sosial 2017


Tahniah buat pelawak Zizan Razak memenangi anugerah Ikon Malaysia 2017. Penyampian hadiah dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak. Masa upacara tu , aksi Zizan yang bermanaj dengan PM kita kau..hahaa.. Tau-tau jela Zizan..hahaa..Siap lentok-lentok dekat PM..hahaa..



Nad pun tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan Zizan ni.







Seharian kitaorang disini..dari pagi sampai ke petang. Banyak input dan ilmu. Mana taknya 6 sesi yang semuanya sangat bermanfaat. Speaker pun hebat-hebat. Tak sia-sia datang. Dari cerita buli cyber, cara buat duit dan macam-macam lagi. Terima kasih @msmw2017 ..moga dapat jumpa tahun depan lagi..wihuu..
.
Malaysia Social Media Week 2017 (MSMW2017)
.
Official Social Media Channel:
Twitter @msmw_2017
Instagram @msmw2017
Facebook Malaysia Social Media Week (MSMW)

#MSMW2017 @msmw2017 #kbba9 #miszrockersblogspot #lifestyleblogger #ceriterasigadisbiru #kbba9 #bloggermalaysia #blogger #vsco #vscomalaysia #media #mediainfluencer #beautyblogger #fashionblogger #igerskolumpo #igers #ootd #quotes #Msmw2017

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. bestnya ada seminar sekali yer..mst dapat cedok banyak ilmu baru

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat jugak Nad join..kalau dekat2 ni akak pon nak join jugak tambah ilmu tapi tulaa jauhh..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2