hai assalammualaikum


Aishah Juara Gegarvaganza 4 

Suara Aishah Masih Lagi Hebat - Lambat pulak update pasal Gegarvaganza..hahaa..ada ku kisah..Hari Ahad semalam, Gegarvaganza 4 dah sampai ke peringkat akhir. Peserta final Gegarvaganza 4 yang terpilih ialah Liza Hanim, Aishah, Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman. Malam tu ramai update siapa yang bakal menang. Semuanya pilih juara ialah Aishah. Yup, malam tu Aishah la Juara Gegarvaganza 4, sekaligus mengetepikan pesaing hebat dengan suara yang hebat seperti Liza Hanim dan Hazami serta yang lain. Apa yang and perasan, Aishah ni kalau bercakap suara dia kecik je, macam budak-budak. Tak tau la kalau dia buat-buat. Tapi bila menyanyi, suara Aishah masih lagi hebat. 

Lama juga Aishah tak muncul di kaca tv. Sehinggalah dia masuk ke pertandingan Gegarvaganza ni. Walaupun sudah lama tak menyanyi, mungkin kita fikir, Aishah tak sampai ke Final, tapi silap..dia lah Juara..hebat tak hebat la..Lagu pertama Aishah menyanyikan lagu " All By Myself " dan masa Aishah nyanyi berduet dengan Liza Hanim lagu " Supergirls "..pergh memang hebat. Suara mantap, masih bertenaga. Tu la kan, penyanyi ni memang walau disimpan suaranya, tapi masih lagi merdu. Yang pasti, kemenangan Aishah telah mengembalikan popularitinya.

Aisyah dah buktikan yang dia merupakan seorag penyanyi yang terbaik dalam industri muzik. Dia bagi suara, persembahan dan penghayatan yang bagus sekali.


Aishah mengutip markah keseluruhan 81% diikuti Liza Hanim 79%, Lan solo 70.4%, Hazami 70%, Firman 69% dan Tia Jinbara 66 %. Dah tau la kan urutan pemenang nya..hehee. Satu lagi benda tak disangka nombor tiga, ramai fikir Hazami, tapi Lan Solo yang tempat ketiga..takpela, yang penting masing-masing pulang denga wang tunai dan trofi. Takde pun pulang dengan tangan kosong.

Paling best masa Ezad dan Mamat buat persembahan.Dua-dua vokalis Exist..auchh..sedap giler suara diaorang. Lagu yang diaorang nyanyi pun mengamit memori..gitu..



Kadang tengok Gegarvaganza ni, tak best bila bab komen, sebab suasana akan jadi krik..krik..krik Nabil nak buat lawak atau bila Dato Seri Vida muncul nak bercakap..hahaa. Tapi anak kita, Fariza bila dengar lagu " I Am Me "..suka benor. Terus toleh dan joget..haishh..lantokla..hahaha..Tapi suak tengok Hihan..comel je dengan babybump dia..hehee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours