Tempat Menarik Di Port Dickson, Funny House Port Dickson, Tarikan Terbaru Di Port Dickson.

hai assalammualaikum

Dia punya gelak tak ingat dah
credit pic: Kerex Photography


Funny House Tarikan Terbaru Di Port Dickson

Funny House Port Dickson - Cuti sekolah, hoorayy!!, dah musim cuti sekolah kan. Syokla budak-budak cuti sekolah, tapi mestilah boring kalau duduk rumah sahaja kan. Bawakla anak-anak pergi bercuti ke mana-mana. Kalau tak tau nak pergi mana, hah!!,bawak je pergi Port dickson. Sekarang dekat Port Dickson pun dah ada macam-macam tempat menarik. Pasti kanak-kanak akan enjoy dekat sini. Salah satu tempat yang nad pergi haritu, Funny House Port Dickson. Tarikan terbaru di Port Dickson yang korang boleh kunjungi.

Baru-baru ni, nad pergi bercuti di Port Dickson. Nak release tension katanya..hehee. Bercuti dekat je pun takpe, asalkan dapat tiup angin segar. Malam tu, mr mafia cakap sebelum check in hotel, kita apergi satu tempat ni. Pagi tu bergerak, sampaila ke Port Dickson. Terus mr mafia bawak ke satu tempat yang nad tak pernah tau dan tak pernah dengar pun. Tapi tempat tu menarik untuk ambil gambar. Tempat tu terletak di kawasan kedai-kedai macam tu. Sampai je, nad teruja nak tau macam mana dalamnya.

Tempat di kawasan kedai-kedai
credit pic: Kerex Photography

Bahagian luar Funny House. Ada Tempat menunggu. Jangan risau
credit pic: Kerex Photography

Salah satu tempat di Port dickson, Funny House. Apa yang Funny sangat house ni..hahaaa..Hah!!, masuk dulu, baru tau, best ke tak best kan tempat ni. Fariza pun enjoy je dalam ni. Masa ni, nad pergi hari baisa, memang takda orang la..hahaa. Kitaorang konker tempat ni. Takde orang berebut nak ambil gambar..hehee..

Harga Tiket Funny House 

Harga Tiket Masuk Funny House Port Dickson

Harga takdelah mahal. Bayar sekali, masuk lama-lama pun takpe. Ambil gambar sampai korang puas hati..huhuhu..
Dewasa: RM15
Kanak-kanak: RM10

Bila masuk, nad tengok, tempat biasa je. Macam boring je, takda pe. Apa nak buat ni. Hah!!, nasib baik ada penjaga situ guide kitaorang. Jadi, bila dah paham, apa lagi ambil gambarla..Hah!, kemain mak dengan anak ni ambil gambar. Yang penting reaksi muka, gaya kena, baru best gambar..hahahaa.

Apa Yang Menarik Di Funny House

Kalau korang tengok gambar nad ni, semua benda dalam Funny House, besar-besar, jadi korang akan terasa kerdil je...hehee. Terasa macam di panggang, di cuci dalam mesin basuh..kihkih.

Dah macam betul je
credit pic: Kerex Photography

Jadi sampah..Anak buat dek je..mak over
credit pic: Kerex Photography

Hah!!, tengokla mak buyung, galak ambil gambar. Tak sedar tenagh membuyung..hahaa. Fariza pun happy je..hahaa. Sebab dia tengok barang-barang dekat situ besar.

Kerdilnya awak Fariza
credit pic: Kerex Photography

Eeee..berakk..busukkk..nah mommy ambil sebesar tisu ni
credit pic: Kerex Photography

Fariza nak air apa..hah!!,nganga cepat
credit pic: Kerex Photography
Hah!!, macam-macam gaya ada. Tengok perangai anak, lucu je. Mesti dia fikir apa la mommy aku ni buat..hahaa. Tapi bila disuruh buat, di buat juga. Walaupun muka sememeh.

Fariza, angkat kunci ni cepat!!!
credit pic: Kerex Photography

Cepat nyalakan api Fariza oii!!
credit pic: Kerex Photography

Anak beranak, bertukus lumus bekerjasama..hahaha.

Makan ni nampak sedap jee..hahaa
credit pic: Kerex Photography

Fariza masak mommy
credit pic: Kerex Photography

Kalau tengok, takdela bosan mana pun. Memang enjoy la. Macam-macam barang ada, walaupun tak banyak.

Sampai hati nak kepit perut mommy
credit pic: Kerex Photography

Ala comeynya muka dia..geram haishh
credit pic: Kerex Photography

Posmen kejapp...ni ada surat!!
credit pic: Kerex Photography

Fariza tolong mommy pasang plug..besor norr
credit pic: Kerex Photography

Nak raut pensel pun kena dua orang
credit pic: Kerex Photography

Kurung dia dalam ni..hahhahaa
credit pic: Kerex Photography

Berus gigi Fariza, biar tak sakit gigi..
credit pic: Kerex Photography
Hahahaa, korang layan kan jela apa kitaorang buat..Memang seronok bawak anak, tak pun pergi dengan kawan-kwan..memang dapat idea giler nak bergambar, macam-macam gaya ada, mesti gambar menarik.

Ada orang tolong ambilkan gambar. Guide sekali
credit pic: Kerex Photography


Funny House Port Dickson, best..happening
credit pic: Kerex Photography

Hah!!, staff dekat sini memang sangat membantu. Selain guide kita, diaorang akan tolong ambilkan gambar. Jadi jangan risau..hahaa. Mungkin barang tak berapa banyak, mungkin kena tambah barang menarik lagi dan susun elok-elok. Mesti lagi happening dan lucu.

Nak tengok gambar menarik lagi, boleh ke link ni http://kerex.zenfolio.com/funnyhouse

Bila mommy kejam..haaha
credit pic: Kerex Photography


Dulu Funny Haunted, Sekarang Funny House

Sebenarnya, tempat ni dulu Funny Haunted, tapi staff situ cakap, ramai budak takut hantu..haahha. Ada satu patung hantu tertinggal ni ha. Fariza pun takut..hahahha. Kejam mommy. Lepas tu ditukar ke Funny House. Okla, sebab best juga. Nad pun takut hantu sebenarnya..kahkahkah..

Korang kalau nak datang, boleh je waze Funny House Port Dickson
Alamat: No : 4 & 5, Lorong Aneka 1, Tman Aneka Pasir Panjang Port Dickson
Waktu Operasi: 10 pagi- 8 malam
Facebook: FuNny House
Instagram: https://www.instagram.com/funnyhouse1st_in_malaysia/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

20 comments so far,Add yours

  1. pasang plug tu rasanya salah. patut yang kepala besar tu kan hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kepala besar tu tak boleh angkat..hahaha..

      Delete
  2. sUNGGUH CANTIK BLOG INI ..PENUH DENGAN INFOR DAN BEGITU TERSUSUN INDAH.TAHNIAH YA

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ni funny house..hehee..adamasa datang la sini

      Delete
  4. menarik ni..mungkin next trip ke PD boleh singgah kot..

    ReplyDelete
  5. menariknya..comel je mimik muka fariza dekat setiap gambar hahaha

    ReplyDelete
  6. wah bestnye nadia..akak org PD pun xpernah jejak kaki kt sini..hahaha

    ReplyDelete
  7. Alala comelnya gambar kat donut tu..
    Rose baru tahu funny house ni. Next time boleh singgah kalau ke Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  8. macam berada dalam umah gergasi je dah .. huhhhu. teringinnya nak pi

    ReplyDelete
  9. Sportingnya farizaaaa hahaha. by the way, cantik color seluar kak nad

    ReplyDelete
  10. Amboii..mahalnyaaa harga pun..tak nak kalah..rumah yg upside down tu pun Sally x g lagi

    ReplyDelete
  11. menarikkk suka tengok fariza hihihihi

    ReplyDelete
  12. Tak tau pula ada tempat Best kat sini, boleh pegi ni

    ReplyDelete
  13. Bestnya. Ntah bila la nk merasa pergi. Jadual kerja cuti ddy dorang x menentu..

    ReplyDelete