hai assalammualaikum

Lava Cake Lembut Dan Sedap

Lava Cake Lembut Dan Sedap

Coklat Lava Cake Yang Sedap Meleleh - Haritu nampak la Kak Diya post gambar kek. Ada salah satu kek tu, memang menguji jiwa betul. Nampak sedap je, lagi hiasan dengan gula warna warni tu. Tak tahan haish, lagipun dessert dekat rumah kita dah habis..hahaa. Haruslah cari dessert atau cake lagi untuk kita makan weii. Biasalah, nampak kek tu sedap, kek ni sedap..Time macam ni semua nak. Kek ni nampak sedap sebab dalamnya ada coklat. Bentuk pun macam gunung berapi gitu. Jadi coklat dalam tu akan meleleh keluar bila kita potong kek tu. Sebab tu namanya Coklat Lava Cake..huhuhu..

Bila dah nampak sedap, apa lagi terus komen la kita dekat gambar tu. Terus ownernya jawab. Macam biasalah, kena tanya delivery dekat KL tak. Kalau tak hantar kita mampu tengok jela gambar tu..hahaa..Nasib baik dia hantar..kihkih. Harga kek pun takdela mahal. Terus whatsup dan order. Cadangnya dia nak hantar sabtu, tapi rezeki nad, ada orang cancel order, haritu whatsup, haritu dapat..Allahuakbar, rezeki mak buyung. Menunggu Coklat Lava Cake kita sampaii..yippiii...

Yang menjualnya ni pun salah seorang friendlist dalam facebook. Akak Khairul Ibtisam. Kita kenal-kenal macam tu je. Petang tu dia hantar depan rumah kita. Terima kasih banyak-banyak akak kayrul. Hantar sampai rumah. suka kita kalau makanan dihantar sampai rumah..hahaa. Semoga murah rezeki akak kayrul ye. Baik hati sangat akak ni hantar Lava Cake sampai rumah kita, sebab laluan rumah nad petang-petang memang jem giler. Semoga bisness akak bertambah maju...hehee. seronok mak buyung apa yang diminta ditunaikan..kahkah..Dapat je terus buka..

Ada dua..berebut dengan anak kang

Hah!!, tengokla, sampai dua nad order. Kalau satu memang tak cukup. Sebab, Fariza suka makan kek juga. Biasalah, masa nad mengandungkan dia pun, nad suka makan kek. Kalau beli satu boleh berebut dengan dia. Sebab dia asyik nak je. Tak bagi kang marah..haishh.. Jadinya belila dua..hehehe..

Tengok Lava Cake ni, dihiasai dengan gula warna warni. Lagi anak kita suka. Sikit-sikit nak, sikit-sikit nak..sabo jela..


Video kitaorang makan Lava Cake. Maaf sebab lampu dekat rumah rosak. Yang hidup bahagian meja makan. KItaornag makan dekat bawah..hahaa.. Jadi nampak gelap gitu. Tak nampak pulak coklat tu meleleh sebab gelap..tapi memang coklat tu meleleh slow-slow je.. Geram pulak nad tengok..hahahaa.

Coklat Lava Cake ni sedap dan lembut. Sekali makan, memang nak makan je. Habis satu bekas dalam sehari..hahaa. Kongsi dengan anak. Bila anak nak makan, mommynya pun nak makan. Tak boleh tengok..hehee. Harga Lava Cke ni RM10 je sebekas..murah kann..apa lagi orderla dengan kak Khairul Ibtisam ni.

Nah nad bagi
Contact : http://ovenkayrul0163143782.wasap.my/
Facebook: https://www.facebook.com/kayrul7950?fref=ts
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours