hai assalammualaikum


Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Jalan Cerita Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Makin Keliru - Siapa layan drama TV3, jam 7 petang tu. Lakonan Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin dan Syazuwan Hassan. Nad ni takdela tengok sangat cerita tu, banyak skip. Sebab masa mula-mula cerita tu, nad tengok macam drama lain pulak, suka dekat perempuan tu, pastu ada perempuan lain dengki. Dalam hati nad, mesti diaorang akan bersama. Tapi ada msa nad tengok juga, sebab best pulak drama ni bila si Nurin dan Aiman kawin..hahaa.

Nad sempat jugala tengok macam mana Nurin jumpa si Aiman, masa dia lari keluar hotel, bila Luq nak buat jahat kat dia. lepas tu Aiman dan maknya datang rumah Nurin. Lepas tu tak tengok sebab bila nampak Luq terkejar-kejar balik Nurin. Tapi nad tengok balik part Nurin dan Aiman diijabkabulkan. Ok suka balik cerita ni..hahaa.. tapi lepas tu berlaku kemalangan lepas diaorang kawin. Ok sedih balik cerita ni, Nurin pulak sakit dan berperangai seperti kanak-kanak. Nad ingat dia ok dan kawin dengan Luq. Tapi memang kawin pun dengan keadaan macam tu..baru tadi kawin..hahaa.

Semalam punya episod, nad perasan, Nurin ni pura-pura sakit rupanya. Ok cerita ni memang keliru..hahaa, Ramai tertanya-tanya..Banyak yang kelirunya..

Orang Mati Hidup Semula

Part suspen bila, Aiman tiba-tiba keluar. Eh, logik ke orang yang dah mati hidup semula. Aiman ni suami Nurin. Tapi, ramai cakap itu kembar dia, nam Rashdan. Ermm tak tau la betul ke tidak. Masalahnya, mati depan orang ramai. Kalau betul kembar dia ok la..hahahaa..Kalau si Aiman, uishh..kena tau ceritanya..

Nurin Berkomplot dengan Rashdan

Scene tadi, Nurin siap telefon dengan Rashdan, yang dikatakan kembar Aiman. Ermm, dia tau ke Aiman ada kembar, atau itu Aiman bertukar nama lain..Tapi maknya, iaitu mak Aiman panggil Rashdan..eh..aduhh..jenuh fikir ni..hahhaa..Susah jugak ye..fuh..keliru sungguh..

Nurin Berkahwin dengan Luqman

Ok, kalau suami dia betul meninggal, memang boleh bernikahla. Tadi dah selamat pun bernikah. Tapi kalau Rashdan tu Aiman, boleh ke bernikah..ermm..Kalau itu kembar dia, takpela gak..apalah rumit sangat cerita ni oii..hahaha..


Tak sabar nak tau kesudahan cerita ni. Nad taknak baca mana-mana, saja nak suspenkan diri..hahaa. Cerita tengah best ni..Biar kita tunggu je dekat tv..hahhaa. Jadinya kena tunggu minggu depan. Ada 32 episod. Sekarang episod berapa tak tau pulak..haishh..jangan lambat sangat, tertanya-tanya ni..huhu
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. hehe samelah..duk tunggu jugak siapa rushdan tu.. sbb mse dia htr nurin ke katil kan dia ade kata i love you.. suspen kalau itu aiman.. hihi

    ReplyDelete
  2. drama tu membosankan. Terlalu banyak watak dan babak di tokok tambah sb nak banyak kan episod . Penerbit nak buat duitlah katakan.

    ReplyDelete
  3. Betul tu... Memang mengelirukan... Adakah dia aiman atau rashdan... Kalau nak cakap aiman seperti dia cakap sama kat hospital ketika nurin pengsan macam sebelum ni untuk dapatkan nurin dan dia tahu nurin iaitu no telefon , rumah dan situasinya... Kalau dia rashdan boleh juga dikatakan sebab mak dia panggil dia rashdan dan mak dia ada pergi kubur anaknya...
    Siapa sebenarnya dia ni... Menunggu episod akan datang apakah akan berlaku

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2