MELATIH ANAK MENGEMAS BARANG MAINAN

in , by Nadia Johari, 02:07:00
hai assalamualaikum


Melatih Anak Mengemas Barang Mainan

Kemas Barang Mainan Selepas Bermain - Barang mainan Fariza memnag dah banyak. Baisalah, tak sah kalau ada budak takde mainan. Kebanyakan mainan dia, daddy dia yang belikan. Kalau dulu masa kecik, dia sepahkan, nad yang kemas. Tapi sekarang, tidak lagi. Dia main, dia yang kemas..hahaa. Penat nak punggah masuk dalam kotak barang mainan dia tau. Bukan sikit, banyak oo. Jadinya, selepas main, atau sebelum tidur, kenalah kemas mainan dia. Dari sekarang kena latih ajar dia kemas barang mainan. Nanti dah besar senang. Kot nak main dekat luar, kemas bilik dulu..hah gitu mommy punya garang..hehe.

Nak suruh anak kemas barang mainan dia, tak susah pun. Sebab tu kena ajar dari kecik, biar dia paham dan terbiasa buat. Kalau tak, memnag naik lemak la dia. Semua nak kita buat. Mula-mula nak ajar tu, kita kena buat sekali. Kita tunjukkan mereka contoh. Yela budak setahun lebih, nak kena tunjuk baru dia buat sekali. Budak usia macam tu, seronok buat sama-sama dengan parents dia. Macam nad akan ambil barang dia, dan tunjukkan mana nak letak barang mainan dia di tempat asal. nanti dia ikutla. Harus diingat, anak-anak sentiasa memerhati dan meniru gerak langkah ibu dan ayah. Bila kita dah bercakap dengan dia " Fariza, ambil barang ni, letak dekat kotak ". " Fariza, jom kemas barang sama-sama ". Lepas dia perhati, nanti kita cakap je, dia dah boleh buat sendiri. Kalau dia lupa, kita ingatkan.


Video Fariza Kemas Barang Mainan

Perkara baru bagi anak-anak, mereka akan buat dan ianya sesuatu yang sangat menarik. Walaupun hanya mengemas. Ini akan melatih mereka untuk suka buat kerja-kerja rumah termasuklah mengemas permainan mereka sendiri. Waktu usia dia setahun lebih pun dah ajar letak baju kotor sendiri. Nad jenis tak kongkong sangat anak. Kalau dekat luar, nad mengemas, atau siram pokok bunga, dia akan menyibuk sekali. Tapi nad takkan cakap " jangan buat tu " " jangan kacau mommy " " jangan main itu ini, nanti kotor"..takde..nad akan biarkan apa yang dia nak buat. Kalau siram pokok bunga, Fariza akan ikut pegang tali getah paip tu, nad bagi je, basah takde hal. Lepas tu dia mandi juga. Kalau tengah bersihkan pasu bunga atau korek tanah dekat pasu bunga, dia akan mintak pengorek, nak korek juga, nad bagi je. Ni semua untuk dia belajar. Diaorang teruja buat. Bila dah selalu buat, takde masalah dah.

Walau apa sekalipun, anak-anak masih tetap anak kecil. Mereka suka bermain sambil belajar. Jadi jangan dimarahi mereka untuk kemas balik peralatan setelah mereka gunakan. Dalam hal ini, pelajaran melalui tauladan memang sangat praktikal. Perangai anak sendiri, ibu bapa yang tau. Pandai-pandailah didik ye.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. pandai fariza ,dah nak dapat adik ni kena rajin tolong mommy kemas

    ReplyDelete
  2. Sama Rayyan , tapi ikut mood dia jugak haha

    ReplyDelete
  3. saya ajar juga anak saya yang nombor 2 tu..tapi dia makin sengajakan sepahkan pula.saja buat ibu dia ijo..
    JanjiKita

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2