hai assalammualaikum


Takoyaki 

Takoyaki Udang Jadi Kegemaran - Lama dah tak makan takoyaki. Nad belajar makan takoyaki pun masa sebelum kawin, tu pun masa dating dengan mr mafia. Mula-mula tak tau nak pilih isi apa, yela takoyaki sebelum ni ada dua jenis isi je, udang dengan sotong. Sekarang, ada ayam pulak. Tapi ayam tak pernah rasa. Yang sotong pernah rasa, tak sedap, tak tau kenapa, tak boleh masuk tekak.

Mungkin sebelum ni, nad pernah termakan takoyaki sotong yang sotongnya besar dan macam tak masak. Jadi, rasa nak muntah, lepas tu dah taknak beli lagi takoyaki sotong. Haritu pergi Tesco, ada jual Takoyaki. Tekak tetiba nak makan takoyaki, jadi belila. Nad beli takoyaki udang. Harga boleh tahan. 6 ketul RM11.20..ayoyo..nak taknak beli jela..tekam dah teringin. Nad beli takoyaki udang.

Lepas tu pergi kedai mamak, order air dan makan takoyaki. Nasib baik sedap..hehehe. Sos dia pun ok. Bagi Fariza makan, dia taknak..tengok pelik je..hahaha. Jadi nad makan dengan mr mafia. Besar pun ye.

Tengok orang tu buat Takoyaki macam senang je. Yang penting kena ada acuan dia, acuan boleh je beli online. Tengok google resepi dia dan paling penting, kena tau golek-golek kan jadi bulat yang cantik. Kalau tak, hancur takoyaki tu, tak pun terbang ke..hahaha..dah membazir. Kalau pandai buat sendiri dekat rumah, memang jimat, pulak tu boleh buat banyak.


Yang serbuk dia tu dibuat dari apa ntah..nad pun lupa. Tu pun kena ada, kalau takde, tak lengkap rasanya. Dengan sos yang kena sedap. Baru la enak dimakan kan. Ada tengok kawan nad buat, best pulak..

Tapi, kalau taknak buat pun, boleh je order delivery. Nampak tak canggihnya. Nad pun tau masa tengok dekat rancangan Wanita Hari Ini. Macam perasan je tukang buat takoyaki tu. Rupanya kawan sekolah nad. Dia ada jual takoyaki dan boleh delivery. Best ni..harga pun murah. Boleh cuba rasa, sebab tengok macam besar je takoyaki dia. Nanti la nad order. Korang boleh tengok dapur abang bob. Kot teringin makan takoyaki. Boleh la delivery.



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

14 comments so far,Add yours

  1. sedapnya, cik timm ni jenis semua masuk mulut jer..asalkan makanan halal..hihi..

    ReplyDelete
  2. Akak pon suka gak makan takoyaki.. mmg best.. kalau kat kemaman 10 biji rm8 .. mmg sedap san berbaloi2..

    ReplyDelete
  3. kalau boleh buat sendiri boleh la masak hari2 :)

    ReplyDelete
  4. Pernah try takoyaki, tak ingt amik isi apa..sedap rupanya...tapi harga dia boleh tahan gak la..haha

    ReplyDelete
  5. Lama x mkn tokoyaki ni...weekend ni nak p terjah aeon big lahhh haha

    ReplyDelete
  6. Rose pun jarang-jarang makan takoyaki ni. kalau teringin baru beli, tu pun tengok kedai juga.

    ReplyDelete
  7. Zira pun dah lama tak makan takoyaki,nk beli mahal tak leh hari2 mkn

    ReplyDelete
  8. Tgk org mkn nampak sedap je. Ntah bila dpt merasa makan takoyaki nih

    ReplyDelete
  9. Sedap takoyaki...ritu nmpk tmpt buat takoyaki..mcm nk beli dan buat sndri.. Jimat sikit ..

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak makan takoyaki tapi bila tengok nad makan rasa cam teringin nak makan jugakk..

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap, tapi tekak saya tak berapa nak masuk makanan ni (ntah kenapa) hehe.

    ReplyDelete
  12. Bukan serbuk tuu...hahaha..Bonito flakes nama dia..ikan..hehehe..ITU yg mahal kalau nak buat takoyaki neh..kekeke

    ReplyDelete
  13. ini feveret iday ni. tapi kena cari yang betul-betul pandai buat. ada yang jual, tepung semata. hehehe

    ReplyDelete
  14. Cik en pon sula tokiyaki ni.. x kira apa pun perisa

    ReplyDelete