hai assalammualaikum


Macam-macam Ragam Abang Penghantar Barang - Setiap hari memnag tertunggu barang dari pos laju, Gdex, Skynet, yela kot barang yang nad beli atau barang untuk review. Selama duduk bandar ni memnag takda masalah dengan abang-abang penghanar barang ni, barang sampai ok je depan rumah. Melainkan, nad takda dekat rumah, diaorang akan bagi surat cinta dekat peti surat. Jadi kita tau, ada barang untuk kita. Selalunya kalau dekat kampung baru susah sikit diaorang nak cari rumah, yela kampung pendalaman.

Nad ada juga terbaca kawan-kawan punya, ada masalah dengan Pos Laju la, Gdexla, Abx, eh macam-macam la penghantar yang hantar ni. Ada yang campak barangla, tak bagitau ada barangla, ada taknak hantar la, uishh macam-macam nad dengar. Memang tak patutla, penghantar barang ni buat macam ni dekat barang yang dihantar. Diaorang dah bekerja hantar barang, kenala amanah hantar sampai kepada tuannya. memang banyak barang nak kena hantar, nak cepat tapi tanggungjawab terhadap barang kepada tuannya kena ambil berat. Barang yang diposlan pun kena la letak dan hantar dengan berhati-hati. Contoh macam  dia dah tulis fragile, tak bolehla main campak je. Kesian dekat tuannya yang dapat nanti. Sentiasa menantikan barang yang ditunggu, alih-alih, dapat rupa dah hancur.


Macam nad, baru dua kali terjadi, tapi takdela teruk mana. Masih la gi diaorang baik hati bagitau barang dah hantar dan tolong nak hantarkan barang semula. Kes pertama, waktu tu nad takde dekat rumah. Kalau sebelum ni, Pos Laju hantar barang, bila takda orang dekat rumah, dia akan letak surat bagitau ada barang, jadi terpulang kita nak ambil atau hantar semula. Tapi kali ni, diaorang hantar message je weii, pulak tu suruh collect dekat pos laju punya tempat..Ok memang ok, tapi disuruh ambil sendiri. Nasib la hati kita ni masih baik hati, tempat pos laju tu takdela jauh sangat dari rumah. Mungkin dia message taknak kita telefon suruh hantar semula kot..hoho..Message seperti dalam gamabr di atas..sabar jela. Tapi nasib baik dia bagitau ada barang dari dia senyap je..

Kes kedua pulak, baru je terjadi. Haritu pekerja Gdex call, cakap ada barang dekat Gdex. Pekerja telefon tu perempuan. Dia sebut nama. Ok betul. Lepas tu dia cakap " orang yang hantar barang cakap awak taknak terima barang "..uishh..terkejut nad sekejap. Tak pernah-pernah nad taknak terima barang yang dihantar. Yela nad kan blogger, kadang ada barang yang dihantar secara mengejut dan kita tak tau. Nad ni setiap hari menunggu penghantar barang ni datang rumah, tengok barang apa nad dapat. Kot barang nad beli juga ke kan. Lepas tu dia bagitau alamat, yup alamat tu memang alamat rumah nad. Semuanya betul. Boleh dia cakap nad taknak terima..gila apa.Pekerja yang call tu dah gelak.

Rasanya, sebelum, nad memang tak nampak lori Gdex lalu depan rumah. Memang sepanjang haritu nad dekat rumah, takde keluar pun. Pastu nad cakap dari siapa. Dia bagitau company. Ok nakd tau company tu. Nasib baik pekerja tu cakap esoknya dia akan hantar semula. Esoknya dapat la barang tu.

Itulah kisah ku dengan abang penghantar barang ni..adoyaii..macam-macam hal. Kes nad ni takdela teruk sangat, ada lagi teruk dari nad. Huishh..kerja lah dengan penuh tanggungjawab dan amanah ye.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. sha kalau dengan poslaju ok ja sebab semua dah kenal haha, tapi kalau dengan gdex ka skynet or ninja van selalu jugak jadi masalah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah stakat ni tak pernah jadi yang teruk2. tapi dapat surat cinta pos laju tu selalu hehehe..

    ReplyDelete
  3. nasibla cik nor wat alamat pjabat..xde la macam2..hihi

    ReplyDelete
  4. hahaha orang yang hantaq barang pun, tak logik naw kalau kita tak nak terima barang haha

    ReplyDelete