Churros sedap di Street Churros, Street Churros Buka Outlet di Sogo, Churros murah di Street Churros, Pelbagai Jenis Churros di Street Churros

hai assalammualaikum

Street Churros Sogo

Menikmati Pelbagai Jenis Churros Di Street Churros Sogo

Tercapai Impian Ibu Mengandung Makan Churros di Street Churros Sogo - Ohoii, selalu tengok kawan-kawan makan dekat Street Churros, nampak sedap je. Pernah makan churros, tapi churros yang orang buat biasa-biasa je. Memang tak menepati citarasa tekak ni. Dah lama teringin nak makan churros dekat Street Churros dan rasa kesedapan dia macam mana sebab tengok kawan post ada pelbagai jenis perisa churros yang dibuat, macam coklat, cheese la, aiskrim..huishh..geram pulak rasa. Lagi sekarang tengah mengandung, keinginan tu membuak-buak..haha. Alhamdulillah, rezeki ibu mengandung, tercapai nak makan churros ni..happy gegiler. Haritu nad makan Churros dekat Street Churros Sogo. Lepas shopping, boleh lepak makan dekat street Churros. Dan ni outlet terbaru dia buka di Sogo ni.

Street Churros Sogo ni terletak di tingkat LG-L4, korang masuk je dalam Sogo, lepas tu jumpa escalator ke tingkat bawah. Hah!!, nanti jumpala Street Churros ni. Street Churros ni berasal dari Korea dan merupakan satu-satunya rangkaian cafe churros yang terbesar di dunia dengan menunya yang pelbagai. Kalau korang perasan, lambang bentuk churros ni seperti ladam kaki kuda, iaitu U yang terbalik, tu bawa maksud “good luck” di dalam bahasa Spain. Bila tengok menu, tak sabar pulak nak rasa kan..huhuhu..meh nak tengok apa menu dia tak..


Banyaknya mak buyung order churros.. semua nak rasa

Banyaknya pilihan yang korang boleh order dekat Street Churros ni. Semuanya nampak yummy. Ada bentuk " U ", ada bentuk panjang, ada nipis. Air pun macam-macam jenis.


Street Churros dengan dipping sauce 

Yang ni Street Churros, harga dia RM5.90 satu. Yang ni yang paling besar. Bentuknya comel je. Street Churros ni ada tiga perisa tau. Ada perisa Cinnamon, Chocolate dan Cheese. Nad paling suka Coklat dan Cinnamon. Rasa cinnamon takde kuat sangat, elok je. Ibu mengandung memang suka makan makanan manis ni, sebab tu coklat mesti diambil..hahaa.

Oh ye, menariknya, dia ada dipping sauce. Nampak tak mangkuk kecik tu, hah tu sos untuk cicah, kalau korang rasa nak cicah. Dipping sauce dia ada 4 perisa iaitu coklat,cream cheese, blueberry dan butterscotch. Harga dia RM1.90

Filling Churros

Cara masukkan filling churros

Pilihan lain, ada juga churros jenis panjang. Hah!!, yang ni nama dia Filling Churros. Suka nad tengok cara buatnya. Cara dia masukkan filling dalam churros tu. Ada mesin khas dia untuk buat churros ni dan masukkan filling dalam tu..hehee. Boleh tengok dekat gambar. Filling Churros ada 3 perisa yang korang boleh pilih iaitu coklat, cream cheese dan korean strawberry. nad pilih coklat dan strawwberry. Yummy sangat..makan sampai meleleh coklat..hehee. Harga dia RM7.90 sebatang.

Stick kurus yang comel dan sedap

Ada lagi churros bentuk lain..hahaa. Jangan pening nak pilih mana...hahaa. Meh tengok Stick churros pulak. Yang ni, diletak dalam cawan. Jenis panjang juga, tapi pendek sikit dari Filling Churros. Cara dia buat, churros akan digaul dengn perisa yang berlainan. Ada perisa coklat, cinnamon dan cheese. Dalam satu cawan korang boleh letak dua perisa. Jadi kalau bawak sekeluarga atau kawan, bolehla sorang perisa lain-lain. Dah dapat semua perisa. Satu cawan RM 9.90.

Churros fries yang rangup

Churros yang ni, anak nad, Fariza paling suka. Sebab dia macam fries je. Churros Fries. Memang rangup dan sedap. Ada perisa sour cream, tomato dan seaweed. Hah!!, nad pilih Churros Fries perisa seaweed sebab diaorang cakap ramai suka seaweed ni. Memang betul, sedap, Fariza makan tak berhenti. Harga RM 7.90

Ice Cream Churros..so yummy

Bukan tu sahaja, ada lagi iaitu Ice Cream Churros..wah best kan. Siap ada aiskrim lagi. Cara dia hias pun nampak menarik je..hehee. Nampak Fariza memang laju dia, churros bagi mommy, dia makan aiskrim..hahaa. Sedapnya dapat makan churros yang panas dan ice cream yang sejuk. Dua gabungan yang mantap. Yang ni harga dia RM 7.90

Ice ceram churros ni sama ada korang nak pilih yang plain atau ada topping. Kalau plain ia swiss cheese. Kalau nak tambah topping, ada topping Blueberry Cheese, Butterscotch Cheese dan Chocolate Cheese. Tambah toping, cuma tambah RM1 je.

Kalau dah makan benda manis-manis, mestilah kena ada air kan. Dekat Street Churros ni pun ada pelbagai jenis air yang disediakan.

Air shake

Pekerja tengah buat air shake

1) Jenis minuman shake. Ada dua air shake iaitu O'My Mango dan O'My Coconut. Kalau korang pernah rasa coconut shake, hah!!, O'My Coconut tu hampir sama macam coconut shake. Sedap weii..Tapi O'My coconut lagi sedap dari coconut shake..so yummy.. Harga dia RM 9.90

Air fruit

2) Air minuman jenis fruit. Yang ni harga RM 7.90.  Ada lemon, Passionfruit, dan Korean Citron. Antara tiga ni, nad suka lemon. Lepas ni order Lemon, baru best..

Penggemar coffee, air coffee pun ada
3) Coffee pulak ada Caramel Macchiato, Spanish Latte and Café Latte. Nak pilih panas atau sejuk pun boleh.

Caramel Macchiato, Spanish Latte: Harga dia RM8.90 untuk hot dan RM 9.90 untuk iced.
Café Latte: Harga dia RM7.90 untuk hot dan RM 8.90 untuk iced.


Non coffee
4) Non Coffee, ada Chocolate, Green Tea, dan Milk Tea, pun boleh order sama ada nak panas atau sejuk. Harga untuk sejuk RM 8.90 dan untuk panas RM 7.90

Hah!!, kalau makan ramai-ramai, korang boleh je order set combo. Set combo ni menghidangkan churros dan latte. Ada tiga jenis set combo ni iaitu
1) Set A - Street Churros dan Latte ( RM 11.90 )
2) Set B - Filling Churros dan Latte ( RM 13.90 )
3) Stick Churros dan Latte ( RM 15.90 )

menu dan harga

Ada lagi, untuk set my treasure box. Ada dua pilihan tresure box, satu 10 mini churros dengan 4 dipping sauce dan satu lagi 8 mini filling churros. Korang boleh tengok dekat menu dalam gambar nad bagi tu. harga untuk my treasure box RM 32.90.

Mesin buat churros

Boleh tengok churros dimasak

Churros dibuat masak kita order, dapat panas-panas..sedapp

Memang banyak pilihan korang boleh pilih untuk tekak korang dan ikut kemampuan korang..hehee. Churros dekat Street Churros memang tidak mengecewakan. Pertama kali makan, dah jatuh cinta semual. terasa nak makan lagi weii..hahaa. Bestnya sebab churros di Street Churros ni dibuat panas-panas. Bila kita order baru dia buat churros tu. Huishh..memang sedap makan fresh-fresh ni. Street Churros ni sedap sebab bila dimakan ia rangup di luar dan lembut di dalam. Nikmatnya tak terkata..fuh..Harga dia pun berpatutan.


Layan video Street Churros ni..hehehe

Makan dulu


Win Exclusive Hi-Tea By Street Churros

Dont just say " I Love You "


Hah!!, korang, nampak tak nad ambik gambar churros bentuk love. Sebab nak menang Exclusive Hi- Tea By Street Churros. Korang pun boleh join. Boleh follow di instagram streestchurrosmy. Situ ada tulis syarat dia..Buat jangan tak buat.

Discount Voucher Churros Nad Nak Bagi!!!


Halooo, siapa suka makan churros dan teringin nak makan churros dekat Street Churros tu, korang boleh terjah page nad www.facebook.com/Miszrockersblogspot. Nad nak bagi discount voucher churros ni..terjah cepat...

Website : http://streetchurros.com.my
Facebook : StreetChurrosMy
Instagram : @streetchurrosmy

Oulet Street Churros

SOGO KL ( New Outlet )
LG-L4, Kompleks Sogo, 190 Jalan Tunku Abdul Rahman, City Centre 50100 Kuala Lumpur
Tel : 03-22028898

One Utama Shopping Centre
Lot LG319A , Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-76810710

IOI City Mall
Lot LG 66A - lower Ground Floor IOI City Mall, 62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel: 03-89592110

Sky Avenue
Lot T2-12, Level T2, Sky Avenue, Genting Highland Resorts, 69000 Genting Highland, Pahang Darul Makmur
Tel: 03-61013110

Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, No. 1 Jalan Imbi, No.1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-21106210

My Town Cheras
Lot B1.046, Basement 1 floor, MyTOWN Shopping Centre, No. 6 Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099

Empire Shopping Gallery
LK02A, Lower Ground Floor, Jalan SS 16/1, Ss 16, Empire Shopping Gallery, 47500 Subang Jaya Selangor
Tel : 03-56121055



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

41 comments so far,Add yours

  1. woahhh.. banyak giler menu churros ya.Baru tau ni..kenapa la kat sini tak ada ya.. hukhukhuk.. semuanya nampak sedap sedap ni..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Dekat one utama pun ada. wah. Tak pernah sedar pun.
    Ika datang singgah sini and follow sis :D

    ReplyDelete
  3. dah lama dah teringin nak makan churros ni.. kat kelantan belum ade

    ReplyDelete
  4. Sedapnya churros.. Siap ada mcm2 flavor pulak tu.. Next time dtg Sogo nak trylah..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Ni yang mengidam ni. Nak kena cari chuross ni nanti.

    ReplyDelete
  6. Yg best kan...churros kat sini sama rasanya mcm dekat outlet Korea..sebijik!

    ReplyDelete
  7. alahai mcm menarik ja napa la kot jitra kedah ni xdak mcm ni kalau dak hari2 p terjah dah...

    ReplyDelete
  8. OMG!! after see your sharing i super love wanna try..!!

    ReplyDelete
  9. Baru baca tajuk je dah terliur.. alaa nak kena g cari juga ni..yang paling dekat kat subang lah..

    ReplyDelete
  10. Teringin nk merasa churros ... Sbb johor mmg ssh nk jumpa..hmmm..kne buat sndri lah jwbnya

    ReplyDelete
  11. tingin lama nak mkn churros kat cafe mana2..ari tu nah sekali wat kat rumah..mcm lembik je haha

    ReplyDelete
  12. Zaza pun tringin gak nak rasa churros ni tapi kt sini tak ada.. Uhuk

    ReplyDelete
  13. wow bestnye sis..buat lapar je petang2 cenggini

    ReplyDelete
  14. I love Churros coz' it is crunchy. Will join the contest and hope can win it.

    ReplyDelete
  15. Wow gempak.. paling tempting ialah aiskrim tu. Sedapnya

    ReplyDelete
  16. Selalu nampk orang post pasal Churros ni. Tapi kita tak pernah lagi cuba. Rupanya bentuk U terbalik tu maksudnya “good luck”. Tak tahulah bila nak pergi cari dan makan benda ni.

    ReplyDelete
  17. Suka makan churros, nak nak kalau untuk minum petang kan. best

    ReplyDelete
  18. Wahh .... Dah ada kat SOgo! Suka pi sogo . Pasni boleh singgah Churros. Belum pernah rasa

    ReplyDelete
  19. Teringinnn. Nak cari kat sogo nanti

    ReplyDelete
  20. ya ampunnn... teringat pulak kesedapan churros. Nak kena repeat ni. hehe

    ReplyDelete
  21. ya ampunnn semuanya sedap2....lebih2 yang eskrim tu

    ReplyDelete
  22. Alahai..terliuq la pulak tgk malam2 ni. Sedapnyaa twngok.churros coklat tu

    ReplyDelete
  23. Tengok gambar Churos pun dah terliur. Banyak betul pilihan dan nampak sedap. Teringin nak cuba street churos ni jugak.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  24. Yeah for my favourite snack, I like the one with ice cream :)

    ReplyDelete
  25. woo hoo... nampak sedapnyer churros ni... nanti akan mencubanya bila saya pergi Sogo....

    ReplyDelete
  26. Their Churros really crispy and come with different flavours. Always my favorite

    ReplyDelete
  27. Tak pernah makan churros dengan ice cream... nampak sedap sangat tu.. nak sikit voucher tu nad he he he

    ReplyDelete
  28. wow sedapnya, eh bila tengok gambar ni balik rasa macam nak pergichurros lak petang ni wohooo

    ReplyDelete
  29. Wahhh churrossss....akak pun ngidam churros gak ni...cam ne ni ekkk...hehehe

    ReplyDelete
  30. Serius, onie tak pernah makan churros ni, rasa macam keropok kosong ke eh ? Pastu ramai pulak tu yang makan, okay part air tu onie suka, memang menyelerakan betul. Harga pun murah yang amat.

    ReplyDelete
  31. It's been a while since I ate Churros! Looking so delicious and yummy! Time to hunt for some churros at Street Churros.

    ReplyDelete
  32. I love churros but pairing with coffee! Which one is your best favorite?

    ReplyDelete
  33. i love the churros ... tried once and liked it when i was in singapore.
    https://questso.blogspot.com

    ReplyDelete
  34. my first churros masa tu kat resorts world genting... sedap. Rach rindu yg special recipe kat atas... lolz

    Racheal

    ReplyDelete
  35. Wow, so much of churros, I wonder how you can finish them all! I love them but not too much.

    ReplyDelete
  36. xpnah lagi makan street churros ni huhu...mcm sdap je

    ReplyDelete
  37. Nyam nyamnSedap sekali tuh semua makanannya,,nak Cuba makan di sana?

    ReplyDelete