hai assalammualaikum

Digi Pospaid Banyak Kelebihannya

Tukar Digi Prepaid Ke Digi Pospaid - Memandangkan dah nak balik kampung dengan jangka masa yang lama,nak berpantang di kampung, jadi nad terfikir untuk tukar nombor Digi nad daripada prepaid ke pospaid. Dah lama nad guna nombor Digi ni, sebab mengapa, boleh baca dekat SINI. Dalam banyak-banyak nombor, dekat kampung hanya boleh terima Maxis dan Digi. Tapi nad tengok Digi lagi banyak kelebihannya. Kalau sebelum ni guna prepaid, asyik topup je, lepas tu data asyik nak habis je, lepas tu topup lagi, macam tak berbaloi. Jadinya, nad tukar kepada pospaid.

Nad tukar ke Digi pospaid sebab memikirkan nanti nak guna banyak data. Yela, nad banyak gunakan media sosial, nak update blog lagi. Nak upload gambar lagi. Memang banyak la nak guna data. Belum call sana sini lagi. Dekat kampung nad tak ada wifi. Jadi bergantung kepada data nombor kita. Lagi berjauhan dengan suami nanti, nak telefon lagi, nak buat video call lagi. Nampak tak, nak guna banyak data. Taknak membazir duit asyik nak topup je. Pernah sebelum ni guna prepaid, nad topup RM50, ambil data RM30 untuk 2 gb kot, eh ke berapa, lupa dah, tak sampai setengah bulan dah tinggal sikit kuota..ayoyo..internet pun jadi slow je. Stress oo..nak taknak kena cari jalan, dan pilih untuk tukar ke Digi pospaid.


Apa lagi, ajak mr mafia pergi ke Digi center. Terus cakap nak tukar nombor Digi nad, dari prepaid ke pospaid. Senang je, dia akan tunjukla, mana plan korang nak, bayar, bagi IC, tunggu massage dekat phone korang bagi, dah settle. Tak lama pun. Yang lamanya sebab fikir nak ambil plan mana..hahaa. Mula-mula ingat nak ambil paling murah, RM38, cuma 2gb, tapi fikir balik, kat kampung oii, jadinya nad ambil RM58 untuk 10gb. Lepas tu ada free 5gb pada hari minggu dan unlimited calls. Okla, sebab lama kot duduk kampung, setiap hari nak kene on data. Boleh la berkongsi dengan nombor telefon nad satu lagi kot yang tu nanti habis data..hahaa.

Memandangkan mr mafia pun pakai nombor digi, jadinya nak call dengan dia pun senang. Lagipun hari minggu la banyak pakai kuotanya. Nak buat kerja blog lagi..huhu. Nak kongsi dengan korang nanti masa nad pantang ke, kannn..hehee. Sebelum balik kampung kene fikir ni semua..hahaa. Telefon kan benda yang penting untuk kita semua. Takde telefon rasa lain kau.

Lepas tu, download apps Digi, nanti ada la dapat voucher ke apa kan. Yang part ni memang nad baru tau, almaklumla, baru pertama kali guna pospaid, selama ni prepaid je. Kalau pospaid bayar sebulan sekali, lepas tu kalau nak tukar plan, boleh je tukar..lega la sikit..nanti dah habis pantang, nak balik bandar bolehla tukar plan yang RM38 tu, sebab dekat bandar ada wifi..hehee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Sama la pakai digi.. Hehe tp prepaid je.. Sbb kt rumah dah ade 2 line.. Steamyx dan YES..

    ReplyDelete
  2. wah nak balik berpantang dah ke... semoga dipermudahkan urusan!

    ReplyDelete
  3. Kita klau balik umh mak mmng bhgia sangat. Haaha.. sebab ada wifi. Duk kt gemas ni mmng pkai postpaid. Kt Rm100 byar bil celcom. Data 20GB. Tp ddy dorang byarkn separuh. Hee

    ReplyDelete
  4. Memang kena ada kuota internet sokmo bila dah bergelar blogger. Macam2 benda nak kena buat kan Nad

    ReplyDelete
  5. Betul, Alja dah lama guna postpaid. Lebih menyenangkan sbb bayar hujung bulan terus. Kalau guna prepaid kena topup-2. Skrg topup pun susah mencari. Lepastu Blogger pulak mmg kena data banyak

    ReplyDelete
  6. yui pn lama guna postpaid. lg jimat

    tp pakej nad ni ok gak
    yui rm 84 dapat 20gb

    ReplyDelete
  7. miera mmg pakai digi.. berbaloi-baloi. puas hati

    ReplyDelete