hai assalammualaikum

Fariza Belum Terima Lagi Kehadiran Adiknya

Adik Dah Rampas " Takhta " Dia - Fariza tengok adik dia, selamba je. Takda rasa nak senyum, nak sayang, nak cium ke apa..hahaha. Takpe, mungkin ambil masa sikit lagi untuk dia terima adik dia ni. Kalau dia tengok adiknya, cuma usap sekejap rambut., tak pun tonyoh-tonyoh pipi je. Kejap dia ok, kejap dia, tak ok dengan adiknya. Mungkin dia bengang, " takhta " dia diambil oleh adiknya..heehe.


Kalau korang nak tau, Fariza masih menyusu badan nad lagi. Itu lah takhta dia yang nad cakap tu..heheh. Sekarang adiknya, ambil takhtanya. Bila dia nampak adiknya susu badan, dia pun nak juga. Kadang nad boleh bagi, kadang tak boleh bagi sebab kadang rimas bila dua-dua nak susutau. Nad lebih selesa bagi sorang-sorang. Kadang bila tak stress atau takde ape, nad boleh bagi dua-dua hisap susu badan. Tapi untuk kakak Fariza, tak boleh lama-lama. Rasa rimas sangat.


Kadang bila dapat susu berdua, dia tonyoh-tonyoh kepala adik dia. Tolak-tolak pipi la..huhu..geram susu dia kena ambil agaknya. Bila bagi dua-dua dah macam bagi susu dekat pasangan kembar. Kiri kanan ada..huhuhu.

Sebelum ni, nad bagi susu badan dekat Fariza, masa dia nak tidur. Sekarang,bila dia nampak adiknya hisap, dia pun nak. Kadang nad tak bagi, sebab rimas. Bila dah tak dapat susupun, mulalah nangis, menjerit. Kadang nad biarkan je. Kesian memang kesian, tapi nak ngajar dia untuk berhenti menyusu juga. Kadang nad nangis, sebab tak bagi susu, dengan tengok dia nangis lagi. Kadang marah dia, tak bagi susu. Mana tak sedih. Dia pun rasa macam tak disayangi je.

Memang struggle sekarang, lagi-lagi waktu malam. Sebab tu waktu malam bagi kakak Fariza susu dulu sampai dia tidur. Dekat kampung, entah kenapa bagi susu tepung tak selalu habis. Dia nak susu badan. Mungkin nampak adiknya susu. Malam la dia akan melalak, hentak kepala, kat dinding, sampai  cakap " nak susu, nak susu". Nad pulak tengah sakit, nak taknak kena la tahan sabar ni dengan perangai dia tu. Neneknya pun terpaksa layankan perangai dia. Kesian pulak kat nenek.

Lagi risau,, kalau dia terjaga tengah malam, adiknya pun terjaga. Mestila nad kena bagi susu dekat adik dia. Tak boleh bagi dua-dua. Bila tak dapat, mengamuk la dia malam-malam, waktu pagi buta tu. Memang nad terpaksa biarkan dia nangis. Bagi adiknya susu badan dulu sampai kenyang, lepas tu baru layan Fariza. Bila jadi macam ni, lagi tertekan. Ibu menyusu ni mana la boleh tertekan, nad istighfar banyam-banyak. Tarik nafas dalam-dalam.

Setiap malam memang doa la cakap, tidur lena la ye Fariza. Tengok beberapa hari ni memang dia tidur lena, tapi sebelum tidur, memangla ada adegan nak susu, nangis..huhu. Pernah ajar dia, tidur dengan susu botol, tapi tak jadi, dia tetap nak ngempeng. Mommy kene sabar jela.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. alahaiiiii siannyaaa huhuuuu,sedih plak rasa...sabar la mommy slow2 ye huhuu

    ReplyDelete
  2. alahai cian nad.. xper ajar slow dia berhnti menyusu badan..

    jemput baca & komen..:https://norminieza.blogspot.my/2018/02/petua-atasi-kulit-bermasalah-glow.html

    ReplyDelete