hai assalammualaikum

Sumber gambar mstar

Hospital Shah Alam Seksyen 7

Bersalin Anak Kedua Di Hospital Shah Alam - Nad tak tau pun kewujudan Hospital Shah Alamni, almaklumla, duduk lama dekat KL, sampai tak tau ada hospital baru dibuka..hohoo. Ni pun kakak yang cakap, pasal Hospital Shah Alam sebab adik ipar dia bersalin dekat hospital ni. Kakak cakap suami boleh masuk masa isteri bertarung nyawa nak melahirkan anak. Biasalah, suami perlulah sokong isteri, perlu bantu isteri, tapi nad tak dapat pun, sebab mr mafia entah ke mana masa tu. Ok abaikan, yang penting nad dah selamat melahirkan baby girl.

Sebelum ni, nad bersalin dekat Hospital Klang. Memang jauh sikit dari rumah, tapi Hospital Shah Alam Seksyen 7 ni dekat sikit.

Hospital baru kan,mungkin ada katil tak cukup, kelam kabut sikit, tapi semua berjalan dengan lancar masa nad. Nad datang pun main terjah je masa dah sakit. Alhamdulillah, nak dikatakan ramai orang, biasalah, tapi ada je katil kosong.

Keadaan Wad Bersalin.

Dah namanya hospital baru, mestila cantik, bersih dan selesa. Katil nad dapat pun ok je. Yang paling penting kipas berfungsi dengan baik..hehehe. Sebab kipas dekat hospital klang dah tak kuat, yela hospital lama kan. Kalau kipas tak sejuk,memang panas ler. Kipas ni betul-betul bawah katil nad. Sentiasa sejuk dan beranginla.

Keadaan wad

Orang akan bersihkan kipas ikut masa sesuai. Bersihkan lantai, bilik air, semua tempatla setiap hari.

Katil nad, jug hitam dan putih untuk air pnas dan suam

Air panas dan suam pun disediakan dalam jug dekat setiap meja. Setiap pagi, nurse akan hantarkan. Memang mudah la. Tak perlu pergi jalan anbil air panas. Tapi kalau dah habis air dalam jug kena juga pergi ambil sendiri. Tapi nad tak pernah habis pun..

Tempat mandi pulak, senang, dekat dengan tilam. Tapi tak pasti, setiap tempat ade shower dekat macam ni. Nad takde cek pun setiap katil. Setiap tempat ade 5 katil. Shower dan bilik air satu la. Jadi kena gilir-gilir mandi atau buang air. Senang untuk mak bersalin ni, tak perlu pergi bilik air jauh-jauh dengan sakitnya. Lagi satu, shower dia jenis panas sejuk. Hah!!, bestla, sebab mandi air panas-panas kan. Takdela guna air sejuk je. Memang kerap mandi nad dekat situ. Dah selesa kan.

Makanan disediakan

Lepas tu bestnya, pagi, tengahari, petang dan lewat petang disediakan makanan. Nad memang tak boleh tak makanla, sebab nak tenaga dan susukan anak. Makanan disediakan macam orang berpantang. Tapi tawar la sikit..itu biasa. Macam pagi dan petang disediakan kuih dan paket air ni.

Ruang menunggu atau istirehat

Disediakan tv, supaya pengunjung tak bosan

Tempat menunggu, katil nad dekat situ je

Kat wad ni ada satu tempat menunggu, siap ada tv. Tv ni dekat depan sekali pintu masuk. Nasib baik nad dapat katil 1, jadi dekatla dengan tv. Dapatla tengok cerita #kekasihpaksarela sekali..hahaha..Tu pun anak tengah tidur.

Itu je la nad rasa selesa dekat Hospital Shah Alam ni. Nurse dan doktor pun semua ok je. Tapi ikut orang la kan, kadang kata ada tak best. Tapi bagi nad ok je.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. wah dah bersalin..tahniah yer Nad... selamat berpantang..hihih

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah . tahniah mama nanti umum nama anak ye. Tak dabar nak tahu ni...

    ReplyDelete
  3. hilang rasa sakit lepas bersalin bila dapat wad bersih dan kemas macam ni.

    ReplyDelete
  4. Bagusnya hospital Shah Alam, rasanya semua hospital yang baru dah ok sekarang ni. Tahniah ye dah bersalin

    ReplyDelete
  5. Hosp Shah Alam memang terbaik..Sy pun bersalin di sana tahun lepas.Layanan nurse2 pun baik2 belaka.

    ReplyDelete