hai assalammualaikum


Kopi Halia Bara Yusmira


Kopi Halia Bara Bantu Buangkan Angin - Hah!! ingat tak,nad pernah cerita,badan nad masuk angin disebabkan makan brokoli. Masa Pantang merana oii bila angin tak keluar, terkumpul dalam badan masa pantang ni.

Korang boleh baca entry tu dekat sini : Badan Masuk Angin Disebabkan Makan Brokoli

Sampai nak naik demam bila angin tak terkeluar. Banyak dah bubuh minyak panas dekat perut, belakang, kaki, tapi tak juga keluar anginnya. Sampaila kakak cadangkan suruh minum air kopi halia bara yusmira ni. Air kopi halia ni memang selalu ada dekat rumah, abang nad yang jual. Nad pun tak pernah minum, dan ni pertama kali nad minum. Mula risau juga, yela halia kan panas, nad pula tengah menyusu anak, takut jadi apa-apa dekat baby. Tapi nak taknak, minum juga la, sebab nak keluarkan angin ni. Tak tahan oii, tak boleh jalan bila angin dalam badan.


Air ni mudah je, dalam bentuk sachet, cuma tuang je, bubuh air panas. Pastu minum..fuh segar. Lepas minum secawan tu, angin dalam badan keluar sikit-sikit. Sakit juga masa dia nak keluar. Tapi lega..esoknya nad minum lagi, alhamdulillah, semua angin keluar. Nad fikir cukupla minum dua kali je, fikir ke baby farhanah, kang minum banyak kali, takut pula. Tapi nad minum Kopi Halia Bara ni, anak pun ikut kentut juga..hehehe. Tapi okla baby Farhanah, dia takda apa.

Nad google, tengok apa kebaikan Kopi Halia Bara ni ialah dapat membantu merawat demam, demam malaria, resdung, sengal-sengal sendi, menambahkan tenaga batin. Malah halia bara juga dapat membantu menghadamkan makanan serta membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.

Apa yang nad tau, halia ni selalu dibubuh dalam masakan untuk menyedapkan makanan. Selain tu, nad tau halia memang bantu buang angin. Tapi sebenarnya, banyak khasiat halia ni. Halia memang punya banyak khasiat untuk kaum wanita khususnya bagi yang sudah berkahwin. Antaranya membuang angin dalam badan, membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan banyak lagi. Jadi, buat anda yang belum mengamalkannya, bolehlah mulakan dari sekarang.

Korang kalau nak cuba kopi halia bara yusmira ni, nak beli, boleh beli dengan abang ku, contact 0123170752.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

23 comments so far,Add yours

  1. femes yusmera trading ni... produknya pun bagus... selamat berpantang nad...

    ReplyDelete
  2. Memang seksa kalau angin dlm pantang ni, tapi akak amal air akar kayu je. Alhamdulillah tak angin badan.

    ReplyDelete
  3. Halia bara memang bagus. Senangnya ada siap dalam kopi.. mudah nak minum.. dulu2 kakak2 akak kena makan buat ulam masa dalam pantang.

    ReplyDelete
  4. ini seronok minum malam2 nh
    confirm keluar angin memanjang
    hehe

    ReplyDelete
  5. aida pernah minum ni, Nad.
    asben suka. sebab dia mudah sgt berangin tau.
    makan petai, berangin. num nescafe berangin, makan nangka masak lemak, berangin.
    sedap ni. nyaman jer lepas minum...
    tak berangin pun boleh diamalkan.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  6. Rasa macam pernah nampak la kopi halia bara ni kat kampung akak...kat kedai kopi..hehehe..akak x berani nak minum..sure angin banyak keluar nanti...

    ReplyDelete
  7. Nak juga. Qiss suka minum air yang ada halia ni. Boleh buang angin dalam badan kan. Best la nanti. Rasa ringan je badan.

    ReplyDelete
  8. saya mudah sgt berangin..ini macam best bagi saya untuk keluar angin...

    ReplyDelete
  9. waa mcm best jugak ek tgk kopi halia ni..before ni mmg tak pernah try lgsg any kopi halia, maybe sbb qeela xberape sgt if minuman halia ni kot hehe tp mmg halia bagus unt buang angin especially. bagus jugak ada product mcm ni 😊

    ReplyDelete
  10. wow! looks great to drink ginger coffee... especially during rainny days like these recent days...

    ReplyDelete
  11. Ni kalau hari-hari minum memang akan buang angin hehehe bagus juga ni memang terbaik lah tapi kita kurang sikit minum kopi hehehe nak makan halis macam tu memang tidak lah.

    ReplyDelete
  12. feberet mak ayah amni hahahah.kat kedai doranng berlambak kopi ni.tapi sekali minum mmg sedap air kopi ni.angin betul2 keluar

    ReplyDelete
  13. Brand yusmira ni dah lama. Kite pernah guna produk yusmira ni. Memang best. Air kopi dia pun best. Nanti boleh try yg ni pula

    ReplyDelete
  14. Dah lama brand Yusmira ni. Tapi tak pernah lagi cuba any produk yusmira. Boleh try nanti, kinah pun selalu je masuk angin, sengal badan. Tapi selalunya kopi macam ni banyak jual dekat kedai kopi kat kampung je huhu

    ReplyDelete
  15. Tak prnah rasa dan tahu pasal kopi ni. Sis ni memang hantu kopi tapi tak terbayang cam mana lah rasa kopi halia ni..sedap ke idok. Tapi rasanya sesiapa yang ada masalah ok lah kot minum kopi ni

    ReplyDelete
  16. Perempuan memang tak boleh makan salah skit akan angin satu badan . Bila ada angin mula mood tak menentu dan x selesa kan . Senang je kan bancut sachet kopi dah selesai masalah angin

    ReplyDelete
  17. Kalau masak lauk, then bubuh halia banyak, mesti lepas makan buang angin kan. Sedap tak rasa minuman ni nad? Ada bau halia kuat sngt tak?

    ReplyDelete
  18. Saya baru pertama kali dengar jenama kopi nie. Rasa teringin pulak nak cuba. Dapat bantu mengeluarkan angin. Xdlah sebu perut kan. Spoil mood kalau perut berangin

    ReplyDelete
  19. I Tak pernah rasa lagi nampak macam menarik sebab i memang minum kopi dan memang suka makan HALIA. tapi i nak tahu berapa percent kandungan GULa dalam kopi ni... heheheh... sebab banyak kopi kandungan gula tinggi la tak baik untuk orang gdm mcam i ni ;(

    ReplyDelete
  20. Liez peminat coffee tapi tak pernah cuba yang halia.tak tahu la dapat terima ke tak. Tapi halia mmg bagus klau ada yang bermasalah banyak angin dalam badan

    ReplyDelete
  21. Tak pernah dengar brand ni tp kopi halia bagus , nnt terkentut2 ahaks buang angin

    ReplyDelete
  22. First time dengar brand ni tapi products based on halia memang baik. Cuma saya x brapa minat minum kopi hehe. Sy peminat teh gitu ...

    ReplyDelete
  23. Produk yusmira ni femes kat klate. Kalau buka radio, memang asyik iklan dia je. Boleh try ni nanti. Mesti sedap ni

    ReplyDelete