hai assalammualaikum

Anak kesayangan mommy, kakak Fariza

Fariza Rindu Mommy
- Sebelum bersalin lagi nad dah fikir, macam mana la Fariza nanti bila nad takda masa bersalin nanti. Mesti kena tahan lama dekat wad. Dah la 24 jam berkepit dengan mommy, tiba-tiba tengok nanti takda. Nad tak risau waktu siang, sebab ramai sepupu dia, dia ada kawan nak main. Tapi nad risau bila waktu malam. Fariza masih ngempeng dengan nad walaupun dah bagi susu tepung. Dia akanpun cari masa nak tidur,.

Rindu mommy dia

Dan jangkaan nad tepat, kakak whatsup cakap Fariza nangis cari nad masa nad dekat hospital. Siang dia ok, malam dia tak ok. Mula mencari mommy dia. Sampai neneknya penat tak tidur layan Fariza menangis. Kesian dekat nenek. Kesian juga dekat Fariza. Nad dekat hospital, dah risau dah.

Terus whatsup mr mafia, cakap Fariza nangis, taknak tidur. Lepas tu mr mafia cakap, dia akan ambil Fariza bawak balik Kuala Lumpur. Mr mafia pulak jaga. Masa dia ambilyang Fariza, budak tu demam, selsema dan batuk pulak. Allahuakbar, nad dah makin risau. Sedih pun ada. Rindu mommy sampai sakit. Bila mr mafia jaga, kena la layan budak kecik demam tu. Terpaksa bawak pergi kerja juga, jumpa client denga keadaan tak sihat. Kesian anak mommy.

Demam, tak larat. Daddy jaga bawak balik KL

Bawak pergi hospital sebab demam tinggi. Masuk ubat bontot

Mintak hantar gambar, alahai, layu je muka dia. Nampak sangat tak laratnya.

Nad dekat hospital mengharapkan balik cepat. Sebab risaukan Fariza. Alhamdulillah, hari ketiga boleh balik. Bagitau mr mafia, nad dah discharge. Haritu juga, dia bawa balik Fariza. Nad balik, kakak, mak dengan ayah yang ambil. Cadangnya nak datang melawat, tapi tak sangka dapat balik. Mr mafia masa tu ada keje.

Jumpa mommy. Terus mintak susu badan

Tak sabar nak jumpa Fariza. Kesian anak mommy. Malam tu, mr mafia sampai dekat rumah mak, dukung Fariza sekali. Tengok bila dia masuk dalam rumah, allah, layu, lemah je. Muka memang nampak tak sihat. Bila dia nampak mommy dia, terus lekat, terus senyum. Nampak sepupu, main, happy je. Tapi sekejap, lepas tu dia cari "nenen"..nak ngempeng. Dah berapa hari tak dapat..hahah. Nad pun bagi la susu dekat dia.

Kesian anak mommy, rindu mommy sampai demam, selsema dan batuk. Sekarang demam dah baik, tinggal batuk dan selsema je. Nad ada tunjuk adik dia, tapi buat tak tau. Masih belum tau, dia ada adik dan ada kawan. Dia belum boleh terima lagi adik dia. Sabar jela.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours