hai assalammualaikum


Terima Kasih Kakak, Adik Kenyang!! - Walaupun nad dah tau, nad mengandung, nad masih lagi susukan Fariza sampaila nad dah nak terasa bersalin. Walauoun orang cakap, masa bersalin tak elok susukan anak, takut baby dalam kandungan tak cukup zat, tapi mindset nad cakap, baby ok, baby kuat, kakak Fariza nak hisap susu juga, nak bermanja dengan mommy lagi, dan semuanya memang dipermudahkan.

Memang nad dah ajar Fariza minum susu tepung, cuba ceraikan susu badan, tapi tak semudah itu. Fariza memang dah susu botol, tapi pada masa sama, masih juga hisap susu badan masa nak tidur. Nak taknak bagi jela, sebab dia susah nak tidur tanpa ngempeng.

Rupanya ada kelebihan Fariza hisap susu badan ni. Susu badan nad sentiasa ada sampaila nad melahirkan anak kedua ni. Jadi, nad tak risau untuk adik Fariza keluar nanti, dah ada susu badan. Memang lepas bersalin, susu badan nad makin meriah, selalu penuh. Adik Fariza memang kenyang selalu dan tidur je la kejenya. Bila dapat susu yang cukup, berak pun banyak, kencing pun banyak. Kadang adik Fariza minum sampai terkeluar susu, kenyang sangat agaknya..hehehe.

Sampai sekarang, Fariza masih nak susu badan sebab tengok adik dia hisap. Memamg makin bertambah, bertambah susu ni ha. Adik Fariza pun tak kena kuningvyang teruk, sebab dia selalu berak dan kencing banyak. Yela, bila baby berak dan kencing kerap, kuning akan turun. Cuma 3 kali je pergi klinik. Kuning baby turin dah. Syukur sangat..takyah pergi klinik ulang alik tu. Semuanya sebab kakak Fariza bagi susu banyak dekat adik..hehhee.

Kalau Fariza tak hisap susu badan, tak tau la ada ke tidak susu ni. Teringat masa Fariza, susu badan sikit je, setiap hari menangis, terjaga dari tidur. Adiknya pula, lena tidur. Kadang terpaksa bangunkan, sebab nak bagi susu ni. Kalau memang terlampau penuh, panggil je Fatiza suruh hisap..hehehe. Tapi nanti penuh balik..hehhe.

Jadi ibu mengandung, yang nak susukan anak tu, boleh je, mindset kene fikir positif jela. Tapi pastikan anak boleh makan dah, senang sikit, takdela penat dia susu badan sepanjang masa kan.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. Bagusnya bila anak rapat ni tulah,susu boleh share...hehehe...tapi bab nak mengempeng tu yang payahnya..kalau dau² nak ngempeng masaklah mak dia kan...sweetnya kakak jaga adik...teringat masa budak berdua tu kecik,umi tak boleh lepa sangat,confirm adik menangis dia gigit.

    ReplyDelete
  2. bagusnya..rezeki baby tu kan nad. Awal lagi susu sudah meriah. Nampak tanggungjawab seorang kakak di situ fariza

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Ada hikmah kan rupanya. Semoga Nad terus sihat dan mampu menyusukan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, seronok dengar..moga sentiasa dimurahkan rezei anak2

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. rezeki mereka berdua..

    ReplyDelete