hai assalammualaikum


Baiknya Korang Berdua Dengan Daddy!!

Bila dengan mommy, yang si kakak ada je buat hal, sepah sana sini dekat rumah nenek, taknak dengar cakap mommy, sedangkan mommy cakap elok-elok dah. Si adik pulak, nangis nak susu je. Kadang tu ada je la tak kenanya. Masa check up, asyik meragam je, nak susu. Mommy pun naik pening dah.



Bila daddy jaga, baik pulak korang kan!! Si kakak, daddy cakap sekali je, terus dengar. Si adik, pula, senyap pulak bila daddy pegang. Dengan mommy meronta serba tak kena..haishh sabar je la. Ni tak sabar balik KL ni, apa-apa nanti suruh daddy jaga ye..hahaha. Senang kerja mommy.

Si kakak jeles bila daddy pegang si adik. Yela selama ni pakwa dia layan dia je, tiba-tiba datang baru, tak kan tak jeles kan. Datang dekat nk join sekali main..hahaha. Memang kuasa seorang daddy ni lain sikit la kan. Dengn mommy, kakak jeles sebab adik susu je. Masa main biasa jela pula..hahaha.

Kakak Fariza, jumpa daddy dua kali seminggu. Bila daddy datang, rindu kemain. Tidur pun senang, takde melalak macam selalu..berpeluk bagai kan..macam ni kena balik KL cepat-cepatla..hahaha.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. hehehe
    anak perempuan selalu memang rapat dengan ayah

    ReplyDelete
  2. Biasa selalunya anak-anak memang mudah dengar ayah.. Dan sesuailah dengan prinsip seorang ayah yg tegas tetapi penyayang.. Kalau dedua anak-anak tak dengar cakap susah pulak nanti kan. Elok lah mereka ni lebih hormat ayahnya..hehe..

    ReplyDelete
  3. bgs la manja ngan ayah.. heheheh

    ReplyDelete