hai assalammualaikum


Check up Mommy Dan Baby Farhanah Swbulan - Sekejap dah sebulan, macam baru haritu berpantang je..eh sekarang pun masih pantang la..hahaha. Bila dah sebulan tu, biasalah, mesti kena check up mak dan anak dekat klinik. Untuk sebulan ni, anak kena cucuk, maknya pun diperiksa juga.

Sebulan ni, baby farhanah macam biasalah, kena ukur lilit kepala, tinggi dan berat. Lepas tu kena cucuk. Jumpa doktor jap, doktpr cek baby jap, semua ok ke tak. Baby Farhanah, alhamdulillah, semua ok. Masa dia check up sebulan dah 37 hari dia, berat, tinggi semua normal. Berat pun naik sekilo, 4.5kg, alhamdulillah. Sebab tu nampak bambamnya. Alhamdulillah susu badan. Masa kena cucuk, menangis, meraung kau..hahaha. Sabar jela.

Mak pulak kena cek air kencing, ambik darah dan berat. Semuanya ok. Berat sekarang 39.8kg weii..hahaha. Tunggu anak sedut, kang kuris lagi..hahaha.


Masa check up, terjumpa pulak mommy blogger Fara Hanim. Cun mommy ni. Tapi masa dekat klinik, nad cam anaknya pulak, sebab tertengok anaknya tu dengan rambut pacaknya..Comel je..hehehe. Dalam hati cakap, macam kenal je budak ni, sekali pandang maknya, "eh Fara "..hehehe. Jumpa juga mak anak dua ni yang cun ni.


Ramai kata nad slim,nak tips bagai. Alamak!!, kita takda tips wak, kita memang dah kurus. Sebab tu masa mengandung perut je membesar. Ni pun perut memboncet. Nak kuruskan perut ni. Nad makan je ni, sebab susukan dua orang, bukan sorang. Minum bergelen-gelen air, sebab nak bagi banyak susu. Mana tak kembung perut..huhu.

Takpe korang, sesiapa nak kurus, boleh punya. Banyak cara sekarang. Jangan give up ok..hehhee. Bulan depan balik kl, mesti lagi kurus ni sebab stress..hahaha. Kena jaga dua orang anak, kemas rumah bagai..huhu. Siap sedia la ye.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours