hai assalammualaikum

Fariza Dan Farhanah Kesayanganku - Nad panggil Fariza, " Fariza, sini kejap, masuk bilik "..dia datang. Nad suruh dia baring dan ambil gambar dengan adiknya. Dia baring sebelah adiknya dan buat muka senyum dan posing sayang adiknya. Wah, gambar terbaik nad dapat Fariza dan adiknya Farhanah.




Tak sangka, Fariza dah jadi kakak. Sebelum ni dia sorang-sorang, takda kawan. Sekarang dah ada adik. Adik pun dah ada dekat sebelah dia. Dalam gambar nampak sweet je, tapi kalau dibiarkan dia berdua dengan adiknya, tepuk, pukul semua ada..hahaha. Sabar jela mommy ni. Takpe, dia belajar macam mana nak berkasih sayang dengan adiknya.

Sikit-sikit dia belajar sayang adiknya. Balik bandar nanti, takda la sunyi dah dia sorang-sorang, sekarang dah ada adiknya. Adik pun kejap lagi besar. Bolehla jadi teman bermain, teman berborak, dan teman gaduh. Teman sepahkan rumah ye pun agaknya. Mommy jadi hijau la gamaknya..hahaha.

Yang penting, Fariza happy dan tak keseorangan. Harap mereka saling sayang menyayangi. Mommy ada geng masuk dapur nanti.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Boleh panggil kak long fariza dah skrg...pandai dia sayang adik Farhanah alhamdulilah cahaya mata kurniaan Allah...barakaAllah.

    ReplyDelete
  2. yay..tak lama lagi,dah ada teman gaduh fariza ni.KEJAP JER BABy membesar mi

    ReplyDelete
  3. Tunggu adik besar sikit je, mesti jadi BFF ni

    ReplyDelete