hai assalammualaikum


Kakak Fariza Boleh Diharap - Walaupun selalu Fariza buat perangai, tapi dia sekarang dah boleh diharap. Nad tau, Fariza memang seorang anak dan kakak yang baik. Bila nad suruh, atau mintak ambil sesuatu mesti dia akan tolong ambilkan atau buat benda tu.

Contohnya, nad suruh dia ambilkan bantal atau buang pampers adik " Fariza, tolong buang pampers adik dalam tong sampah, boleh ". Nanti dia datang ambil pampers dan buang dalam tong sampah pampers. Masa pertama kali dia buat, suka nad tengok, esok-esok pun dia tetap buat. Lepas buat meatila ucap " terima kasih sayang "..lepas tu bagi ciuman.

Kadang mintak dia ambil bantal adiknya, atau baju adiknya, dia akan ambilkan. Nampak Fariza ni ringan tulang, suka tolong. Harap sampai ke besar la dia ringan tulang ni.

Bila datang mood baiknya, dia jaga adiknya, dia protect adiknya dari sepupu dia yang sorang ni usia setahun. Sepupu dia ni bila nampak adik Fariza, mula-mula sayang, tapi lepas tu dipukulnya. Fariza kadang tolak sepupu dia ni jauh dari adiknya. Kira tak bagi dekatla..hahaha. Nanti tidur sebelah adik, halang sepupu dia ni jangan bagi dekat. Sampai macam tu sekali. Tapi tak sedar, kadang dia pun cederakan adiknya..aduh..hahaha..

Takpe, dia dah nak masuk 3 tahun kejap lagi. Dia akan faham juga nanti yang dia kena jaga adik dia, tolong mommy buat itu ini bila diminta tanpa dipaksa. Adiknya la kawan dia masa balik bandar nanti. Harap baik-baik je bila balik bandar nanti.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Bagus kakak Fariza dah boleh harap jaga adik ya. Anak sulung memang cepat matang kan

    ReplyDelete