hai assalammualaikum


Mommy Nak Peluk - " Mommy, nak eluk, nak eluk "..itu la ayat setiap malam setiap kali nak tidur sambil ambil tangan kanan nad mintak dibelai, dipopok. Nad yang tengah susukan Farhanah, nak taknak, kena buat apa dia nak supaya dia rasa tak tersisih, atau dia fikir mommy dah tak sayang dia. Fariza akan peluk badan nad erat-erat dan mintak dipeluk dan dibelai sampai dia tidur, walaupun situasi masa tu, nad membelakangkan dia sebab susukan si adik. Kesian kadang tengok, sebab tu nad buat apa dia nak.

Bila susukan adik, tangan kanan nad akan popok dan belai dia sampai dia tidur, dan dia memang akan peluk badan nad. Bila nad selesai susukan adik, nad akan mengadap Fariza, dan terus peluk erat, cium, usap sampai dia tidur. Itulah cara bagi dia tahu, mommy masih sayangkan dia.

Ada, bila nad susukan adik, dia tak bagi sebab nak mintak dipeluk. Fariza akan cakap " sini, sini, eluk, eluk " sambil ambil tangan nad. Adik pulak tengah menangis. Pening ooo bila dengar dua-dua menangis. Tapi sebagai seorang mak, cuba juga handle situasi ni..huhu.

Sebelum ni, setiap kali masuk tidur, nad akan bergelut perangai Fariza. Macam-macam dia akan buat. Korang boleh baca drama Fariza tiap kali nak tidur. Memang penat tengok apa dia buat. Tapi, sejak minggu lepas, perangai dia berubah sikit. Mungkin sebab dia tak dapat apa yang dia nak, jadi, dia buat sesuatu untuk rasa disayangi. Dia ingat mommy dah tak sayang dia..heehe.

Sekarang, nak tidur, nad akan buatkan dia susu botol, walaupun dia tak habis, sekurangnya dia belajar, yang dia kena hisap botol dan dah tak boleh susu badan. Sebab tu sekarang buat adegan comel, sampai mommy pun layu..hehehe. Pengalaman #makanakdua ...hehehe.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Mudah2an kedua2anya sentiasa sihat dan membesar sebagai juara.

    ReplyDelete