hai assalammualaikum

Cukup Sebulan Baby Farhanah - Semalam, 5.3.2018 cukupla baby Farhanah sebulan. Sekejap betul masa berlalu ye. Macam baru haritu mengandung, sakit sana sini. Macam baru haritu bersalin, sekali dah sebulan dah. Masa berlalu dengan cepat. Dan cukup sebulan juga nad berpantang. Tapi, tak semestinya boleh makan macam-macam lagi,masih berpantang lagi,..huhu.

Farhanah fresh selepas keluar dari perut mommy

Baby Farhanah fresh lagi, selepas dibersihkan, selepas keluar dari perut nad. Yup, baby perempuan, geng Fariza dan mommy. Tak kisah la perempuan,ni rezeki Allah bagi,dan akan jaga sebaik yang mungkin seperti Fariza. Bila keluar je, sangatla behave, sebab jenis pendiam, tak menangis. Memang berbeza dengan kakaknya Fariza. Tidur je kejenya masa ni. Mommy pun dapat berehat lama sikit.

Pertama kali buka mata

Tapi terima kasih dekat kakak Fariza, sebab dia menyusu badan masa nad mengandung, susu keluar banyak, adik pun dapat minum susu dengan kenyang. Sebab tu senyap je masa dekat hospital..heehhe

Terima kasih kakak, sebab kakak susu mommy banyak, adik dapat minum dengan kenyang

Sekarang kakak Fariza pun masih nak mintak susu, badan. Tapi nad tak boleh bagi kerap, nanti adik tak dapat minum susu pulak. Fariza memang pantang bila nampak adiknya susu badan. Tapi sekarang, bila cakap " no "..dia takkan susu. Sekarang bagi bila nak tidur tengah malam je. Kadang tak bagi juga, nak ajar dia berhenti terus minum susu badan. Mengamuk tengah malam memang dah jadi rutin setiap hari..hahaha. Hadap jela.

Harap jadi adik beradik yang saling menyayangi ye korang. Tolong mommy dan daddy.

Officially genap sebulan


Gambar genap sebulan. Makin lama baby Farhanah makin mengembang dengan jayanya..hhee. Semua cakap muka sama dengan kakak Fariza masa baby. Yang nad perasan pipi diaorang la..hahahha. Yang penting, sihat selalu ye baby Farhanah. Biar tiap bulan, badan naik masa check up nanti ye.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. semoga both Farhanah dan Fariza membesar dengan sihat. Tak sabar nak baca pengalaman Nad besarkan anak lahir rapat-rapat ni. Good luck with your motherhood, dear

    ReplyDelete
  2. pipi dia dah macam pipi fariza..hihi

    ReplyDelete
  3. Laaa tak cerai susu lagi Fariza. Tapi takpe nanti lama2 dia stoplah tu, malu ngan adik.

    ReplyDelete