hai assalammualaikum

Resepi Ikan Siakap Masak Tomato - Yeahh Ikan siakap lagi menu kita hari minggu haritu. Biasalah, semua adik beradik ada dekat rumah mak, jadinya kita masak sedap-sedap. Haritu ikan siakap masak kicap, ni pulak, ikan siakap masak tomato. Selalunya, mak buat ikan bawal masak tomato, tapi ada orang pantang dalam rumah ni, jadinya kita guna ikan siakap.


Ikan siakap masak tomato yang dah siap masih dalam kuali ni oiii..Keluarga besar, ikan pun kena banyak la kan..hehehe. Kalau tak berebut. Ikan Siakap ni masak apa pun sedap, sebab manis kan. Korang nak tau cara masak tomato ni, hah meh la nad kongsi ye.

Bahan-bahan
- Ikan Siakap 3 ekor untuk keluarga besar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Satu inci halia
- Dua batang serai
- Sos tomato
- Kicap
- Buah Tomato dua biji
- Garam dan gula

Cara membuatnya
- Goreng ikan siakap sehingga garing. Bola dah garing dan masak, angkat dan letak dekat pinggan lain.
- Potong bawang merah, bawang putih dan halia.
- Ambil kuali lain, panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan sos tomato dalam 1 setengah sudu besar. Lepas tu masukkan sedikit kicap. Gaul sehingga rata.
- Masukkan air sedikit.
- Masukkan serai bagi naik bau.
- Masukkan garam dan gula bagi menambah rasa kesedapan kuah tersebut.
- Masukkan ikan ke dalam kuah tersebut. Bila air dah tinggal sedikit, masukkan buah tomato untuk nampak lebih menarik.
- Siap..selamat mencuba.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

24 comments so far,Add yours

  1. pagi2 nad buat org lapar dah..haha

    ReplyDelete
  2. dapnya awakk tap2 air liur melelehh dan-dan perut berbunyi aduhh..

    ReplyDelete
  3. ala.. lapar pulak.. nyum2 lama x makan ikan siakap.. nk pi cari la

    ReplyDelete
  4. uisshh sedapnya nad.. dah lama tak makan siakap...last mkn mse husband mancing dpt siakap berat 2.5kg..huhu.... sdp tu msk tomato..mcm masak 3 rasa je kan..hehe

    ReplyDelete
  5. makan dengan nasi panas ni memang wow. Ikan siakap pon memang feveret.

    ReplyDelete
  6. Boleh pin entry resepi ni. tambah dak bujang nanti boleh la campak-campak memandangkan puasa makin dekat. tq sharing

    ReplyDelete
  7. Alamak... saya memang fail bab memasak. Tunggu merasa air tangan orang jelah macam ni. Hihi. Ikan siakap pulak tu! Mesti sedap!

    ReplyDelete
  8. siakap ni kalau masak apa2 pun sedap. setakat ni blum pernah cuba masak tomato

    ReplyDelete
  9. Selalunya kalau siakao akak selalu masak siakap tiga rasa ataupun stim.kali nih berbeza pulak resipi siakap.boleh ry nanti ni

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaaaaaaa. Ikan siakap ni masak apa pun sedap. Kalau goreng garing lagi lah bertambah nasi. Yummy

    ReplyDelete
  11. Resepi baru dan rare ni. Okay, nak ambil masuk buku. Minggu depan boleh cuba, macam senang je.

    ReplyDelete
  12. Kalau anak mommy dia kurang, mommy akan buat kepala ada kuah, ekor kosong. Berkuah tu mommy daddy punya lah. Yang kosong berebut mereka bertiga. Makan goreng saja pon laku. Sebab ikan siakap rasanya sedap walau di makan begitu saja

    ReplyDelete
  13. Pagi2 dah terliur adoiiiu hehehe sedapnyaaa

    ReplyDelete
  14. Sedihhh..sbb resepi nad ni la akak teringin nak buat ikan kembung sweet sour..gigih tau beli ikan kembung utk bekal hari ni..dh siang ikan baru housemate cakap gas dh habis

    ReplyDelete
  15. okay thanks Nad, lama dah tak beli ikan kembong tapi malam ni husband request masak ikan bilis goreng ikan sardin sambal belacan dia cakap dia rindu masakan macam tu hehehe

    ReplyDelete
  16. alololo/..lama x buat sedapnya..biasanya guna ikan siakap..tapi guna ikan kembong sedap juga nampaknya heheheh

    ReplyDelete
  17. Ikan siakap masa tomato mmg fav sis..makan gan nasi panas perghhh sodappp..sure bertambah tambah nasi..mana tak badan sis naik..hahaha

    ReplyDelete
  18. Ya ampun. Sedap sangat ni kakak. Tak pedas and sesuai sangat kat bebudak kecik kat rumah ni. Nak pi beli siakap jap.

    ReplyDelete
  19. Tak pernah lagi try ikan sikapa masa tomato ni.. biasa tiga rasa atau stim limau je..weekend ni boleh try menu ni plak

    ReplyDelete
  20. alamak tak masak lagi tengahari..lapar pulak tgok siakap masak tomato ni..sedapnyaa..ciktom biasa masak siakap ni 3 rasa je..hihi

    ReplyDelete
  21. Cheers to the recipe dear and this looks so so good! Will definitely need to give a go at it- the husband loves this kind of dishes as well.

    ReplyDelete
  22. Adoi sedapnya...kita pun suka siakap ni sebab rsa dia manis n hrga pun stil consider as ok lg berbanding jenahak..merah semua tu

    ReplyDelete