hai assalammualaikum

Seronok Sangat Balik Kampung - Dah hampir 2 bulan nad duduk kampung sebab berpantang dekat sini. Fariza, dekat kampung memang dia bebas sangat. Macam-macam dia dapat buat dekat kampung. Memang dia takkan bosan, melainakn gaduh dengan sepupu dia yang sama baya dia atau dia dah penat nak bermain.


Dekat kampung, memang tak boleh nak larang dah. Lagi nad tengah pantang, tak dapat nak buat apa sangat. Mintak kakak tolong tengok dia jela. Bila dilarang, lagi dia nak buat. Lagi ikut apa yang sepupu dia buat. Ramai kawan katakan dekat sini. Bila dibawa masuk rumah, beberapa saat nanti, hilang balik, keluar rumah. Memang letih oo. Tak kisah kalau ada orang tengokkan, takutnya takda siapa tengokkan, tu bahaya. Budak-budak sini pun kalau dah main, mana nak jaga Fariza.

Ada masa kita larang dia, ada masa biarkan dia explore. Yela, kampung kan, mana nak dapat dekat bandar. Macam haritu, kakak cakap, boleh dia masuk dalam reban ayam dan tangkap ayam tu sampai dipicitnya ayam tu. Allahu, terkejut kita wak. Fariza ni mana reti takut. Bagi dia, benda tu seronok..hahaha. Ada tu tangkap cicakla dengan sepupu. Fariza ikut jela apa sepupu dia buat, pergi mancing dekat parit depan rumah, tangkap ikan sepat..


Baju kotor, takyah cakap, tiga kali tukar oii. Dengan peluhnya, dengan main pasirnya. Macam-macam dia buat. Kita yang naik pening. Mommy dulu pun takda la sedasyat awak tau Fariza.

Takpela,biarkan dia explore sepuasnya. Bulan depan dah balik KL, takde semua ni..heheh..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. hahaha comelnya haa sampai berdarah main nya.

    ReplyDelete
  2. Hehe. takpe nad, biar dia lasak, dah besar nanti berjiwa kental hehe.

    ReplyDelete
  3. alolo..cian fariza..dah berdarah lutut..

    ReplyDelete