hai assalammualaikum

Bawa Tisu Lembap Ke Mana Sahaja - Kalau sebelum ada anak, nad memang jarangla bawak tisu lembap atau tisu basah ni. Yela, kita mana ada buat kotor-kotor ni. Tapi sejak ada anak, memang kena sediakan tisu lembap dalam beg. Paham-paham jela, budak-budak, mana-mana nak kena jaga kebersihan dia. Tak pun diaorang buat kotor masa makan, mesti kena sediakan tisu basah. Bukan budak je guna tisu basah, orang dewasa pun pakai tisu basah ni. Yela, kadang takda air nak bersihkan, pakai je tisu lembap ni. Jadi wajib bawa tisu lembap dalam beg kemana sahaja. Nad nak kongsi, tisu lembap daripada Aiken.


Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken


Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.


AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.


Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.


Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  - PERLINDUNGAN EKSTRA

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Tak pernah try lagi wet tissue dari Aiken. Selalunya guna yang biasa saja hee.

    Ika datang singgah sini ya. http://ikashoid.blogspot.com/2018/03/penting-atau-tidak-crossline-di-ic.html

    ReplyDelete
  2. SUKA BAWA WET TISSUE GIE KE MANA2

    ReplyDelete
  3. yang wet tissue aloevera tuh dah habis guna dah.skang pakai yg tea tree oil pulak

    ReplyDelete
  4. bagus wet tissue nih
    boleh guna bila perlu atau kecemasan

    ReplyDelete
  5. wahhh aiken dah ada tisu lembap biasa bli bedak je,boleh try ni stok humaira pun dah habis.

    ReplyDelete
  6. i suka bwk tisu basah merata2 gak. klu tuka beg, habislah. tlupa. ahahaha

    ReplyDelete
  7. Oh, aiken pun ada tisu lembap eh? emi baru tahu. Mudah laaa...zaman sekolah dulu emi pakai bedak aiken.

    ReplyDelete
  8. Oh yes! I always carry wet tissue with me especially when i travel and this is one of the brands that i use to buy.

    ReplyDelete