hai assalammualaikum

Bhaiya Roti Lalu - Bhaiya Roti motor lalu depan rumah,mesti terus keluar runah cepat-cepat, cakap " berhenti, berhenti "..pahamla bhaiya tu yang kitaorang nak beli. Tu la perangai kecik-kecik dulu, sekarang, anak-anak buah dan turun ke anak.

Sekarang, bila bhaiya roti motor tu datang sampai depan rumah je,mesti berhenti lama depan rumah, sebab memang kerap beli kan, bila cakap takank, baru dia pergi. Bhaiya roti motor ni kan ada hon dia, jadi taula bila dia datang. Kalau sebelum ni, Fariza dengar hon tu buat tak tau je, melainkan, nad atau mr mafia nak beli dan ajak dia keluar. Tu masa dekat bandar.


Tapi, lepas dia duduk 2 bulan dekat kampung, sepupu-sepupu dia jenis teruja bila bhaiya roti motor ni datang, jadinya Fariza pun terikut sekali. Dah sampai kenal bunyi hon tu. Bhaiya roti motor tu lalu je, terus keluar rumah, terus muka dia senyum, terkinja-kinja nak lari juga. Pastu terlompat-lompat macam nampak ape..hahahha..Dia nak pau mommy la tu.


Paling tak jangka, bila dia tengah tidur, dengar je hon bhaiya roti ni, terus bangun, segar bugar kau. Pernah sekali, bhaiya ni selalu datang dalam pukul 11 pagi dekat kampung, waktu tu, Fariza tidur lagi, sekali dia dengar hon tu, terus bangun, terus datang dekat nad, lepas tu cakap " mommy,mommy"..sambil tunjuk luar. Mula nad tak paham, nad suruh dia tunjuk, sekali dia tunjuk luar, ok nad paham.

Bila dah sampai bandar, asal dengar je hon, terus dia ajak suruh keluar..Bagusnya Fariza, dia tak reti pilih jajan apa, nad yang akan pikihkan untuk dia. Jadi, takdela beli jajan yang mengarut-ngarut.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. mommy..belanja acik skali yer..hihi

    ReplyDelete
  2. nostalgik dulu2 mana ada seven eleven, dapat tahan bai roti satu kebanggaan

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak jumpa bai roti ni.
    Nostalgia zaman kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  4. memang seronok bila bai ni datang.masa kecik dulu ambik aja, cukup bulan bayar.bai roti ni masih ada lagi berjualan di tempat saya, tapi datangnya lewat pukul 8 malam.

    ReplyDelete
  5. memang seronok bila bai ni datang.masa kecik dulu ambik aja, cukup bulan bayar.bai roti ni masih ada lagi berjualan di tempat saya, tapi datangnya lewat pukul 8 malam.

    ReplyDelete
  6. comel jer fariza. tgh tdo pun still sedar bunyi hon tu. 😚

    ReplyDelete