hai assalammualaikum


Farhanah Tak Banyak Karenah - Nad bersyukur sangat, bila Allah bagi nad anak kedua ni, tak banyak ragam dan cool je. Tak banyak sangat karenah dan selalu menyenangkan nad. Lepas je bersalinkan Farhanah, memang dia ni behave je. Teringat masa lahirkan anak pertama, Fariza, dari hospital, sampai pantang menangis je..Tak salahkan dia pun, biasalah, kita pun pertama kali bersalin, jadi tak tau sangat nak buat apa. Bila dah anak kedua ni, kita taula uruskan sikit-sikit.

Farhanah dekat hospital memang lepas susu, dia akan tidur. Jenis tidur pula, tidur lama dan tak kisah bunyi bising, sebab dah ngantuk sangat. Nad memang banyak rehat la bersalin kali ni. Balik rumah nenek berpantang pun ok je. Sebab dia tidur lepas mandi, dan susu. Berapa kali je terjaga. Tengah malam pun, berjaga dalam pukul 5 pagi. Lepas susu, tidur balik.

Balik KL, takut juga, kalau dia tak serasi kan. Yela, rumah nad depan jalan, bunyi kenderaan tu memang akan dengar walaupun tutup pintu dan tingkap. Tak lagi bunyi hon atau orang merempit lagi..Kita orang besar ni, kalau dengar rasa nak liku je yang merempit tu, ni kan pulak budak kecik.


Tapi nasib baikla Farhanah jenis " eh lantak kau la "..hahahha. Kalau dia nak tidur, tidur juga. Bunyi bising tak heran. Tetap tidur..hahaha. Dua-dua anak nad memamg jenis tidur lena la walaupun bunyi bising kenderaan dekat luar. Senang kerja nad walaupun anak dah dua ni. Kerja dekat rumah pun masih teratur buatnya. Kerja blog masih jalan juga.


Kakak biasalah, dengan tantrum bila, nak perhatian lebih. Nad cuma pening dengan si kakak Fariza je la. Tapi takpe, dia dah besar, tau dah apa kita cakap, kadang dia dengar juga. Farhanah akan terjaga dari tidur bila kakak kacau, atau bising. Mommy sabar jela. Kakak Fariza memang jenis tak duduk diam dan mulut becok..hahaha.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Comelnya farhanah. Betul duduk rumah depan jalan ni memang stress. Tambah rumah kinah betul2 depan balai polis. Hari2 dengar siren haha. Kakak fariza peel awak sama macam anak acik. Kuat tantrum dan mulut becok hihi. Semoga dua beradik ni membesar dengan sihat dan jadi kebanggaan ayah dan ibu ye

    ReplyDelete
  2. anak kedua memang cool sama macam adik akak hehehe

    ReplyDelete
  3. Anak akak Aiyra pun tak banyak karenah berbanding abang kakak dia dulu. Dalam pantang behave je.

    ReplyDelete