hai assalammualaikum

Mr Grey - Siapa tengok Mr Grey, ala dramadekat channel astro 104 setiap pukul 10, lakonan Eyra Hazali dan Fendy Bakry. Heroin tu nad kenal la, sebab dulu dia pelakon kanak-kanak. Huishh, bila dia berlakon ni, nampak besar dan matang sekarang. Makin cantik kau. Tapi hero tu nad tak berapa kenal. Ada orang cakap, dia hero remaja. Tak kisahla, tapi, tengok dia berlakon pun tak kekok. Sebab tu cerita tu best.


Nad tak tengok cerita ni dari awal, jadi tak tau mulanya macam mana, dan tiba-tiba dia kerja dekat syarikat Mr Grey tu. Nad terlayan cerita ni sebab bahasa Eyra pakai dalam cerita ni. Bahasa loghat utara Kedah weii. Pekat, betul-betul loghat Kedah. Suka dengar dia cakap, dahla becok, cakap je, pulak tu lurus bendul..hahahha. Nad pernah belajar dekat Kedah, adalah kawan memang betul-betul cakap loghat Kedah, suka dengar dia cakap. Memang tak berhenti..hahahaha.

Cara Eyra cakap, nama lakonan dia Nisa, tak tergeliat-liat. Macam dah biasa je dia cakap. Lagi kawan serumah dia pun cakap loghat Kedah. Macam-macam gelagat dia tunjuk. Kecoh, riuh, kepoh..Bukan dekat rumah je dia pakai, dekat pejabat pun sama.

Suka lagi tengok cerita Mr Grey ni sebab setiap kali si jahat tu Mr Red ka apa, asal nak buat jahat, mesti si Nisa ni nampak..hahaha. Jadinya, susah nak buat kejahatan ye. Eyra dengan bos dia Mr Grey pun cakap macam kawan..hahaha. Bagus betul la.


Tengok cerita macam nanti Eyra dan Mr Grey, bercinta. Eh, sampai kawin ni. Tapi tak tau kesudahannya. Jadi kita, tengok je la nanti ye. Nak tau sinopsis, korang google jela . Banyak keluar sinopsis nanti.

Pelakon:
Fendy Bakry sebagai Mr.Grey.
Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina.
Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad.
Lisdawati sebagai Datin Musalma.
Gambit Saifullah sebagai Mr Red.
Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah.
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Yah
Mardiana Alwi sebagai Kak Ain.

Tajuk : Mr. Grey
Mula Tayangan : 9 April 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 123
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Jumlah Episod: 14

SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2