SEMAK TEMPAT MENGUNDI UNTUK PRU14

in , by Nadia Johari, 09:24:00
hai assalammualaikum


Semak Tempat Mengundi PRU14 - Orang lain dah cek tempat mengundi, nad baru nak cek..hahhaa. Nak cek tempat mengundi, boleh ke link pengundi.spr.gov.my
Nad mestila dekat


Haritu dah diumumkan pembubaran parlimen, pada 7 April, lepas tu diumumkan pula tarikh penamaan calon pilihan raya dengan tarikh mengundi. Hari mengundi pada 9 May 2018 iaitu hari Rabu dan tarikh undi awal 5 Mei 2018. Bila keluar je pengumuman ni semua, penuh status tak puas hati, macam-macam lah. Yela dibuat Hari Rabu, dah ada yang kena undi jauh nun kat kampung, bahagian Pahang, Terengganu macam tu. Sudahnya kecoh, yela takut tak dapat mengundi. Yela, hari waktu bekerja. Kalau undi Rabu, takkan nak balik hari, esoknya datang kerja kan. Parah gitu. Tapi katanya boleh tukar tempat kita menetap, ok nad baru tau..hehehe...

Disebabkan kecoh pasal undi Hari Rabu, makanya, adalah cuti khas umum pada hari tersebut. Hah!!, lega la sikit orang kan. Yela, mesti nak mengundi, tu tanggungjawab rakyat nak pilih pemimpin siapa. Rugi oo kalau tak undi.


Lagi beberapa minggu nak pilihanraya ni. Banyak dah bendera dipasang sana sini. Tunggu na 9 Mei 2018 nanti. Siapa kita nak undi, biarlah rahsiaaaa...

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2