hai assalammualaikum


Vicks Baby Balsam - Pertama kali nad nampak vicks untuk kanak-kanak lol..kesian kan daku, baru tau pasal vicks ni. Tau pun sebab nampak dekat, facebook. Selalu guna vicks tutup hijau tu, untuk orang dewasa, memang berangin la. Sedap dipakai masa batuk dan selsema. Nad kadang pakaikan juga dekatyang Fariza, tapi baca rupanya vicks tu tak sesuai untuk kanak-kanak. Tengok komen, ramai cakap pasal vicks baby balsam tutup pink ni.


Apa lagi, nad pun suruhla abang belikan dekat farmasi. Harganya boleh tahan RM16..huhu. Nak cuba, kenala beli. Kakak nad cakap bagi vicks bila budak ni batuk, yela kakak nurse mesti dia tau.


Rupa dia sama je macam vicks selalu pakai tu, cuma saiz botol lebar sikit. Boleh tahan lama la. Dalamnya pun sama. Nad sapukan dekat dada fariza, leher dan belakang dia.

Nad cuba pakai dekat nad, rasanya takdela berangin sangat macam vicks orang besar punya tu. Yela, untuk kanak-kanak punya, memang la tak boleh panas sangat kan.

Bila pakaikan dekat Fariza, ok sikit la batuk dia, takde teruk dah bunyinya. Vicks ni sesuai untuk baby juga tapi 3 bulan ke atas. Boleh jadikan macam minyak telon juga. Boleh je beli dekat farmasi berdekatan. Dekat pasaraya tak berapa pasti. Simpan satu dekat rumah.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. ni memang utk kanak-kanak. Lynda memang untuk anak kembung pun guna Vicks je. Alhamdulillah 2 beradik sesuai dan ok dengan Vicks

    ReplyDelete
  2. Vick memang ramai orang guna sebab keberkesanannya.. Lagi pula tak berapa nak panas.. Tu best guna kan..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sori tercepat sgt tekan publish. huhu

      *baru taw yg vicks ada utk bby jgk. igtkn ada satu tu je

      Delete
  4. wahh nti boleh beli buat stok kat rumah..mesti berangin kan

    ReplyDelete
  5. ha ah samela sy pun tau satu je,,tq sharing sis

    ReplyDelete
  6. Masa bersalin ank yang ke 3 memang guna ni sebagai minyam baby. Selepas mandi mesti saya sapukan pada perut dan tapak kaki bby, Alhamdulillah, anak saya x pernah kembung perut masa baby

    ReplyDelete