hai assalammualaikum

Berbuka puasa dikelilingi awam di Resorts World Genting dengan lebih 100 hidangan tradisional Malaysia - Bulan puasa dah nak dekat, mesti ada korang tercari-cari tempat yang special untuk berbuka puasa dan menghidangkan Buffet Ramadan yang pelbagai jenis makanan bersama orang tersayang kan. Apa kata, kali ni bawakla diaorang ke tempat tinggi, sejuk, lain daripada yang lain. Mesti diaorang seronok..hehee. 

Satu tempat yang nad syorkan korang pergi mestilah di Resort World Genting. Datang berbuka puasa di Rajawali Coffee House di Hotel Awana bersama keluarga, dalam satu kumpulan atau rakan-rakan kerja sepejabat untuk berbuka puasa dengan pelbagai juadah dan hidangan menarik tradisional Melayu bermula 18 May hingga 13 Jun 2018.


Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood


Buffet Ramadan terbaik hanya di Rajawali Coffee House

Nampak hidangan depan mata nad. Punya banyak, sampai mana satu nak makan dulu pun tak tau...hahaha. Lebih 100 hidangan tradisional Malaysia yang dihidangkan di sini. Berbuka puasa dikelilingi awan, cuaca sejuk, memang best la bebuka puasa dekat sini. Tempat pun selesa dan besar.

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Tengok gambar, korang mesti terliur juga kan..hahaa. Tak tau sampai harini terbayang tempat sup ni. Nad haritu dapat makan perut dengan gear box je. Itu pun masyalahh, sedapnya. Sup dia pun sedap. Memang tak berhenti menghirup. Buat penggemar sup, satu kios khas Sup Citarasa Awana yang merupakan kepakaran Rajawali Coffee House disediakan dengan pilihan termasuk Sup Gear Box ‘Lambreta’, Sup Perut, Sup Daging dihidang bersama Roti Banggali untuk menjadi peneman lengkap dan dengan pelbagai hidangan lain.

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Lagi best campur semua bahan, lepas tu letak sup tu..perghh..mantap..hehehe. Sup ni boleh dimakan denagn mihun sekali ada disediakan.

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Hidangan utama pula ialah Kambing Bakar Australia dengan sos Lada Hitam Homemade dan Sos Pudina termasuk pilihan Ayam Percik dengan Sos Percik Merah dan Rojak Ayam.

Kios Ikan Bakar pula menawarkan pelbagai pilihan ikan-ikan tempatan yang popular termasuk Kembung, Siakap, Kerapu, Keli, Tenggiri, Terubuk, Patin, Tongkol, Cencaru dan Tilapia. Kesemuanya dibakar dengan sempurna disajikan bersama Sambal Celup, Sambal Belacan, Cincaluk, Budu atau Air Asam.

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Pilihan makanan laut pula terdiri daripada Ketam segar, Udang, Sotong, Ikan Kembung dan Bebola Ikan/Sotong Goreng Tepung.

Gerai Sate dengan pilihan Sate Ayam, Daging, Kambing dihidangkan bersama Otak-otak dan pelbagai hidangan sampingan termasuk Nasi Himpit, Timun, Bawang Bombay dan Kuah Sate merupakan menu wajib rakyat Malaysia yang terdalam dalam Bufet Ramadan.

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Hidangan tidak akan lengkap tanpa nasi, pengunjung boleh menikmati keenakan Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Beriani, dan Nasi Putih. Kesemua hidangan tersebut pula ditemani dengan pilihan kari dan lauk-pauk di kios utama termasuk Gulai Lemak Daging Salai, Asam Pedas Ikaan Pari, Rendang Tok, Patin Tempoyak, Pajeri Terung, Tempe dengan Ubi Kentang bersama Tauhu Jepun dan Cendawan.

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Pilihan Nasi Kandar boleh didapati di Kios Penang termasuk Kari Kepala Ikan, Kambing Masala, Kari Sotong, Prathal Ayam, dan Dalca Sayur. Bubur Lambuk dengan pilihan lauk seperti Serunding Kelapa/Ayam/Daging, Udang, Daging Cincang, Lobak Masin, Ikan Bilis, dan Kicap Cili Padi tersedia di Kios Bubur Lambuk.

Jangan dilupakan keenakan Roti John dihidang bersama Daging, Ayam atau Sardin. Pilihan Murtabak, Roti Canai dan Roti Telur hingga ke Puree, Capati, dan Idli turut disediakan.

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Seleksi mi boleh menuju ke Kios Ipoh dengan pilihan Mi Kari Ipoh dan Char Kuetiau bersama-sama Sotong Kangkung. Terdapat juga kios hidangan laksa dengan menu Laksa Kedah, Laksa Johor, Mi Jawa, Mi Bandung dan Mi Rebus. Melengkapkan semua hidangan semestinya Ulam segar dengan pilihan Kerabu Kacang Botol, Kerabu Taugeh, Kerabu Mangga, Kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Perut Lembu dan dimakan bersama Genting Garden Salad, Tauhu Sumbat, Rojak Buah dan Pasembor.

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Pencuci mulut yang sangat sedap semuanya. Ia merupakan satu lagi kepakaran Rajawali Coffee House dengan seleksi lebih daripada 50 jenis kuih Melayu Homemade termasuk Kuih Lapis, Kuih Bingka Ubi Kayu dan Kuih Talam sehinggaa ke Lepat Pisang, Badak Berendam, Kuih Sagu Merah. Pilihan tradisional lain termasuk Bubu Cha-Cha, Pengat Pisang Raja, Ais Batu Campur, dan Cendol serta aiskrim lazat menanti kanak-kanak.

Akhiri hari berbuka dengan buah-buahan tropical termasuk Nangka, Cempedak, Ciku, Dokong, Langsat, Mata Kucing, Manggis dan Rambutan ataupun pilihan Jeruk Nyonya Masdor. Basahkan tekak dengan pilihan air rakyat Malaysia termasuk Sirap Bandung, Sirap Selasih, Kacang Soya, Air Mata Kucing, Air Asam Boi, Teh Tarik dan jus buah-buahan segar.

Credit pic : Kerex Studio
Gambar lain boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/resortworldfood

Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House akan bermula pada 18 Mei hingga 13 Jun 2018 dan diikuti pula Bufet Hari Raya Aidilfitri pada 15 & 16 Jun 2018. Harga bufet RM110 bersih untuk seorang Dewasa dan RM55 untuk seorang Kanak-kanak berusia bawah 12 taahun dan Warga Emas 60 tahun ke atas. Untuk tempahan awal, nikmati harga istimewa RM90 bersih seorang (Dewasa) bagi tempahan sebelum 20 Mei 2018. Untuk tempahan, sila emel awana.rajawali@rwgenting.com atau hubungi 03 6436 9000 / 019 388 0390.

SHARE 27 comments

Add your comment

  1. wahhh....banyak nya menu kegemaran bonda disini...hampir semua menu-menunya adalah menu masakan kesukaan bonda...pasti bonda akan mengatur masa berbuka disini...melihat gambar sahaja sudah terliur...terima kasih atas informasi ini..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. Banyak nya lauk yg sedap2.. Kita xboleh dtg tmpt cmni. Nnti semua nk try.. Hahaha.. Menu seafood dia xleh tahanlah...

    ReplyDelete
  3. Bestnya makan kt sini bila buka puasa. Makan dekat tempat sejuk lagi tu. Thanks share info ni

    ReplyDelete
  4. Wow banyaknya seleksi makanan dkt Rajawali dan semuanya nampak sedap2 sgt.. Dah lama tak naik Genting Highlands. InsyaAllah kalau free2 masa Ramadan ni boleh naik sana. Hehe

    ReplyDelete
  5. Banyaknye menu die.. ni kalau nk buka puasa mahu tak termakan rambang mata nk pilih lauk.hehe

    ReplyDelete
  6. kalau akak nak naik GH kena kermalam kat sana la baru best explore buffet ramadhan diorang..semua nampaknsedap tu ha..ada yg akak nyer fav jugak
    .

    ReplyDelete
  7. Wah menu dia banyaknyaaaa.tergugat tengok banyak sangat pilihan ni kalau datang sini berbuka confirm rambang mata nak pilih

    ReplyDelete
  8. yes la. sup tu sgt menarik. presentation nyer gitu. wow!!!
    kalau aida sure amik tu dulu, hirup slurrrpp...
    then buah jambu kekecik tu. yg tgh tu cicah dia kan :)
    terbaik la presentation awana. unik.

    ReplyDelete
  9. Banyak juga menu yang ditawarkan di sini. Semua menu memang membuka selra tau. Kalau ada rezeki boleh berbuka di sini rasa semua menu yang ditawarkan. Memang nampak sedap semua.

    ReplyDelete
  10. Memang best semua menu-menu dekat Rajawali Coffee House tu. Paling kak ana suka seafood celup tepung dia. Terbaik. Rendang tok dia pun wajib cuba. Aishh lapar terus bila terkenang semua makanan ni.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya semua makanan buka puasa kat ini tengok sup gear box tu memang sengat menyelerakan kita lah nak pergi sana cuba bulan puasa nanti hehehehe..

    ReplyDelete
  12. Eh, banyaknya pilihan...
    Dekat-dekat bulan puasa ni, memang banyak lah hotel or restoran yang buat konsep buffet. But, harga kat awana ni boleh kata standard lah untuk hotel Rm110.

    Boleh try bulan puasa nanti...

    ReplyDelete
  13. wah bestnya dapat pergi ! Kita tak dapat pergi anak anak sekolah le time tu... makanan fuh meriah gila lebih lebih lagi yang kambing bakar tu... aih mengundang nafsu makan ini malam bila tengok semua gambar ni adush !

    ReplyDelete
  14. Banyak pula menu-menu yang ada kan di sana. dengan harga rm110 bagi uzu ni harga normal lah ni tuk buffet ramadhan di hotel hotel mewah macam ni. Hehe btw cantik gambar. pandai abang photographer ambik gambar. Yang tak lapar jadi kebulur tengok gambar ni hehehhehe

    ReplyDelete
  15. Tengok gambar dah terliur belum makan lagi. Banyak betul pilihan makanan dia, semua jenis ada. Kambing golek, seafood, kuih, kerabu. Kalau pergi Genting nak try lah kat Rajawali Coffee House ni.

    ReplyDelete
  16. Wow, the Ramadhan food look so tempting. So many varieties of Kerabu and different type of curry. Traditional food always my favorite. Yum. Yum

    ReplyDelete
  17. Wuuu banyaknyaaaa makanan. Bulan puasa kalau naik Genting. Nak booking siap-siap la makan di sini. Nak makan semua 100 hidangan. Hahaha

    ReplyDelete
  18. Tiap-tiap tahun memang paling suka dengan sup dia. Eh, cuba tak sotong kangkung? Tu pun sedap juga tau.

    ReplyDelete
  19. fuh.. tengok Nad duduk di hujung meja dengan menu makanan yang macam lautan tu, buat TB rasa lapar je lah.. macam-macam menu ada..

    ReplyDelete
  20. wow, banyaknya pilihan buffet ramadan di Rajawali Cafe Genting Highand ni. memang rambang mata di buatnya. Especially kambing Australia tu, terkejut tengok dia terangkat kaki camtu, hehe..

    ReplyDelete
  21. Thank goodness it isn't puasa month yet. If not hancur...batal niat puasa terus sebab terliur tengok all the yummy food. I for one will definitely 'attack' the seafood and curry dishes. They look simply tempting!

    ReplyDelete
  22. Bila puasa, perut lapar.
    Bila kat tempat sejuk, perut lapar.
    Bila tengok makanan sedpa, perut lapar.
    Bila kat depan mata ada 100 menu sedap-sedap, konfem perut kenyang gilerrrrr

    ReplyDelete
  23. Your photos are really nice! I have been to Rajawali before and you really brought out its beauty. I didn't know there's Ramadan buffet at Rajawali - will alert my family.

    ReplyDelete
  24. Oh you making me hungry with this buffet. This is truly a foodie experience! Yummy!

    ReplyDelete
  25. OMG!! Lots of delicious food. It makes my mouth-watering. yummy!!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2