Articles by "Buffet Ramadhan"
Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts
hai assalammualaikum

Ramadan Buffet Rasa Dua Sempadan Di The Everly Hotel Putrajaya - Lagi beberapa bulan nak sambut Bulan Ramadan. Banyak hotel telah memperkenalkan menu berbuka untuk bulan puasa nanti. Masing-masing ada tema masing-masing. The Everly Hotel Putrajaya pun tidak ketinggalan untuk memperkenalkan Buffet Ramadan mereka. Tempat yang sangat menari untuk korang berbuka puasa bersama orang tersayang. Makanan yang dihidangkan adalah makanan Melayu dan Thailand.



Ramadan Buffet Rasa Dua Sempadan Di The Everly Hotel Putrajaya

Tema Rasa Dua Sempadan, para chef di The Everly Hotel Putrajaya memasak hidangan bufet yang sempurna dengan menggabungkan rasa Melayu tempatan dengan masakan asli Thai! Jadi kalau rindu dengan makan Thai, boleh datang ke sini. Memang dari lauk pauk melayu , somtam, toyam, Thai Basil sehingga pencuci mulut, lengkap semuanya.


Antara masakan Melayu, nasi putih bersama lauk yang sedap. Ada ayam goreng, daging kicap, udang, paru sambal, ikan keli masak lemak, ketam masak nyonya dan banyak lagi.


Ikan Bakar dan ikan kukus yang sedap. Cepat je Ikan kukus habis.


Wajib ada mestilah Kambing Panggang Jitra.





Makasan Thailand, Tom Yum Goong, Thai Basil, Rice somtam, Banana crispy dan banyak lagi. Bila nampak kerang, pergh nad terus ambil. Lama tak makan kentang..hehee..





Ada juga satay, nasi impit, ketupat.





Lain makanan yang ada..







Bahagian pencuci mulut, ada kuih, kek, air batu campur, aiskrim dan coklat ar terjun..sedap semuanya.


Harga Buffet Ramadan The Everly Hotel Putrajaya

Mesti korang nak tau harga dia kan.
The Early Bird
Dewasa : RM 78
Kanak-kanak : RM 39

Harga Early Bird boleh dibuat bermula sekrang sehingga 30 Mac 2020.

Normal Price
Dewasa: RM 98
Kanak-kanak: RM49




Buffet bermula dari 6.30 malam dan seterusnya. Semasa makan, akan ada live yang akan menceriakan suasana dengan lagu klasik Ramadan dan Raya.

Everly Hotel Putrajaya juga menganjurkan majlis-majlis peribadi untuk Makan Malam Buka Puasa di Bilik Banquet mereka.

Untuk tempahan boleh call/whatsup 017 209 4619 atau email ke sales.tep@theeverlygroup.com. Mereka juga ada buat special promotion untuk Ramadan room packages. Korang boleh call 03-88922929 atau email ke reservation.tep@theeverlygroup.com.
hai assalammualaikum

Buffet Ramadan Spices @ Furama Bukit Bintang Selera Kampung - Tak sangka sekejap ja lagi bulan Ramadan bakal tiba. Banyak dah hotel dan tempat makanan terbuka siap sedai untuk menyambut bulan Ramadan dengan promosi buffet yang mereka sediakan. Salah satu tempat berbuka puasa yang korang boleh cuba adalah di Rempah @ Furama Bukit Bintang tingkat 3.


Buffet Ramadan Spices @ Furama Bukit Bintang Selera Kampung

Sempena Bulan Ramadan bakal tiba ni, Furama Bukit Bintang menyediakan buffet maskaan tempatan Malaysia yang lazat untuk dinikmati bersama-sama di REMPAH @ Furama Bukit bintang. Bertemakan ' selera Kampung ', pihak Furama ini telah memutuskan untuk menyediakan buffet yang kontemporari termasuk teh bubble kegemaran semau orang, atau dikenali sebagai ' boba '. Perisa termasuk Boba sirap Bandung, kurma susu Boba, teh tarik Boba, Cendol Boba, dan susu kegemaran sepanjang masa & gula Melaka Boba dan coklat Boba.


Untuk menjadikan berbuka puasa dengan rakan-rakan dan keluarga yang lebih bermakna, Furama Bukit bintang juga menganjurkan Kejohanan permainan tradisional di mana peserta berpeluang untuk memenangi penginapan 3 hari 2 malam. Selain itu, Terdapat juga upacara pencahayaan ' Pelita '. Menarik kan.



Makanan yang terdapat di sini menonjolkan hidangan Melayu yang asli daripada pembuka selera asas  iaitu ' ulam ', sambal dan ' Kerabu ' bersama ' nasi hujan panas ', ' kambing tumis hitam ala Mamak ', ' udang sambal Berpetai ' dan banyak lagi.

Satu lagi mesti mempunyai semasa berbuka puasa adalah bubur lambuk, bersama-sama dengan ' lemang ', ' rendang ', dan ' sup berempah ayam & ekor '.


Tak ketinggalan kambing bakar..aummm..Selain kambing ada juga ayam, ikan, kupang dan juga sate.


Selaras dengan tema masakan Melayu asli, terdapat juga pelbagai pilihan pencuci mulut tempatan seperti kuih bakar Kemboja, kuih Talam Pandan, kuih Kasui, kuih Bingka ubi, kuih bengkang, kuih Talam Medong, pulut panggang, Badak Berendam, lompat Tikam, kacang ais dan Pengat durian,

Ada juga makanan barat seperti pelbagai jenis salad, sup cendawan, kentang lenyek dan sayur-sayuran yang berdaging, termasuk yang pelbagai.

Harga Buffet Ramadan Furama Bukit Bintang

' Selera Kampung ' yang TERAWAL adalah bermula 1 Mei 2020 pada hujung minggu sahaja (Jumaat, Sabtu dan Ahad) berharga dari:
1.RM68nett/pax (pembelian sebelum 30 April 2020)
2. RM98nett/orang (harga biasa dewasa)
3.RM55 nett/pax (warga tua di atas 55 tahun)
4. RM45nett/orang (kanak-kanak 4-12 tahun)

Tempahan untuk majlis persendirian hendaklah dibuat satu (1) minggu lebih awal dengan sekurang-kurangnya 50 orang.

Rempah @ Furama terletak di aras 3 bersebelahan dengan kolam renang. Tempat duduk di tepi kolam renang disediakan atas permintaan bagi mereka yang menggemari suasana malam yang tenang.

Untuk tempahan, sila hubungi 03 2788 8983. Boleh layari https://www.furama.com/bukitbintang/promotions untuk promosi yang paling dikemaskini.
hai assalammualaikum


Buffet Ramadhan 2019 Di Villa Istana Melaka, Berbuka Ala Istana

Buffet Ramadhan 2019 Di Villa Istana Melaka, Berbuka Ala Istana - Harini nad nak kongsi tempat berbuka puasa di Melaka. Hah!!, orang Melaka, siap sedia, kalau tak tau nak berbuka dekat mana, meh baca entry ni..hehe. Dengan ketibaan bulan Ramadhan harini, yang ingin iftar ramadan atau berbuka puasa bersama keluarga, buffet ramadhan yang terbaik di Melaka yang korang boleh pergi ialah di Villa Istana Melaka.

Nama pun dah gempak kan, Villa Istana, semestinya rupa dia seperti Istana ye dak..hehee..Villa Istana Melaka yang bertaraf 5 bintang ni, terletak di Ayer Keroh Melaka, pernah dijadikan lokasi set penggambaran drama  ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Orang Melaka mesti tau tempat ni kan. Mana yang tengah bercuti di Melaka pun boleh pergi berbuka di sini. Tempat yang selesa, banyak kemudahan , harga semestinya jauh lebih murah.



Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka akan berlangsung pada 10 Mei hingga 1 Jun 2019. Nad pasti, semua juadah yang disediakan  memenuhi citarasa ramai, layanan yang mesra dan perkhidmatan yang baik apabila tetamu menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2019 ni. Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan ini.






Antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak
Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan.

Kemudahan yang disediakan
- Dewan makan yang selesa dilengkapi penghawa dingin, mampu memuatkan 500 tetamu
- Wifi percuma
- Menyediakan ruang parking kereta yang luas
- Tandas yang selesa
- Bilik solat lengkap dengan sejadah, selipar serta tempat wudhuk


Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan ramadhan.




Bagi mereka yang bercuti atau mempunyai urusan di Negeri Melaka, Bandar Bersejarah ni, korang boleh menginap di bilik penginapan eksklusif Villa Istana ni. Pergh, tengokla bilik dia, cantik, besar dan luas. 

Harga Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka
Dewasa : RM45.00
Kanak-kanak: RM29.90





Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang
sangat menarik. Boleh tengok gambar di atas.

Kalau nak berbuka Di Villa Istana, digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan! Boleh booking sekarang untuk berbuka bersama keluarga atau sahabat handai. Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.

Villa Istana Melaka ini sentiasa menjadi tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka.
06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466
hai assalammualaikum

Buffet Ramadhan 2019 Murah Di The Venue Shah Alam - Hah, kali ni nad nak kongsi dengan korang semua yang berada di Shah Alam atau yang berdekatan, tempat untuk berbuka puasa nanti. Mungkin ada yang tenagh mencari tempat buffet yang paling murah untuk berbuka puasa bersama orang tersayang atau sahabt handai. Dalam banyak-banyak buffet ramadhan, nad rasa lokasi ni yang paling murah, iaitu The Venue Shah Alam.






Takdela susah mana nak ke sini, pakai waze je dah sampai. The Venue ni sebenarnya dewan perkahwinan. Ni pertama kali nad datang, masuk je dah teruja tengok dengan dewan yang sangat luas dan dekorasi yang cantik. Dewan pulak berhawa dingin, jadi makan pun dengan selesa je.

Ia juda dilengkapi dengan kemudahan lain seperti parking yang luas, surau, tandas, dan kawasan lobi yang selesa.

Bertemakan " Colours Of Ramadhan "..pelbagai juadah disediakan sempena Bulan Ramadhan ini. Kebanyakan makanan yang dihidangkan, merupakan makanan kampung. Setiap kali nad dijemput preview Buffet Ramadhan, sebolehnya nad nak makan semua makanan dekat situ..hehee..Semuanya nampak sedap belaka..Jom tengok juadah yang disediakan.

- Nasi Briyani Bukhara / Nasi Arab / Nasi Tomato / Nasi Minyak
- Nasi Putih








- Ayam Cili Padi / Rendang Ayam / Ayam Percik / Ayam Masala / Kurma Ayam / Kari Ayam / Ayam Berlado / Ayam Kerutuk

- Daging Gulai Kawoh / Daging Briyani / Daging Masak Lemak Cili Padi / Daging Masak Lada Hitam / Daging Kam Heong / Daging Baghdad / Daging Dendeng

- Kari Ikan
- Kupang Goreng Pedas
- Lala Masak Halia
- Sotong Sumbat
- Sambal Udang Petai
- Ketam Masak Lemak Cili Padi

Ada siput sedut masak cili api..masa tu mujur kawan kita bagitau..kalau tak kita pun tak namapk..dahla feveret..Siput sedut pun besar-besar.


Yang ni seafood..tak tau apa nama makanan ni..Tapi sedap giler..makan macam tu je..ratah..hahaa

- Pelbagai Kerabu, Sayur & Ulam-Ulaman




Tak ketinggalan kambing golek. Setiap tempat mesti ada kan. Takda kambing golek lain macam je rasanya,,hehee..







Lagi menu lain..
- Grill BBQ
- Cucuk Cucuk Steamboat
- Ikan Bakar
- Aneka Sup
- Noodle Station
- Dessert Corner

2 Jenis Bubur Setiap Hari :
- Bubur Jagung + Sagu
- Bubur Kacang Hijau
- Bubur Chacha
- Bubur Pulut Hitam
- Bubur Gandum
- Bubur Keledek + Nangka


Pelbagai Jenis Buah Buahan Tempatan




Kuih Kuih Melayu
- Talam Keladi
- Seri Muka
- Talam Tepung

Pelbagai Perisa Dadih, pelbagai Perisa Jelly dan potongan Kek ..


Hah tu la antara menu yang ada. Macam mana, ok kan menu semua. Boleh bawak keluarga , kawan-kawan berbuka dekat sini..Harga murah je..






Harga Buffet Ramadhan The Venue Shah Alam

EARLY BIRD PROMOTION (PEMBELIAN VOUCHER SEHINGGA 30 APRIL 2019) :

Early Bird Price:
Dewasa : RM 45.00 nett / pax
Kanak-kanak : RM 25.00 nett / pax (7 - 12 tahun)

***Table Price
‼️Table : RM400 nett / 10 pax

Normal Price :
 Dewasa : RM 55.00 nett / pax
 Kanak-kanak : RM 30.00 nett / pax (7-12 tahun)

 Percuma untuk kanak-kanak bawah 7 tahun.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019 - 8585 825  / 019 - 8585 375

The Venue Shah Alam
No 15, Jalan 15/22,
Tiong Nam Industrial Park,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Malaysia