hai assalammualaikum

Biskut Cheezy Cadbury / Cheezy Cadbury Cookies

Cheezy Cadbury Cookies, Sedap Yang Amat - Nad ni bukanla penggemar coklat cadbury..sebab rasa dia yang kosong..kalau ada kacang pun, tak suka sangat..tak tau kenapa..hahaa. Coklat lain nad makanla..hahaa. Tapi, masa Si Neyra ni post biskut dia buat masa puasa, nampak " eheh sedap pulak biskut ni, nak rasa pulak". Tapi waktu tu tak sempat nak order. lepas raya dia open order lagi. Tengok ramai dah beli dan cakap sedap. Masa ni la kita nak rasa juga weii..Kawan dok post je, kita pun dah meleleh air liur tengok. Jadi bagitau Si Neyra ni, kita nak order. Mula-mula, sebalang, tapi fikri balik, ramai kata tak cukup sebalang, kita order dua balang la.

Ni la Syahirah..panggilan NeyNey, penjual Biskut Cheezy Cadbury

Hari berkenaan, kitaorang jumpa dekat Stesen Lrt Kerinchi. Sampai je terus jumpa. Borak-borak kejap, amik gambar, bayar, balik..haaha..Mata tumpu dekat biskut Cheezy Cadbury tu je. Si Neyra ni nak kawin dah, tapi dia relaks lagi..haaha..biskut ni dia buat untuk tampung kawin dia juga. Jadi kita support la kan.

lepas dia dapat biskut tu..terus nak makan

Dia berjaya amik biskut tu

Muka dia dapat makan biskut tu..selepas bergaduh dengan mommy

khusyuk dia makan

Masuk dalam kereta, terus buka. Anak kita dah nampak juga. Sibuk nak juga..Kami berdua memang suka makn kek, biskut coklat ni semua. sebab tu beli dua balang, sebab sebalang konfirm tak cukup. Dalam kereta, sorang amik satu, tapi bila dia ambil lebih, kita pun ambil lebih..hahaha..Pastu tutup cepat-cepat. Kang habis..Memang tak berhenti makan.

Masuk sikit-sikit tak cukup..masuk semua sekali..hehee

Nad boleh makan coklat Cadbury ni bila ada tepung bawah dia tu. Sebab takde manis sangat bila makan coklat tu sekali dengan tepung tu. Kalau sebelum i, makan coklat cadbury ni pun sikit je, tapi Biskut Coklat Cadbury ni boleh masuk sekali terus dalam mulut..hahaa.

sedap..order cepat Biskut Cheezy Cadburi

Coklat ni tak cair tau. Letak luar je pun ok je..Tapi, nad rasa, orang yang makan ni, sehari dah habis kot..hahaa..Ok korang kalau nak rasa biskut Cheezy Cadbury Cookies ni bolehla contact Syahirah 0179070384 ..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Tentu mahal ni haha..tp kalau dah sedap berbaloi lah dgn harga kan..cadbury kut.. nti syira mai penanang nak suh dia bawakan tuk ke.l

    ReplyDelete
  2. Oo.. rasa dia mcm mana.. ada macam tart cadbury tu ke nad? cadbury ni memang sedap .. kalau buat biskut abeslaa.. tengok depan tv je licinnn

    ReplyDelete
  3. Alahai Nad ni favourite Mimi. Nak wassup dia la tanya leh pis ke x.. Memg suka sangatttt

    ReplyDelete
  4. Oh yumsss... terliur sekejap. I pun nak cuba yang ini la. Nampak sedap sangat lah.

    ReplyDelete
  5. Sama la kita nad. Tak berapa gemar dengan coklat cadbury. Tapi biskut ni tak pernah lagi rasa. Sebab pikir ada cadbury. Haha..

    ReplyDelete
  6. Dalam tu ada berapa biji, nak try jauh kalau Cod kena pi event sama baru boleh try

    ReplyDelete