hai assalammualaikum


Aveeno Baby Kini Di Malaysia - Amboi, amboi, amboi, haritu mommy baru je pakai scrub oat dari ST Ives, ni anak pulak pakai. Oat ni memang banyak kebaikannya. Oat bukan budak-budak sahaja boleh makan, sekarang oat untuk melegakan, memulihkan dan melindungi kulit anak kita pun boleh. Pernah dengar produk Aveeno?? Produk ni mengandungi oat di mana ia  memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering,  rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Nad pun pertama kali dengar dan nampak ni..hehee. Bila tengok, nampak menarik pulak..Nad cuba salah satu produk Aveeno iaitu Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream. Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream
(141ml, RM41.42)


Selepas mandi, nad pakaikan Fariza dan Farhanah dengan menyapu Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream  di bahagian badan, kaki dan tangan diaorang. Bila nad pakaikan, memang lembut dan lembap je kulit diaorang ni. Masing-masing berebut nak pakai cream Aveeno baby ni..




Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream mengandungi Triple Oat Complex dan emolien yang kaya untuk melegakan kulit yang kering dan sensitif. Krim ini yang terbukti secara klinikal dapat memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit yang kering dan sensitif. Rumusan ini cepat menyerap dan lembut untuk bayi dan kanak-kanak dengan kulit yang sensitif. Ia juga formulasi hipoalergenik dan bebas daripada pewangi.

Aveeno®, jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby®, jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semula jadi. ACTIVE NATURALS – Ramuan daripada sumber semulajadi yang memberikan kebaikan sebenar!  di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit.


Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti-oksida**:

Sejarah Aveeno

Semenjak 1945, kisah Aveeno® berkisar tentang penemuan dan semangat jenama ini. Rahsia alam semula jadi ditemui menerusi kemajuan sains, jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi.

Diasaskan oleh pasangan adik beradik pencipta dan dermawan Albert dan Sidney Musher, nama jenama Aveeno® diilhamkan daripada Avena sativa, perkataan Latin untuk ‘oat’, bahan utama dalam rangkaian produk Aveeno®.

Aveeno® percaya bahawa oat mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah, membolehkan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semula jadi mereka dan membolehkan mereka menjalani kehidupan indah secara semula jadi dengan sepenuhnya.

Banyak produk Aveeno ni, dari kegunaan harian, penjagaan istimewa sampailah ke baby. Wah lengkap untuk seisi keluarga. Antara produk Aveeno



Kegunaan Harian:
1. Aveeno® Daily Moisturizing Body Wash  (354ml, RM40.47)
2. Aveeno® Daily Moisturizing Lotion (354ml, RM44.25)
3. Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion (350ml, RM52.74)

Penjagaan Istimewa
1. Aveeno® Skin Relief Body Wash (354ml, RM45.19) *TANPA PEWANGI*
2. Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion (354ml, RM52.74) *TANPA PEWANGI*

Produk Aveeno Baby® yang boleh didapati di Malaysia :   



Kegunaan Harian
1. Aveeno Baby® Wash & Shampoo (354ml, RM49.91)
2. Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion (227ml, RM41.42)

Penjagaan Istimewa 
1. Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash (236ml, RM49.91) *TANPA PEWANGI*
2. Aveeno Baby® Soothing Relief Moisture Cream (141ml, RM41.42) *TANPA PEWANGI*
3. Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Wash (236ml, RM65.00) *TANPA PEWANGI*
4. Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Cream (141ml, RM60.28) *TANPA PEWANGI*


Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di (https://www.facebook.com/myaveeno).





SHARE 21 comments

Add your comment

  1. 1st time liez dgr product dr oat.. yang penting klau nak digunakan pada anak2 ialah bebas bahan merbahaya dan yang penting harga berbaloi..klau organik lagi bagus

    ReplyDelete
  2. Wahhh produk dari oat, mesti bagus untuk anak² ni!

    ReplyDelete
  3. First time dgr pasal aveeno ni... Bahan dia ada oat ea.. Best ni..lembutkn kulit.. Mmg ssuaila utk kulit semsitif & kering kan..

    ReplyDelete
  4. dari oat. lovely nyer. utk baby haruslah natural kan, Nad.
    siap-siap ada tanpa pewangi, bagus.
    sebab baby ni ada yg sensitif kan. and better dgn bau baby yg asli.
    terbaik adalah ia mudah dibeli. watsons. aida suka ke watsons.
    nanti nak try cari.
    aida takde la baby kecik, izzat tu hah, baby tua :)
    tapi kulit izzat sensitif!!! tak boleh sebarangan.

    ReplyDelete
  5. Suka tengok packaging dia , nampak eklusif .. banyak kelebihan juga

    ReplyDelete
  6. Khasiat outemang tak disangkal lagi. Pasti produk ni memberi banyak manfaat pada kulit. Paling bagus sebab selamat untuk kulit baby

    ReplyDelete
  7. Laa.. ingat oat ni utk orang dewasa je rupanya ada jugak produk utk kanak-kanak. Bagus jugak khasiat oat ni ekk.. Suka Fariza dan Farhana tu, sebelum ni asyik maknya je review produk kannn.. hehe

    ReplyDelete
  8. first time dengar.utk baby ekzema sesuai x kak nad?macam bagus je produk ni sebab oat mmg byk khasiat kan.

    ReplyDelete
  9. Wah, syok yer dua orang gegurl Nad, belai kulit dengan lotion oat. Kecik2 dah pandai jaga kulit, good job mama

    ReplyDelete
  10. Ni second produk untuk baby yang fadzi dengar ada oat dalam dia. Fadzi memang suka kalau produk baby yang jenis jenis guna bahan semulajadi ni. Rasa lebih selamat

    ReplyDelete
  11. OOoo. Macam tu rupanya khasiat oat untuk si manja, ibu ingatkan makan oat ni untuk orang dewasa kurus dan kolesterol

    ReplyDelete
  12. Bukan setakat untuk dimakan je ye, buat lotion oat pun boleh. memang akan pilih lotion yang serap dekat kulit baru selesa nak pakai. Bagus la semakin hari semakin banyak peniaga yang pilih bahan semulajadi dalam produk mereka. baru la yakin nak guna.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah tembamnya budak kecik tu. comel sangat !! Farhana ke fariza tu, xtahu yg mana satu. Anyway, baguslah produk aveeno nie dpt melembutkan kulit dgn kuasa oat. Baru first time dgr produk menggunakan oat sebagai salah satu bahan

    ReplyDelete
  14. Nie first time Rawlins dengar pasal Aveeno nie. Macam best je untuk bebudak kan. Yang penting selamat untuk digunakan ye.

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya lebih bagus bagi anak makan oat sebab ia tak menggemukkan anak anak. Maklumlah kan, oat ni kenyang lama

    ReplyDelete
  16. Geramnyaa tengok dua beradik geju gebas ni. Lama x jumla fariza. Btw emi ingat oat ni biasa org buat makan je. Rupanya elok jgk dijadikan produk utk kulit.

    ReplyDelete
  17. Saya tak prefer bagi makan makan pada anak nestum dan makanan baby yang lain sebab biasanya banyak gula

    ReplyDelete
  18. tak pernah cuba produk yang ada bahan oat. macam menarik je kan & tringin nak cuba. jenama ni selalu sangat tengok orang pkai belum ada kesempatan nak cuba je.

    ReplyDelete
  19. oat ni memang bagus.. selain untuk kesihatan, utk kulit pun bagus juga. elok sapu pada baby supaya mereka selesa sepanjang hari.. ibu2 pula senang hati. eheh

    ReplyDelete
  20. Wah!! Produk berasaskan oat.. mesti cuba nie.. boleh AM gunakan sebagai losyen utk tangan.. nti kulit gebu mcm baby.. AM nak beli n cuba laa..

    ReplyDelete
  21. Pertama kali dengan jenama ni. Tapi best sebab takda bahan bahaya dalam dia, dahla pakai oat, sure wangi bau dia.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2