hai assalammualaikum

" Buruknya " Si Adik Dari Kakak - Hai baby, " Buruknya " baby.  " Buruk " dari kakak dia." kata makcik jiran nad. Nad tak terkejut pun bila dia cakap buruk dekat anak nad. Sebab nad paham kenapa dia cakap macm tu.


Makcik tu cerita, dia cakap " buruk " dekat anak orang tu. Terus orang tu marah dan tak bawa anak dia dekat makcik tu lagi. Siap orang tu bagitau dekat orang lain, cakap makcik tu bagitau anak dia buruk. Punyala comel, kiut anak dia, boleh kata buruk..hah!! macam tu la makcik tu cerita..alahai kesian.

Nad tak tersentap pun sebab bagi orang tua, diaorang bersebab kenapa cakap macam tu. Korang mesti pernah dengar, bila jumpa baby cakap " anak semangat ", " anak sihat "..tak boleh cakap comel ke apa, sebab kalau cakap comel ke, gemuk ke, tembam ke, nanti baby tu akan sakit atau apa-apa la jadi. Orang tua, biasalah, dah makan asam garam dari kita.

Kita sekarang, cakap direct je..heheh..kang terasa pulak cakap buruk. Dahla nampak dekat facebook, instagram. Dalam tu bukan ada intonasi pun..kang tak pasal jadi gaduh..huhu..Kita tetap doakan baby tu dalam keadaan baik dan sihat kalau kita sebut dia comel, kiut atau bambam.

Bila orang cakap comel, kita ucap terima kasih. Ada satu tu, nampak status member, dia tulis " comelnya anak kau "..mak budak tu jawab " semua baby comel, jadi apa, bezanya "..hehehe..Terasa kawan tu..hahaha..just ucap terima kasih, sebab kawan dah komen baik-baik..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Oo.. macam tu ke.. baru TB tahu. masa harraz baru lahir dulu ada jiran yang mai yang tengok harraz tapi semuanya senyap je tak kata apa. mula2 dulu pelik jugak.. dalam ramai2 tu semua snyap n dok tenung je harraz.. mungkin sbb ni jugak la kot.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. nasib baik tak mudah melatah kak nad. apa pun tak jumpa lagi si cinonet tuu

    ReplyDelete