hai assalammualaikum

Lepak Starbucks Sambil Tunggu Grab - Haritu, lepas habis event, jalan-jalan shopping mall dulu. Sebelum balik, nampak kedai Starbucks ni. Terus tanya husband, " nak rasa air ni tak "..husband kata ok je, abang tak kisah..okla kita minum dulu sebelum balik". " Tapi sayang tak reti order "..aku jawab..hoho..malu siot kalau ntah air apa-apa aku order..kang tak sedap, melayang duit. " Cuba je la order apa-apa, belajar "..amboii laki kita..hahaha..Nad jarang-jarang sekali masuk kedai Starbucks ni, sebab tengok harga dia, mak aiihh, mahal bebenor..hahaa. Orang cakap untuk orang yang "have2 " je..eh, mana ada..semua orang boleh minum, kot ada yang nak rasa dan cuba kan. Macam nad la..hahaa..nak rasa sedap ke air dia tu.

Memang sampai je tempat order tu, tak tau nak order air ape kau..nama je dah pelik-pelik..rupa air tu lagila tak tau macam mana..hahaha.. Nak taknak order jela..nak cuba kan. Nad pernah dengar orang cakap air Green Tea dekat Starbucks ni sedap, lagipun nad tak pernah lagi minum air Green Tea. Terus je sebut Green Tea. Penjual tu terus cakap, blended ke..terus je " hah , iye "..tergagap-gagap..hahaha. Lepas tu order untuk laki kita pulak..ah sudah, air ape untuk dia ni..

Tengok papan tu, ok pilihlah Caffe Latte. sebab dah biasa dengar minuman ni kan..hahaa..Lantakla rupa ape pun..sebab tu mr mafia punya..hahaa..Dah dia cakap tak kisah apa isterinya order kan..kihkih. Caffe Latte panas untuk suami..Pastu staff tu mintak nama kita, dia tulis dekat botol..benda tu selalu nad nampak dekat gambar orang bila diaorang beli air dekat Starbuck ni. senang , tau dah air ni siapa punya..


Anak pulak nak kek pisang...hah, belilah jugak..kang tak tau dia nak makan apa kang..

Dah dapat terus minum air Green Tea..uitt sedap bak hang..Lemak berkrim gitu..mungkin sebab ada krim atas tu..Tapi sedap, rasa manis teh hijau tu..Nasib pilih air tu..Harag semua RM38.20..hah amik kau..hahaha..


Takpela, sekali sekala nak rasa, okla kan. Sekurangnya dah tau macam mana rasa dia, macam mana nak order.



Post la dekat Facebook, rupanya banyak air dekat Starbuck ni kita boleh rasa. Boleh tambah choc la caramel..Tapi ramai suka java chip..Kenapa masa order tak nampak pun perkataan java ni..ke tu penambahan..hahaa..banyak lagi la..boleh tengok gamabr tu air ape diaorang suka minum dekat Starbucks..

Ada baca twett pasal Starbucks ni, tapi haru, nad sendiri susah nak paham..hahaa..Kenapa nama diaorang ni pelik-pelik..hahaa..Takpe, kot nanti dah biasa, takdela pelik kan..hah!!, terus order je macam mana kita suka..kihkih..

Sambil-sambil minum, book grab nak balik la..hahaa.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

24 comments so far,Add yours

  1. air dia sdap..harga pun sdap jgk..haha

    ReplyDelete
  2. Lama tak lepak starbuck sejak dah ada Costa kat Shell dekat rumah ni..hehehehe

    ReplyDelete
  3. hehe..lawak la Nad...first time cuma Nadia kat event Anlene hari tu...

    ReplyDelete
  4. Suka jugak lepak starbuck utk pekena cappucino.. tak pernah lagi try green tea tp ramai jugak kata sedap.. next nak try jugak green tea..

    ReplyDelete
  5. Rawlins adalah penggemar setia dan tegar Starbucks. Java Chip memang dah lama ada Nad. Hehe. Next time bawa Rawlins ye jika perlukan bantuan.

    ReplyDelete
  6. Hehe..dari dulu mmg tempat lepak favourite kat starbucks & dari dulu i setia dgn hot choc & caramel latte. Bukan apa suka lepak kat starbuck, tempat dia privacy so nak buat keje pun aman

    ReplyDelete
  7. Eiii tak reti la kite nak order. Kang pergi masuk sane kang, jadi macam orang kampung masuk bandar hahahha. Hari tu pergi dengan bff, dia yang tolong order kan. Kite nganga je

    ReplyDelete
  8. Fav kite gak.salu kalau beli green tea akan add on choc drizzle gn chips xpun caramel drizzle uoside down

    ReplyDelete
  9. Amboii Kak Nad lepak starbucks tunggu grab. curlasss ! yes, memang harga dia agak pricey untuk satu air minuman. tapi rasa dia sedap. sy suka hot hazelnut chocolate dia. nanti kak Nad cubalah

    ReplyDelete
  10. Anak I pun suka lepak kat Starbucks with friends. They had a strong internet and a nice place for a chit chat.

    ReplyDelete
  11. Baru beberapa bulan lepas Ibu baca tentang berita syarikat pengeluar kopi di Amerika syarikat kalah saman dengan agensi kerajaan di sana. Puncanya kerana syarikat ini gagal mempamerkan kandungan kopi mereka yang berisiko mendatangkan kanser. Salah satu syarikat yang kalah tu jenama ni lah

    ReplyDelete
  12. Kopi mahal ni pun ramai orang suka minum dan lepak kan. Alhamdulillah, kalau mampu semua tak ada masalah kan :)

    ReplyDelete
  13. Sama la kita kak nad haha,dulu tak reti.tapi kawan ajar terus reti.makin ketagih hahahaha.bahaya starbuck ni.ketagih air dia sebab semua sedap oiii

    ReplyDelete
  14. Aikkk hahaha kita sama lah sis, first time masuk setabak sebelum raya haji haritu, siap buat pengakuam ikhas kat counter, "adik sebenarnya akk first time, x rau nak oder ape..ape yg sedap dik??" nasib baik adik tu layan..so dapat la 2 cup air dengan harga rm30..hmmm

    ReplyDelete
  15. Saya selalu berkunjung kat starbucks...tapi...tak pernah lah cuba green tea. Sedapkeh? Saya rasa kalau masuk starbucks mesti cuba kopi saje. :D

    ReplyDelete
  16. aida baru skali masuk stabak. dgn adik.
    tak pandai lagi masuk sendiri . tang order tu yg tak pandai! ha ha ha ha...
    asben plak tak boleh num caffein terlebih 2-3 teguk. pening. badan berangin!!!
    itu la yg tak masuk stabak. sib baik ada adik, dpt la sekali aida berstabak. nice.

    ReplyDelete
  17. betul la, memang agak rumit nak order starbucks ni. sebab diorang banyak sangat pilihan. kita plak boleh customized sendiri air tu

    ReplyDelete
  18. i tak minum air yg ada caffeine sbb nanti rasa pening je kepala. haha tp kalau kt starbucks selalu mmg i order green tea. sedap kann. hehe

    ReplyDelete
  19. Amboi dah macam diva hehehehe minum starbuck pun kena post wakakak tapi tak apa janji kita takin pada diri kita kan hehehehe..

    ReplyDelete
  20. Kita dulu pun masa mula2 krnal air ni samalah. Tak pandai nak oder. Takut nak oder pelik-pelik. Tapi bila dh tau air mana ok, kalau p sana memang x oder yg lain dah hahaha

    ReplyDelete
  21. Ok lah dapat juga merasa kopi mahal sesekali kan. Selalu minum pun tak sihat juga sebab kopi ni ada banyak bahan tambahan

    ReplyDelete
  22. Memang cekik leher harga air Starbucks ni, akak kalau beli dgn anak² 3 org dekat RM100 habis!

    ReplyDelete
  23. Tak pernah lagi ibu minum stabak. Hehe. Minum kopi murah tepi jalan tu selalu. Itu pun dah sedap

    ReplyDelete
  24. Starbucks memang favorite Lia sampai semua flavour dah try. Sekarang ni dah kurang sebab taknak minum air manis kerap sangat. Pantang ada flavour baru mesti nak cuba.

    ReplyDelete