hai assalammualaikum

Mexicana Burger Dan Mcflurry Durian Party - Hahaha, makan dah lama, tapi baru nak share dekat sini. Rasanya burger dengan aiskrim ni dah takda..Tapi takpela nak bagitau juga ok ke tak..hehee. Paham-paham jela, Mcdonald ni memang selalu akan ada je yang baru dia..Mehla kita rasai burger Mexicana seperti di Mexico..hahaa..

Haritu sebab rasa nak makan simple je, mals nak makan nasi, jadinya pilihan kami sekeluarga ialah Mcdonald. Fariza pun dah pandai pilih nak makan ape, sikit-sikit nak KFC, sikit-sikit nak Mcdonald. Mcdonald pun sebut KFC..hahaa. Nad pulak memang nak cuba burger Mexicana ni dengan aiskrim durian yang orang lain dah rasa, kita baru tergedek-gedek nak rasa..


Ni la dia set Mexicana Burger , ada burger, air dan kentang. Harga dia RM17.45..Sekali sekala, ni tengok pun dah teringin nak makan burger lagi dekat Mcdonald..hahaa..


Kepingan ayam rangup bersaiz besar itu dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan cita rasa hebat.

Ni burger kedua citarasa luar selepas burger rio. Bagi nad, rasanya macam baisa je, mungkin sebab dia ayam, dan nad memang kurang sikit bila makan daging ayam. Lagipun tak pedas sangat..melainkan letak sos banyak giler dengan lada hitam..hahha..Roti nya lembut..dan nad suka sayuran, memang banyak sayur la..hehee..




Disebabkan, nad orang paling lambat makan aiskrim durian, nah beli besar terus..hahaa..Mcflurry party durian..puas kau..kihkih...Makan sama anak-beranak. Memang terasa isi durian dia. Sekarang dah muncul aiskrim baru, Mcflurry Dinosaur pulak..huhu..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Sedapnya burger. Kinah pulak suka burger mexico ni sebab kepingan ayam dia tu sedap. Sos dia pun ok. Oh ada mcflurry dinosour pulak. Ok nak try nanti

    ReplyDelete
  2. eh ada lagi ke burger tu. nak makanlagiiiii

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, tapi tengah diet ni so say no tu fast food. Heheheee!

    ReplyDelete
  4. Ayu tak sempat pun nak merasa. Harap2 akan keluar semula nnti

    ReplyDelete