hai assalammualaikum

Motherhood Baby Warehouse Sale - Bila ada anak ni, asyik fikir barang dia je..hahaa. Barang diri sendiri dah rasa taknak beli dah..hahaa. Seronok bila tengok baju budak-budak, mainan dia semua. Nampak benda comel ni, rasa geram je. Paham-paham jela, barang budak-budak ni, ada yang mahal kan. Sebab tu nad suka tunggu expo, warehouse sale baby ni. Kebanyakan barang semua murah-murah. Bila dapat tau motherhood.com.my buat baby warehouse sale, terus ajak suami nak cari barang anak-anak ni.

Harini last Motherhood Baby Warehouse Sale ni di Viva Home Cheras. Nad pergi hari jumaat haritu. Memang semua ada la, dari pakaian, barang keperluan baby, keperluan mak, mainan, stroller, tilam, pampers, eh semua ada la. Nad ni pun rambang mata tengok..haha. Harga semua memang mur, mur je..Haishh, rugi la siapa tak pergi..


Tengokla semua barang-barang ni, rasa nak beli je semua. Nad datang sini, sebenarnya nak cari tempat food processor untuk Farhanah. Yela, dia kan baru mula belajar makan. Nad tengok ramai pakai yang jenis steam terus, lepas tu blend. Senang kerja. Memang ada banyak jenis. Tapi nad nampak yang warna hijau ni..hahaa. Comel je. Harga pun not bad.



Farhanah, syok pulak dia landing dekat baby punya hayunan ni. Lupa pulak apa nama dia..hahaa..Almaklumla, orang kampung, jarang pakai benda macam ni..








Hah!!, part ni, Fariza la paling suka. Syurga mainan buat dia..hahaa. Harga tu, ya ampun murah sangat tu. Ada bawah RM10. Memang beli untuk dia la..


Tengok, apa dia dapat..syokla dia. Sakan dia nampak apa yang ada dekat Baby warehouse sale ni..Dia yang lebih teruja pula.












Korang boleh tengok apa yang ada dekat Baby Warehouse Sale ni, nad ambil gambar sebahagian sahaja.



Masa ni korang dapat juga freegift dan ada mainan Spin and Win. Tu pun kalau korang belanjakan RM500 ke atas..



Balik rumah, Fariza tak sabar main mainan dia yang dibeli tu. Mainan doktor-doktor dan muzik..haha..tengokla tu..cantik sangat doktor..

Kalau anak dah besar pun, memang best beli barang budak-budak ni..hahaa..


SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Wah..mcmm2 mainanada ae. Syiook ni

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya, rugi tak pergi!

    ReplyDelete
  3. Dh nama warehouse, mesti rambang mata tgk brg2 harga murah kan..

    ReplyDelete
  4. Belum pernah lagi sampai ke viva home cheras. Selalu jugak diorg ni suka buat karnival atau promosi besar2 kat viva home ni

    ReplyDelete
  5. Seronoknya boleh pergi warehouse sale mcm ni. Kita tak pernah lagi join mcm ni. Maklumlah, duduk terperuk kan. Memang tak jumpa la program macam ni. Kalau la jumpa, memang sakan memborong agaknya. Nak nak harga murah kan.

    ReplyDelete
  6. Auditing and stock take is made much easier and you can easily implement various warehouse racking such as LIFO and FIFO stock controls, re-order quantity level monitoring and easy loading and offloading of storage items.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2