hai assalammualaikum

Pagi Yang Mengejutkan Dengan Binatang Yang Menggelikan Ini - Macam biasa, bangun pagi, nad akan terus menuju ke dapur, nak kemas dan buat sarapan. Bila melangkah ke bahagian dapur, nampak suatu benda hitam dengan ekor panjang tepat memandang wajah ni. Jantung berdegup laju, sebab dia pandang tepat ke arah nad, seperti nak menerkam nad..terus nad patah balik ke ruang tamu dengan berjalan perlahan-perlahan.


Dengan cepat, terus nad capai telefon. Telefon mr mafia yang ada dekat atas rumah..hahaha..Sebab tangga ke atas tempat laluan binatang tu..Tak berani la nak lalu situ. Takut lagi pulak, kalau lalu dia lari..ah!!..sudahh..Telefon mr mafia, cakap " abang, ada cik T ni..abang turun pelan-pelan, nanti dia lari "..Dengan pantas, terus mr mafia turun dengan perlahan-perlahan..


Trus dia gelak, " hahaha, dah matila "..ceh..menakutkan betul..boleh pulak dia mati macam tu, mengadap muka kita macam nak makan orang je. Seram siott..Elok pulak dia mati macam tu..euwww..Dahla buat jantung kita laju je bergerak..errrr...Macam manala nad juga yang mengadap binatang ni depan-depan..hishh..mr mafia tanya ' Bila sayang sedar ".." masa nak pergi dapur la buat air "..

Walaupun dah mati, nad masih geli lagi..eee..kot-kot dia hidup ke, saja-saja buat mati..kang melompat tak pasal-pasal..arrghhh tidaakk..Tapi nasib baik dah mati..


Ni la tikus yang masuk rumah nad haritu..Kalau cik T masuk, memang huru hara rumah ni..Cara kita orang matikan tikus, Mr mafia perangkap dia dengan  letak ikan bilis dan racun. Lepas tu tengok laluan dia datang dari mana. Mata nad ni memang power, hahaa..mesti akan nampak binatang ni. Nad tau dia lalu ikut mana dan bagitau dekat mr mafia. Jadi pandai-pandai dia nak letak makanan dengan racun tu dekat mana.

Seekor dah mati, dan jumpa lagi seekor, mati juga. Memang ada dua ekor haritu masuk rumah..Seram tau kalau Cik T ni masuk rumah. Haritu samapi masuk ruang tamu..euwww..kita tak tidur wak. Pasang lampu nak tidur..Tapi Cik T ni dah mati. Kat sini banyak lagi Cik T ada..Jadi makanan kene masukkan dalam bekas tertutup, tak boleh main letak je..Jadi kena la cari tupperware, tupperware..hahaa..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. adoi . kalau Cici pun boleh pengsan tengok. hahaha

    Rumah lama dulu banyak Cik Ti ni. tapi sebab ada kucing, so depa dok main kejar kejar.

    rumah skrg ni rumah flat. depa tak larat panjat ke atas hahaha

    ReplyDelete
  2. sama la bila cik T masuk rumah kita yang risau hahaha

    ReplyDelete
  3. Eeewwwww.... Kita pun sama geli yang amats!

    ReplyDelete
  4. Boleh sakit jantung kak irra klu hadap benda alah ni. Hahahahaa

    ReplyDelete
  5. Hahaha lawak nad ni. Eeee tapi ayu pun geli dengan bulu dia tu. Tikus ni suka buat sampah dalam rumah. Busuk plak tu

    ReplyDelete
  6. paling stress dgn tikus 😭 sha letak racun jugk

    ReplyDelete
  7. Euwww geli! Rumah akak pun selalu jugak ada cik T ni!

    ReplyDelete