hai assalammualaikum

McCormick's trendy new packaging for its herbs, spices and seasonings lives up to the brand's promise of bringing consumers fresh, delicious flavors in every dish.

Wah, Botol Baru Herba Dan Rempah McCormick weiii!!

Herba Dan Rempah McCormick Berwajah Baharu - Korang biasa nampak serbuk herba McCormick ni. Pernah guna tak? Herba dan Rempah McCormick akan berwajah baru. McCormick, pengeluar herba dan rempah yang terkenal di dunia, menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya.

Warna hijau ni cun sangat

Dengan logo yang dikemas kini dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai. Imej kontemporari dan yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah, sama ada mereka menginginkan herba, rempah atau perasa.

Nad mestilah ambil warna hijau, sebab bahagian dapur tema barang semau warna hijau..hahaha.

Tak tau nak masak apa? Hah!! Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke dalam sajian kegemaran.

McCormick's Garlic Powder

McCormick's Chili Flakes

McCormick's Cinnamon Ground


Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.”

Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web www.mccormick.com.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. brand ni ada cajun, susah nak cari rempah ni

    ReplyDelete
  2. mmg smart yg baru ni...tapi kang takut tertukar dengan Hexa..hihihi

    ReplyDelete
  3. wahhh dah tukar baru yer..nti boleh borong semua herbs tu..

    ReplyDelete
  4. Zira suka tengok kt YouTube masakn selalu juga dorang pakai bhn ni

    ReplyDelete
  5. Alala.. Comeynya bekas dia. Tengok bekas lelawa gini, nak masak pun rasa semangat kan. Haha..

    ReplyDelete
  6. Rasa nak beli lah jugak.. Seronok kalau masak2 ada rempah gini.. Kang zaza tengok website dia..

    ReplyDelete
  7. TB pun guna spice yang dari jenama ni jugak.. selain satu lagi jenama tu.. sama je isi dalamnya.. huhu.. tapi yang ni murah lagi..

    ReplyDelete
  8. Pernah nampak brand ni. Dah berwajah baru ni makin lawa lak tengok..

    ReplyDelete
  9. Waa fav color hijau rupanya Nad. Btw brand ni agak terkenal jg kan :)

    ReplyDelete
  10. Suka beli chili flakes dia, sedap makan dengan nasi panas.

    ReplyDelete