hai assalammualaikum


Leleh Mytown, Seperti Makan Di Warung - Haritu jalan-jalan MyTown, perut dah lapar, cari la kedai makanan. Ingat nak makan makanan korea, tapi takut laki kita tak suka pulak. Lepas tu nampak Pizza Hut, terus masuk. Tapi Mr Mafia panggil, kedai sebelah ada nasi, goreng-goreng. Nad pun ikut keluar, terus pergi kedai makanan yang mr mafia cakap..hahaa. Nasib tak ambil lagi order Pizza Hut tu. Kalau tak, tak dapat merasa makanan dekat Leleh ni. Ya kedai ni baru buka kot, konsep macam kedai warung je. Tempat duduk pun simple je. Dekorasi cuma gantung-gantung kuali tu..hehee..Simple tapi menarik.


Tengok kedai biasa kan, tapi macam mana pulak makanan dia. Dekat sini, ada macam-macam jenis makanan bergoreng, mee, kuew teow, macam dekat kedai warung luar tu. Korang boleh tengok menu dalam gambar tu.


Dan kenapa kedai dia nama Leleh? Kitaorang fikir mungkin ada makanan special atau air yang sebabkan nama kedai ni Leleh. Rupanya air yang dibuat sehingga meleleh tu..hehee.

Tanya lagi " apa menu yang popular dekat sini ? "..Pekerja dekat situ cakap menu yang selalu ornag order, Char keow Teo Basah ada udang dengan Spicy Buttermilk Volcano.





Antara dua menu ni, mr mafia pilih Spicy Buttermilk Volcano dengan air Ais Milo Kaw #leleh . Spicy Buttermilk Volcano ni, ada nasi yang dibungkus dengan telur, ayam di atasnya. Dan kuah buttermilk seperti volcano..hebatt..hehee.. Rasanya pun sedap. Kalau biasa makan buttermilk tu, korang mesti tau macam mana kan. Nad memang jarang makan buttermilk, apatah lagi mr mafia, rasa dia tak pernah rasa makanan buttermilk ni..hahhaa..Dia kata pun sedap.




Nad pulak order Cantonese Yee Mee ada Udang dengan air Sparkling Lemon Honey. Tekak nak makan mee. Lama tak makan mee keras ni..Kuah dia pun sedap..

Semua harga menu ni semua RM51.40 termasuk air suam. Okla tu.Biasalah makan warung tapi dalam shopping mall, mestilah ada cas macam-macam..hahaa.

Korang nak cuba, bolehla ke Leleh Mytown ni. Rasa outlet dia ada dekat tempat lain juga kot.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

25 comments so far,Add yours

  1. assalamualaikum akak. hi! kalau bosan kat tempat keje, mesti akan baca entry akak:) hilang sikit rasa bosan bila baca entry akak. hahahah!

    ReplyDelete
  2. aduh sedapnya lahai, menarik pulak tu


    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete
  3. ya ampun semuanya tangkap leleh menunya. tapi kak lily suka betul teh leleh tuh, mengancam mata dan tekak dan perut sekali hah hehehe

    ReplyDelete
  4. Aduhh Nad. ... Terliur nengok kan Spicy Buttermilk Volcano tu. Nanti pi sana nak try ni laaaa

    ReplyDelete
  5. alalaa....sedapnyer menu2 ni semua...lapar plk perut tiba2 hehe...harga pun ok kan...berpatutan

    ReplyDelete
  6. Aduh! Memang mengancam betul gambar-gambar makanan dan minuman tu. Buat lapar balik padahal baru je makan tengah hari. Hahaha. Bolehlah singgah nanti. Dah dekat ni!

    ReplyDelete
  7. saya suka konsep macam ni.. makanan macam di warung tp di tempat yang lebih selesa. harganya pun masih masuk akal

    ReplyDelete
  8. Betul2 meleleh air liur tengok menu lagi2 part air tu. Bestnya kak nadia. Nak kene cuba ni. Tak kira this weekend jugak kene serbu kedai ni.hehehe

    ReplyDelete
  9. Selalu gak gi Mytown tp tak perasan leleh ni heheh ya ampun sedapnya nampak makanan yang ada kat sini. Nnt nak serbu lah!

    ReplyDelete
  10. Tangkap leleh la menu tu semua Nad. Nak nak Spicy Buttermilk tu. Mengancam selera!

    ReplyDelete
  11. Wuhuuu meleleh leleh air dia, sampai meleleh air lioq tengok. Makanan pun nampak sedap je. Nak cuba gak lah nanti makan kat MyTown ni

    ReplyDelete
  12. semua meleleh je niiiii aihhh saja buat kita terliur sama ehh. hahahaa. btw harga pun nice jugak! Boleh masuk dalam list food hunting SR ni! hehehehe

    ReplyDelete
  13. memang betul-betul leleh tengok makanan-makanan kat sini. harga dia berpatutan dan portion agak besar. teringin pulak cuba air berbuih-buih tu. nampak sedap betul

    ReplyDelete
  14. Harga not bad jugak ye. Portion pun besar so berpadanan la dengan harga. Itu kira standard price la hehe nampak sedap menu

    ReplyDelete
  15. pernah makan sini, bawak mak abah hari tu. abah mak memang suka sebab kena dengan tekak. sebenarnya tak banyak restoran macam ni dekat mytown yang sesuai dengan parent yang berumur, diorang takkan layan makanan korea semua. nasib baik ada leleh ni. hehehe paling suka teh tarik dia. hehe

    ReplyDelete
  16. Leleh, nama dia pun bukan main menarik lagi kak Nadia. Ya Allah sedapnya tengok air tuuuu, terliur. Nad tak pernah pun minum air leleh leleh gitu. Mesti kaw!

    ReplyDelete
  17. Makanan semua nmpk menarik...harga macam warung tak nadia...hihi..
    Tpi ok kot pada akak harga total mcm gitu

    ReplyDelete
  18. Wowww air dia tu menggoda betul. Belum cuba masakan dia lagi tu, hehe. Emi dah lama tak pergi mytown. Ada rezeki nnt nak ke sana cuba makan sini la. Nampak sedap semuanya

    ReplyDelete
  19. Air milo ye yang meleleh tu. Nampak ermmm..sedapnya la hai. Manis sangat tak air dia tu.
    Menu pun menarik. Macam nak rasa je spicy buttermilk tu.

    ReplyDelete
  20. Waahh... meleleh betul tuh makanannya. Sedap banget tuh liatnya. Bikin ngiler aja hehehee....

    ReplyDelete
  21. akak pun jenis tak makan buttermilk... kalau orang tak pernah makan pun kata sedap..memang sedaplah kan... bolehlah try gak...

    ReplyDelete
  22. Teh leleh tu memang meleleh btol kan. makanan pun nampak sedap sedap belaka. Ada berapa cawangan ni?

    ReplyDelete
  23. pergh air dia melelh tengok bak hang

    ReplyDelete